SEORANG teman Seri Kandi bertanya, orang tahu tak kalau Seri Kandi gantikan biskut oreo dalam lolipop oreo choc tu dengan biskut lain??? Errrr.. Seri Kandi tiba-tiba terkelu. Entah, tak pernah terfikir pulak nak gantikan oreo tu dengan oreo jadi-jadian. Dah namanya oreo, kan. Kalau ganti dengan biskut lain karang tak jadi pulak oreonya, hehehe. Seri Kandi tak nafikan bahawa biskut oreo yang original ni agak mahal. Tapi sebab dari mula Seri Kandi dah gunakan oreo Seri Kandi rasa macam susah nak terima biskut lain. Macam kita guna ubat gigi Colgate, kalau muncul ubat gigi lain yang murah pun kita tetap nak guna colgate jugakkan sebab kita nakkan kualitinya. Sabun cuci pinggan pun sama. Sejak kenal 'axion' tu, Seri Kandi memang susah nak tukar jenama lain. Pernah juga Seri Kandi beralih arah tapi akhirnya kembali berpaling jugak pada 'axion'.. eh! Dah melalut pulak.. hihihi.
Baru-baru ini, Seri Kandi dan ER adalah berjalan-jalan ke sebuah 'shopping complex' ni.., kitorang memang kerjanya mengukur jalanlah setiap hari Ahad sebab hantar Iman ke kelas tuisyen. Daripada buang minyak balik rumah
ER pandang Seri Kandi... dah dapat jangka persoalannya. "Mestilah dia kena jual mahal. Dia nak bayar sewa lagi dah berapa.. bonda jual tak sewa kedai," jawab Seri Kandi... huhuhu.
Harga sebungkus biskut oreo nipun berbeza-beza. Seri Kandi pernah jumpa yang dijual RM3.70 sebungkus. Jadi, kita bersangka baiklah sahaja. Mungkin mereka guna coklat yang ada 40% koko, mahal tau coklat tu, sekilo pun dah berpuluh ringgit. Seri Kandi tetap setia dengan Berryls dan Le Bourne. Bagi Seri Kandi, coklat yang berkualiti adalah coklat yang bila Seri Kandi masuk ke dalam mulut, Seri Kandi tak rasa milu dan sakit gigi. Kalau gigi Seri Kandi sakit tu (gigi ke gusi yang sakit ek) maknanya coklat tu mempunyai kandungan gula yang lebih tinggi dari koko dan susu.
Lolipop Oreo dalam gambar ni merupakan tempahan dari rakan sekerja ER, Huda yang juga kawan Seri Kandi sempena sambutan hari lahir anak bujang tengahnya, Adry Afdlin Ariff (Seri Kandi syak Huda ni peminat Afdlin Shaukilah). Seri Kandi kenal Huda dah lama, orangnya muda lagi dari Seri Kandi. Masa Huda mengandungkan anak sulungnya, Seri Kandi pun sedang mengandungkan Iman. Siap berlawan perut siapa lagi besar, hiks. Rezeki Huda, kini sudah beranak tiga dengan kelahiran puteri tunggalnya, Amanda. Kepada Huda, Seri Kandi minta maaf jika ada kekurangan dan terima kasih atas puji-pujian Huda terhadap lolipop Seri Kandi. Kepada Adry, Selamat Hari Lahir, semoga panjang umur, dilimpahkan rezeki dan menjadi insan kebanggaan keluarga dan negara tercinta, Aminnnn.
Untuk cara-cara membuat Lolipop Oreo bolehlah tengok DI SINI.
alahai rajinnya dia terima tempahan yg perlukan ketelitian mcm ni. tapi kakpb suka juga kerja2 kraf, seronok dan leka. ntah bila nak mula balik kain2 felt kakpb yg penoh toyogo tu.
ReplyDeleteSK buat tu dlmnya oreo la ye? luar coklat?
SK, seronok tu seronok rumh tepi laut tapi lebih bimbang bila musin tsunami...huhu..tak tidur mlm tau!
bilalah akak nk try buat plak coklat oreo ni.. mesti budak2 suka ni kan.. tp nak kena ada acuannya la pulakk...
ReplyDeleteseri kandi jual berapa rm satu btg tu?
lia t'ingin nak belajar buat sendiri kak.. ye lah anak ramai kan..huhuu.. in shaa allah ada kelapangan nnti lia nak try..
ReplyDeletemas pun teringin nak buat...he3
ReplyDeletecomel..kalau beli,sayang nak makan..:)
ReplyDeleteanak saya kalau dapat yang ader princess mesti dia suker...
ReplyDeletebetul tu akak..kalau shida pun tak berani nak derhaka nanti jadi lain..oreo mmg mahal..tp nasib baik shda x suka sngt makan coklat dan bskut oreo tu.hehhe
ReplyDeleteteringin nak buat juga kak, zaman bila tu...nti dululah...baru beli batangnya je..hehe
ReplyDeleteada tips berguna jugak di sebalik cerita oreo lolipop ni.. kekee
ReplyDeleteOreo D5 mmg suker but buat lolipop camnie mmg xpenah, ermmmm comey gak kan nnt nk try lah pulak hehheh :)..
ReplyDeleteharga pasaran yg bermacam2 ragamkan...kdg yg lebih bkualiti tu lebih murah...kita sbg pgguna/pbeli la kena bijak memilih
ReplyDeleteamboi murah rezeki dgn tempahan ye...
ReplyDelete