NASI AYAM HUJAN PANAS IPOH MALI

Seri Kandi Tanah Jauhar
16
ASSALAMUALAIKUM

WAHHHH!! Rajinnya saya sekarang, kan. Masuk sahaja bulan Julai, hari-hari ada entry, macam orang tak ada kerja, kui kui. Saya kurang pasti siapakah yang menyuntik vitamin R ni. Mungkin kondisi laptop saya yang baru keluar ward menjadikan saya begitu... RM350 terbang.. huhu. Ditambah lagi saya sedang sibuk menyiapkan beberapa tugasan di tempat kerja. Bila buat kerja pejabat ni biasanya otak saya akan segar jadi idea tu mencurah-curah. Sampai awal ke pejabat setiap hari, inilah masanya untuk saya memanas badan sebelum membuat kerja. Semangat tulah yang jadi lain macam sikit sampai hari-hari ada idea nak tulis dalam blog... hehe. Bila dah sampai rumah pula, lebih banyak tugas menanti, selesai segalanya lebih enak bersantai di depan tv sambil melayan kerenah anak dan suami.. hehehe.

Ni kan, nak cerita sikit pasal Nasi Ayam Ipoh ni. Terliur sungguh melihat penampilannya di sini dan di sini. Masa saya masak nasi ayam hari itu di sinun, saya ada menyuarakan pada ER untuk mencuba resepi ini tapi ER kata nak makan Nasi Ayam Hainan jugakan (baca sini). Jadi kerana keinginan yang sudah tiba di kemuncaknya (dahsyat kannnn), awal-awal saya dah memberi amaran kepada ER, jangan ngada-ngada nak suruh saya tukar menu. Berkali-kali ER memujuk dan merayu, hahahaha.. saya tahu dia saja nak sakat saya tu. Saya kata, okey, ER punya ayam saya buat Hainan Style, tapi jangan makan ayam orang lain... muahahaha.. bolehhh??? hik hik. Dan sebenarnya juga, nasi ayam ini dah lama saya buat. Jadi, janganlah ada sesiapa yang nak datang bawa pinggan atau tambah nasi.. hihi. Saya letakkan di sini untuk memudahkan rujukan di lain kali.
 

Kali ini saya merujuk kepada resepi Mamamya dan Kak Azlita. Oh! ya, Kak Ita ada buat Nasi Ayam ni dalam dua versi, satu versi biasa dan satu lagi versi pelangi. Oleh sebab saya cuma letak dua warna jer, maka tak jadilah versi pelangi tu, dah rupa macam Nasi Hujan Panas pulak, hehe. Jadilah ia Nasi Ayam Hujan Panas. Jom, intai resepi yang best ni dan ER yang cerewet tu terus lupa diri, ekekekeke. Yaya pun berkali-kali puji sedap, memang terbaekkkk!!



dengan ayam dua versi

NASI AYAM IPOH VERSI HUJAN PANAS
Resepi : Quinne MyR
Sumber : Dapur Mamamya & Dapur Masam Manis

Bahan-bahan :

  • *BAHAN NASI*
  • 4 mug beras
  • 4 1/2 mug air rebusan ayam
  • 2 inci halia*
  • 3 biji bawang putih*
  • 3 helai batang daun bawang (ambil bahagian bawah dia...yang ada buah dia tu sekali)
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 helai daun pandan
  • 4 sudu mentega
  • *BAHAN AYAM*
  • 1 ekor ayam
  • 3 biji bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 3 sudu besar kicap lemak manis
  • 2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar madu ( kalau tak ada pun tak apa)
  • *BAHAN SUP*
  • air secukupnya
  • 4 bawang putih diketuk
  • 3 inci halia di hiris
  • 3 helai batang bawang
  • 1 biji sengkuang dipotong dadu
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah
  • *BAHAN CILI*
  • 10/15 biji cili burung
  • 6 biji cili merah
  • sedikit halia (ambil dari rebusan)
  • 5/6 biji bawang putih
  • 1 biji limau kasturi/nipis
  • sedikit air dari air rebusan ayam
  • garam & gula secukupnya
  • *BAHAN KICAP*
  • 5 biji cili burung
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 4/5 biji bawang putih
  • kicap secukupnya 
  • 2 sb sos tiram
  • air rebusan ayam secukupnya
  • tepung jagung dicampur dengan air secukupnya (untuk pekatkan) 
  • kicap pekat jika ada
  • *BAHAN TAMBAHAN*
  • tomato, salad, daun sup dan bawang, timun

Cara-cara

  1. Mula-mula buat air rebusan ayam...(bahan-bahan dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.
  2. Selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. Selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
  3. Cara menyediakan nasi -  Masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah dikisar biar naik bau, kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. Bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasi masak.
  4. Penyediaan ayam, ayam yang telah ditoskan tadi dimasukkan ke dalam satu mangkok besar. masukkan bahan * yg telah dikisar dan semua bahan lain...kacau rata dan biarkan 1/2 jam. Selepas ayam diperap, boleh lah digoreng atau dibakar dalam oven. Kalau nak goreng jangan lama, agak-agak warna kehitaman boleh diangkat terus.
  5. Cara penyediaan cili, masukkan semua bahan di dalam blender dan kisar hingga hancur.(Saya masak sekejap atas api)
  6. Cara penyediaan kicap, kisar semua bahan kecuali tepung jagung. Masukkan dalam periuk dan panas kan atas dapur sehingga boleh la dimasukkan tepung jagung dicampur air secukupnya untuk memekatkan kuah.
  7. Cara penyedian sup, baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah, masak hingga mendidih. perasakan sup.
  8. Selepas semua dah masak, boleh la dimakan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis. Daun sup dan bawang dipotong halus dan dimasukkan ke dalam sup tadi. 

Untuk ayam saya buat dua versi, satu goreng dan satu saya cuma lumur dengan kicap cair dan minyak bijan tapi ER ngelat, dua-dua dia belasah.. ;p
 





Tags

Post a Comment

16Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. ha'ahlah kak, macam nasi ayam hujan panas pulak...

    nampak sedap...nanti boleh cuba.

    ReplyDelete
  2. wah tahniah hebat juga wat nasi ayam jd kaler2 gitu yek!. mesti sedap ni

    ReplyDelete
  3. Wah! lapar tgk nasi ayam tu....

    ReplyDelete
  4. kalau Hamka nampak ni mesti di suruh buat gak sbb kaler maler nasi tu, ceria yg amat....masa ni dah tak kisah dah ada hijau ke tidak sbb nasinya sedap.....kan Yus..

    ReplyDelete
  5. rajinnya tukang masak ni mandikan nasi tu dengan hujan panas. kite memang tak berape rajin la nk masak nasi yang macam ni. tapi kalau orang hulur, laju aje.

    ReplyDelete
  6. hujan sekarang ni...tak masak lagi,jadi lapar nampk nasi kaler2 kat sini..

    ReplyDelete
  7. menarik pulak idea buat nasi ayam stail hujan panas ni...boleh saya tiru?

    ReplyDelete
  8. Niat asal nak buat pelangi jadi hujan panas tapi kakak pula terasa lebih sedaplah... teringin juga nak mengikut cara Yus buat nie..

    ReplyDelete
  9. Salam ... amboi...warna warni nasi tu...berselera dibuatnya...

    ReplyDelete
  10. as-salam
    cantik nasi ayam berwarna warni..sungguh menyelerakan tgk nasi tu...

    ReplyDelete
  11. kak sari... khamis jumaat tun xde kelas, jd tengahari x terkejar2 utk masak lunch.. arini balik kelas dh ko 12 lebih, tapau nasi kat uni je. haha....
    nasi ayam kak Q ni tun dh try. mmg sedap!

    ReplyDelete
  12. panjangnya resipi....teringin pula nak mencuba, entahkan jadi entahkan tidak.

    ReplyDelete
  13. assalam
    cantik nasinya warna warni, mesti anak bungsu sy pun suka sb nampak menarik
    Ipoh mali ka he he kita Taiping mali ma

    ReplyDelete
  14. ipoh mmg kaya dgn mcm2 makanan kan.. mee rebus lah, nasi ayam hujan panas lah.. ohh best nya dikelilingi makanan.. heh

    ReplyDelete
  15. wahhh sedapnya tgok nasi kaler2 ngan lauk pauk ayam camtuuu memang fevret anak2 akak tu sari... nanti akak nak ngetes jugaklah resepi yg panjang lebar tu hehe... dulu dah try nasi ayam penyet yg sedap, yg ni mesti lagi sedap kan.

    ReplyDelete
  16. terima kasih cuba resepi ni..:)

    saya pun suka kat resepi sendiri...hahahhah

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!