PUDING LAPIS KACA

Seri Kandi Tanah Jauhar
24
ASSALAMUALAIKUM...

DAH lama resepi Puding Lapis Kaca ini bersarang dalam draf saya. Sebenarnya setiap hari ada macam-macam yang saya nak tulis dan tunjuk tetapi setiap hari juga saya kesibukan dan bila kerjanya dah agak reda kepala pun penat jadi idea pun ikut sama kering-kontang macam bumi Johor yang asyik panas menyengat. Tetapi malam semalam sedang enak kami menjamu selera di Stulang Laut, hujan turun tiba-tiba. Mujur kami duduk di bawah bumbung kalau tidak terpaksa main lari-lari sambil bawa pinggan nasi yang banjir dengan kuah tomyam, hehehe. (Apa kena mengena cerita makan tomyam dengan puding lapis kaca ni Sari?? ;p) Oleh itu saya minta maaf banyak-banyak jika kebelakangan ini semacamnya tidak kelihatan saya singgah ke blog kalian, saya ini ibaratnya dah macam main kejar-kejar dengan masa pulak sekarang. Putaran jam tu rasanya macam begitu cepat lebih-lebih lagi bila tengah tidur, sekejap jer dah pagi, hehe. Yang peliknya, hari demi hari beredar tapi tak juga sampai hujung bulan, kih kih kih. Nilah akibat gaji dapat cepat sebab nak raya bulan lepas, huhuhu.

Cerita tentang Puding Lapis Kaca ini, tak tahu kenapa saya sangat teruja dengan sesuatu yang berwarna-warni. Padahal bukan nak makan sangat pun cuma sangat suka bereksperimen dengan warna.. hehe. Terbeliak mata bila Kak Mardiana (bersaudara dua tiga pupu dengan saya) tag saya gambar puding lapis kaca ni di fb. Teringat pula stok agar-agar tali ada dua bungkus dalam kabinet, agar-agar serbuk ada sebungkus jer yang tinggal sedangkan dalam resepi guna agar-agar serbuk. Orang muda (muda ke???) ramai dah yang kurang guna agar-agar tali nikan.. orang Johor panggil lengkong. Sebenarnyakan sukatan air bagi kedua-duanya sama ada serbuk atau tali sama sahaja, asal jangan terlebih atau terlalu kurang air sudahlah. Ikutlah cadangan air yang disyorkan pada peket bungkusan insyaAllah tak lembik atau keras. Walaubagaimanapun di sini saya salin semula resepi asalnya dari dapur Kak Mardiana yang dikongsi dari sahabatnya June Ahmad. Terima kasih ya untuk Kak Mardiana dan Kak June yang sudi berkongsi resepi.


cepat.. cepat.. tinggal satu!!
PUDING LAPIS KACA
Resepi : June Ahmad
Sumber : Kak Mardiana

BAHAN-BAHAN LAPISAN KOSONG
. 10 g serbuk agar-agar
. 220 g gula
. 1000 ml air
. 2 helai daun pandan

BAHAN-BAHAN LAPISAN SUSU
. 10 g serbuk agar-agar
. 220 g gula
. 700 ml santan (boleh ganti dengan susu segar/ susu sejat/ susu soya)
. 300 ml air
. 3 sb susu pekat manis
. 1/2 sk garam
. Bahan pewarna disukai (boleh guna berapa warna yang anda suka)

. 2 helai daun pandan

CARA-CARA :)
. Sediakan dua periuk..
. Masukkan bahan lapisan kosong dalam satu periuk dan bahan susu ke dalam periuk kedua (kecuali pewarna)
. Masak kedua-dua agar-agar tadi bersama sambil sentiasa dikacau hingga mendidih, kecilkan api.
.** Isikan 3/4 cwn lapisan kosong dan tuang dalam loyang acuan. Masukkan ke dalam peti ais, biarkan lima minit sehingga permukaannya mengeras sedikit.

.*** Isikan pula 3/4 cwn lapisan susu dgn pewarna pertama. Keluarkan acuan yang mengandungi lapisan kosong tadi dari peti sejuk, tuang perlahan lapisan susu yang telah diwarnakan. Masuk semula peti ais.
. Ulang semula langkah tadi ** dan *** dan ulang melapis sampai habis. (tukarkan warna yang berlainan jika suka untuk ***

 # Tips #
. Masa proses melapis..kedua-dua periuk lapisan plain  dan susu sentiasa di atas api (guna api paling  kecil)
. Agar-agar yang dipalis jangan terlalu keras, nanti ia tak mahu melekat dengan lapisan seterusnya.

. Setiap kali melapis, tapiskan agar-agar supaya paras rupanya cantik.. macam orang yang membuatnya.. kui kui.!

Selamat Melapis ;-)))

p/s : saya ni kurang kesabaran sikit semasa melapis, dah sememeh sedikit, huhuhu.. sedeyyyy
p/s : untuk sebarang pertanyaan tinggalkan di bahagian komen, insyaAllah saya cuba jawab yang semampunya..

Post a Comment

24Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sari, saya nak ambik resipi ni.... boleh x? Nak try buat juga.... nampak menarik sebab dia berwarna-warni..... Terima kasih kepada yang empunya resipi....

    ReplyDelete
  2. And then nak tanya, yang lapisan kosong tu x payah letak pewarna ke?

    ReplyDelete
  3. peeeehhhhhhh superbeb......kak ham belum spi seru nak mencuba agar agar lapis kaca ni..

    ReplyDelete
  4. cantiknya...saya nak cuba jugak lah...thanks for the recipe ;-)

    ReplyDelete
  5. Cantiknya puding tu, mesti sedap juga. :)

    ReplyDelete
  6. lapisan kosong tue x yah buh warna kan?..cantiknyaa..nnt nk try jgk.

    ReplyDelete
  7. betul, lapisan kosong tu tak perlu letak pewarna ya Kak Rozana & Zila..

    ReplyDelete
  8. Mana ad sememeh Yus. Kalau kakak nie dah paling cantiklah sampai kakak rasa macam nak ngap aje:)

    ReplyDelete
  9. waaaaaaaaaaaa... (sambil t'nganga mulut,nasib baik xde lalat singgah kuikuikuiiii!!!) cantiknyeeeeeeeeeeeeeeee.... :)

    dulu lia penah buat puding lapis warna warni mcm ni tp xder lapisan yg kosong...cuma lapisan susu jer.. bila dah di potong2 lapisan warna biru tu menenggelamkan warna2 yg lain...sejak tu lia x penah buat lagi...

    tp bila tgk kak yus punya puding ni hati m'buak2 nak mencuba... lia pun ada sebungkus agar2 b'tali & sebungkus agar2 serbuk... klu rajin esok nak try lah.. :) (sbnrnya klu ada masa...)

    ReplyDelete
  10. emmmmemang berkaca ...sedap tu.
    http://my-mintroom.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. wah mmeng terbaik ni

    ReplyDelete
  12. ~ cantiknyaa..nnt nk cuba lah..suka sgt yg kaler2 cani..yana amek resepi dulu ekkss ^_^

    ReplyDelete
  13. wahhh... sangat chantekk okeyy... tun kan, kalau mende yg byk2 lapis ni mmg surrender awal2.. jenis x sabar nk nunggu keras selapis2 tu.. tau makan je ;p

    ReplyDelete
  14. Kak....saya tak nak komen apa, cuma nak kata...Lawaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!..tu je sekian terima kasih!

    ReplyDelete
  15. wowww..cun sehh lapisannye tuh..telan airliur jerla akak nengoknye..huhu!

    ReplyDelete
  16. memang lawa puding lapis kaca akak tu....

    ReplyDelete
  17. shanteQnya sari...btul la, cantek mcm org yg mbuatnya...;)

    ReplyDelete
  18. kita posa ari ni...tertengok pulak puding ni...terbayang kesejukkannya melalui tekak...uhhh....

    ReplyDelete
  19. kalau kena warna, boleh buat hantaran nieh~
    !

    Comel:)

    ReplyDelete
  20. terbaikkkkkkk


    ayu suka. nak save. buat xtau bila sbb mslhnya xada y nk mkn..

    sedihkan

    ReplyDelete
  21. thanks sgt!!! heee...first time wat trs jadik..mmg best r sampai xsempat nak snap pic...heee...arigato!!!!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!