SALAM SEJAHTERA, dah siap kemas dapur? Dah siap bakar kek? Kain baju di ampaian dah diangkat? Wah.. semuanya dah siap, patutlah mata tak berkelip mengadap lappy ek.
Dah dua tiga hari, encik suami sibuk betul nak makan nasi ayam hainan. Sebelum ni ada juga saya masak nasi ayam, tapi nasi ayam biasa. Jadi kali ni dia kata dia nak juga makan nasi ayam hainan. Kerana kesuntukan masa, tak sempat singgah ke pasar, jadi saya pesan suruh en suami beli ayam di kedai runcit 24jam dekat rumah kami jer bila balik tugasan di Stadium Larkin, malam tadi.
Tup-tup, lebih kurang jam 11.20 malam, masa saya enak-enak menonton drama Melayu 'Sapu Tangan Merah' @tv2 tu, en suami telefon ajak saya pergi Pasar Borong Pandan. Perghhhh.. mata saya dah kelat ni diajak pergi pasar borong, saya dah terbayang nak peluk bantal ngan selimut saya jer. Dia kata, nanti dia sampai rumah, mandi lepas tu terus pergi. Alahai..... tolonglah memahami keadaanku yang mengantuks ini. Nasib baik drama ni sedap ceritanya, hero pun handsome pandai berlakon, kalau tak dah lama saya berlayar.
Dalam 11.30, en suami pun sampai rumah, lepas mandi dia ajak saya pergi, "Jap, nak habiskan cerita," pinta saya. Maka dalam kedinginan malam, kami sampailah di pasar borong. Bagus jugak beli ayam kat sini, sebab terjamin kehalalannya..
ayam-ayam di sini telah disembelih di pusat penyembelihan milik MBJB dan sentiasa dipantau oleh JAIJ.. perhatikan tag pada kepak ayam, jadi lepas ni kalau nak beli ayam mesti nak cari yang ada tag macam ni..
Di sini saya nak kongsikan resepi Nasi Ayam Hainan yang tidak menggunakan minyak bijan. Saya juga tidak menumis bahan nasi dan sup kerana ingin menjadikannya resepi yang sihat dan tidak berminyak.
Bahan-bahan/ Cara-cara: (hidangan untuk 4 - 5 orang)
1/2 ekor ayam dipotong dua
2 liter air
4 sb stok ayam jenama maggi
1 inci halia dihiris
1 sb kicap cair
1. Rebus ayam bersama stok ayam dan hirisan halia dalam 3 liter air selama 45 minit atau hingga ayam lembut dan masak.
2. Keluarkan ayam, masukkan ayam ke dalam air sejuk, biarkan selama 20 minit. Simpan air rebusan ayam.
3. Keluarkan ayam dari air sejuk, toskan ayam, sapukan ayam dengan kicap cair, ketepikan.
Nasi:
3 cawan beras
4 ulas bawang putih diketuk dan dicincang
1 inci halia dihiris
1/2 labu bawang besar dibelah
2 1/2 cawan air rebusan ayam
3 helai daun pandan
1 sb stok ayam maggi
*cuci beras seperti biasa, toskan dan dimasak dalam periuk (elektrik) seperti biasa bersama semua bahan tersebut.
Sup :
Air rebusan ayam
1 batang carrot (dihiris)
1/2 labu bawang besar (dibelah)
2 tangkai daun sup dan daun bawang (bahagian tangkai dipotong anggaran 1 inci)
1. Untuk lebih mudah, semasa mengeluarkan ayam, biarkan air rebusan terus mendidih.
2. Masukkan hirisan carrot dan bawang yang dibelah.
3. Apabila carrot telah lembut,masukkan tangkai daun sup dan daun bawang, matikan api.
Kuah kicap:
1 sb kicap pekat
3 sb kicap cair
1 sb sos tiram
1 sb madu
1 sk gula perang/ biasa
6 sb air masak
* kacau rata semua bahan
Kuah Sambal:
5 tangkai cili merah
2 ulas bawang putih
20 ml jus limau nipis
1 - 2 sb gula pasir
garam secukup rasa
sedikit cuka
* kisar dan masakkan sekejap di atas api kecil
Curahkan kuah kicap dan kuah sambal di atas ayam yang dipotong semasa menghidang. Sediakan juga salad, hirisan timun dan tomato. Hidangkan bersama sup. (semua orang pun tahu.. hehe)
Jemput makan..
salam sari...waa, bes nih..saya pun mcm plan nak masak nasi ayam dlm masa terdekat nih..kot2lah jadi buat, nanti saya publish kat blog yeaa....
ReplyDeleteSalam, Cik Mat.
ReplyDeleteCik Mat kalu masak ns aym, mesti gempak. Mau tergolek blogger2 lain tngok ayam cik mat.. hehe
Slm ramadhan..ada x lg resepi yg mudah2 utk buka n sahur tp sedaplh.hehe maklumlh ank2 cerewet..
ReplyDelete