ADA yang bertanya Seri Kandi perbezaan antara kedua jenis cream puff yang Seri Kandi buat sebelum ini, entrynya Cream Puff Pilihan Kalbu. Seri Kandi ni bukanlah pakar sangat bab kuih-muih ni, Seri Kandi rasa lebih ramai yang pakar tapi kalau nak bagi pendapat dari pengalaman Seri Kandi yang sejengkal ni, bolehlah.. huhuhu hehehe.
Sebenarnya kedua-dua resepi cream puff tu sedap dan ada keistimewaannya yang tersendiri. Sepertimana yang Seri Kandi beritahu sebelum ini, puff yang kedua itu adalah dari resepi Japanese Cream Puff yang Seri Kandi ambil dari dapur Kak Ita Masam Manis (yang telah Seri Kandi derhakakan sebab tak tabur pai shuu crust-nya) manakala yang pertama itu adalah dari Dapur Tanpa Sempadan yang dimiliki oleh blogger masak terkemuka, Cik Mat Gebu (siapa lagi???). Perbezaan yang pertama adalah dari segi jumlah telur yang digunakan. Perbezaan yang kedua adalah struktur puff itu sendiri semasa dan selepas dibakar. Bagi yang belum pernah mencuba kedua-dua resepi ini, Seri Kandi nak maklumkan kalau anda inginkan puff yang masih terbentuk cantik selepas dibakar bolehlah gunakan resepi yang pertama. Adunan ini tidak begitu naik semasa dibakar dan ia akan mengekalkan bentuknya. Jarak setiap puff yang dipaip juga tidak perlu terlalu jauh kerana ia tidak akan mengembang dengan jayanya.
Bagi resepi yang kedua, awas.. jarakkan setiap puff anda semasa memicit di atas dulang pembakar kerana dia akan naik dengan begitu sihat walafiat ya. Seri Kandi yang baru mencuba resepi ini memang terkejut badak jugaklah apabila tengok di dalam oven semua puff Seri Kandi dah naik macam kuih pau, hahaha. Picitlah puff anda secomelnya di atas dulang pembakar dan jarakkan lebih kurang 2 1/2" hingga 3" setiap puff kalau anda tidak mahu puff anda menjadi kembar siam :p Oh! Ya.. kalau merujuk resepi asal puff perlu dibakar pada suhu 200 darjah selsius pada 20 minit pertama dengan api atas bawah, hidupkan kipas) dan 100 darjah selsius pada 20 minit terakhir dengan api bawah sahaja... tukan.. yang tu Seri Kandi tak ikut sebab semasa membakar dulang yang pertama tu apa yang terjadi apabila Seri Kandi turunkan suhu adalah puff-puff Seri Kandi terus melepek... huhuhu. Jadi, bab ini pandai-pandailah kita macam mana nak berkomunikasi dengan oven masing-masing.
Swans Cream Puff ini terjadi apabila anaknda Iman meminta Seri Kandi buatkan lagi cream puff untuk dia makan sambil tengok tv petang-petang hari minggu lepas. Oleh sebab Seri Kandi ada banyak stok kuning telur kerana aktiviti mem'pavlova' Seri Kandi tu, jadi Seri Kandi gunakan kelebihan yang ada untuk membuat krim kastard dan puff menggunakan resepi DTS yang menggunakan satu telur + satu kuning telur. Pada mulanya memanglah Seri Kandi tak ada niat pun untuk ambil gambar atau buat entry selain untuk di'ngap' sahaja, hehe. Tapi di akhir-akhir dulang tu, terlintas pulak di batu jemala Seri Kandi ni untuk mempraktikkan bentuk swans tu, hasilnya terjadilah dua ekor swan yang tak ada bijik mata.. kihkih. Malaslah Seri Kandi nak cairkan coklat untuk buatkan bijik mata dia.. dua ekor jerkan... huhu. Dan pada pendapat Seri Kandi resepi DTS ini memang sesuai untuk hasilkan swans yang berkepak cantik. Kalau resepi Japanese tu mungkin swans kita tak nampak urat-urat kepaknya tu sebab ia terlalu mengembang. Apapun, insyaAllah, nanti Seri Kandi tengok kalau resepi tu boleh dijadikan swans juga Seri Kandi akan buat entrynya nanti... mintak2 rajinlah.. hehe. Untuk resepi asal puff ini, bolehlah klik di blog DTS di SINI.
komen rakan fb yang mencuit hati Seri Kandi... hihi (sila klik gambar untuk tumbesaran) |
Kalau kakcik yang makan, mesti kacik makan kepala dan lehernya dulu. :)
ReplyDeleteberenang renang iti tu yeeee ... dalam perut heheheh
ReplyDeleteAssalamualaikum...Thanks utk info...
ReplyDeleteKak Sari, saya pernah try tau buat cream puff ni..nak buat angsa ni lah, konon ambik dari blog kak ita utk hantaran adik ipar...tapiii...swan tu dah berenang2 dulu dalam oven,..tak naik lgsg adunan tu..jadi leperrr mcm pancakeee!! last2 sy buat cupcake..ni kira jadi la.tahniah sangat
ReplyDeleteMonas2Petronas, mungkin adunan tu tak sesuai utk buat swans puff. Adunan untuk swans ni kena keras sikit, cuba guna resepi Cik Mat Gebu pulak ya.
ReplyDeleteKalau kakak dapt jemis macam ini kakak ngap dulu kepala dia..
ReplyDeleteKreatiflah..
comell...kalo faa xmenjadi kot...xreti main ngan nozel ni.heheh
ReplyDeleteSiapalah yg ngap kepala swan tu, ER ke, Sri Kandi ke atau si Iman?
ReplyDeleteaduii... belum ada kerajinan lagi akak nak buat swan cream puff tu.....
ReplyDeleteSiap ada air bergelora tu...hahahahhahaha. Sangat2 kreatif. Saya dengar jer ada api atas bawah, kipas tengah tepi...saya dah mula migrain Kak SAri. Serius saya kagum.
ReplyDeletealah comey nyer swan Seri bak mai 1 leh :)
ReplyDeletecomei kemain kak..kretip..bole masuk acara..hehe
ReplyDeleteNak jawab soklan kat FB tu. Yang takda kepala tu ulat gonggok! hahahaha
ReplyDeleteDah jadi swan, kalau saya sayang nak nak makan.. hihi..
ReplyDeletesalam sari, page sari ni lambat download, cadangan kkida sari tukar ke background putih...better...:)
ReplyDeletemuahahahahhaha... mmg nk tergelak nengok bentuk yg xde kepala tu.. tun duk tenung2 apa bentuk yg akk nk buat.. tasik bergelora ye.. hihi...
ReplyDeletetp kn, tun mmg suka betul mkn cream puff nih. suka resepi yg naik kembang setaman tu walaupun bentuk abih hilang. hihi
errr memang macam angsa...
ReplyDelete