MESTI BUDAK NI BANYAK TENGOK FILEM P RAMLEE

Seri Kandi Tanah Jauhar
7
ASSALAMUALAIKUM...

"Puan, Z kata dia cuti sebulan, dia 'accident'," saya terperanjat mendengar khabar yang dibawa pelajar saya, kawan sekuliah Z. Biarlah saya namakan dia sebagai Den sahaja.

"Z kat mana sekarang?  Hospital? Rumah? Teruk ke?" Pertanyaan yang bertalu-talu. Den menggaru-garu dahinya.

"Dia dekat KL puan. Dia kata, dia 'accident' kat 'bus stop' masa tunggu bas, ada bas terbabas. Kat KL dia kata," Astaghfirullah, saya beristighfar dalam hati.

"Tapi dia tak masuk hospital, doktor bagi dia cuti sebulan," saya mengangguk-angguk. Tak terfikir nak telefon dan bertanya sendiri dengan bapanya.

Lebih sebulan, Z tidak datang ke kuliah.Sehinggalah suatu hari, Z datang dengan plaster di batang hidungnya. Tertempang-tempang dia berjalan, tanda jelas orang baru lepas kemalangan. Tapi saya curiga.. betul-betul curiga. Saya panggil Z ke bilik saya.

"Haaa.. Z, dah sihat ke belum ni?" Z yang agak pendiam cuma mengangguk-angguk kepala.

"Betul ke awak 'accident'? Kat mana lagi yang luka?" Z menjawab dengar tak dengar. Saya tak faham, mulut terkumat-kamit tapi bunyi macam nak menyembunyikan sesuatu. Saya tanya lagi, "Betul ke awak accident??"

"Betul..." jawapan yang langsung tak meyakinkan saya. Saya minta surat rawatan dari hospital, bukti doktor bagi cuti rehat sebulan.

"Tak ada," jawab Z.

"Kenapa tak ada?"

"Hilang..."

"Awak cakap betul-betul. Awak 'accident' ke tak???" Saya menggertak. Telinga kepala semua rasa besar semacam.. hehe.

Z angguk-angguk cemas.

"Saya nak tengok luka dekat hidung awak tu boleh?"

Z geleng-geleng kepala. Terus dia tutup plaster tu dengan sebelah tangan.

"Bagilah saya tengok. Saya nak tahu teruk sangat ke luka tu," saya buat-buat manja, ambil beratlah konon bolehlah pujuk Z buka plaster.. huhu.

Z enggan membuka plaster. Z kata batang hidungnya patah dan luka belum baik.

"Macam tu awak bagi nombor telefon bapa awak. Biar saya tanya bapa awak," lumrah pelajar suka beri nombor telefon palsu. Pernah saya telefon bapa seorang pelajar sebaliknya dijawab oleh perempuan cina jadi saya suruh Z dail terus nombor bapanya menggunakan telefon saya.

Z geleng kepala. Dia kata tak ingat nombor telefon bapanya. Mustahil sungguh!

Saya panggil Den datang ke bilik saya.

"Den, siapa yang bagitahu awak Z 'accident'?"

"Adik dia mesej saya," jawab Den.

"Ada simpan lagi nombor adik dia?"

Den mencari-cari nombor telefon adik Z dalam telefon bimbitnya dan tunjuk pada saya. Saya salin nombor tu dalam telefon saya dan terus dail.

"Hello, Assalamualaikum.." terdengar suara budak lelaki menjawab di sebelah sana. Dia mengaku sebagi adik Z.

"Saya pengajar abang awak, Z. Adik dekat mana?"

"Rumah."

"Oo... mak ada rumah?"

"Mak kerja."

"Ayah?"

"Tak ada."

"Ooo, saya tanya boleh. betul ke abang awak, Z 'accident'?"

"TAK TAHU." saya jeling Z. Dia tunduk tenung hujung kasut.

"Okey, adik. Tak apa ya, nanti kalau mak balik cakap cikgu abang telefon ya."

Saya letak telefon, lama saya tenung Z. Den saya suruh balik ke kelas.

"Awak tipu saya ya. Buka plaster tu.." Z geleng lemah.

"Saya kata buka!" Lambat-lambat Z tarik plaster yang melekap di batang hidungnya. Jangankan luka, segaris calar pun tak ada.

"Z... Z... awak ni mesti banyak tengok filem P Ramlee, kan??" Dalam marah tu rasa macam nak gelak besar-besar.

Z mengaku dia tidak 'accident' sebaliknya sengaja mereka-reka cerita dan Den pun rupanya ditipu sekali. Tengahari itu saya menerima kunjungan dari ibu bapa Z yang terperanjat bila dapat tahu tentang Z yang tidak datang.

puas cari gambar P Ramlee tampal plaster kat hidung tak ada.. hehe..( imej google)

"Pagi-pagi dia dah keluar, petang baru balik," kata ibu Z.

"Saya minta maaf, saya ingat dia betul-betul kemalangan." kesalnya rasa hati hanya Allah sahaja yang tahu. Ibu Z nampaknya agak marah sedikit berbanding bapanya yang lebih lembut. Seri Kandi mengaku silap Seri Kanmdi yang tidak terus bertanyakan bapanya tentang kemalangan itu kerana terlalu percaya kepada anaknya. Z yang Seri Kandi kenali adalah seorang yang pendiam. Dia hanya tersipu-sipu kalau Seri Kandi mengusik dan melawak semasa mengajar. Tak terlintas langsung di hati Seri Kandi Z akan menipu tentang kemalangan yang menimpanya lebih-lebih lagi apabila Den kata berita itu disampaikan adiknya sendiri.

Alhamdulillah, akhirnya Z dapat juga menamatkan kursusnya. Di mana agaknya Z bekerja sekarang, Seri Kandi doakan semoga satu hari nanti Z akan menjadi anak yang menjadi kebanggaan orang tuanya, Amin.. amin ya Rabbal Alamin.


Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Takut kakak bila melihat remaja kini. Macam-macam. Nampak baik, lembut, pendiam tak sangka boleh bertindak jauh macam itu sekali. Kesian org tuanya..

    ReplyDelete
  2. Kenapa agaknya dia bercuti sampai sebulan tu yer kak..? Dia ada jer kat rumah, keluar pagi balik petang. Tapi dah siap plan cuti sebulan. Dia kerja part time kot...

    ReplyDelete
  3. ishhhh....macam2 budak2 skrg..
    entah apa sebabnya dia buat mcm tu...hmmm

    ReplyDelete
  4. Aziela, dia pergi merambu sorang2.. setiap hari...

    ReplyDelete
  5. Seri..hehehe... banyak auta budak tu...adoyai...

    ReplyDelete
  6. susah nak jangka sekarang ni kan! auta yg lebih tu

    ReplyDelete
  7. Hahahah..ni sebijik mcm p ramlee ni. Licik btoiiii..tp tipu menjadi plak tu..kalau tgk p ramlee nipu ujung2 kita rs kesian.sbb muka dia kot kan? Z pulak sama x?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!