MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Tuesday, March 26, 2013

PAVLOVAKU...

ASSALAMUALAIKUM...


BERTEMU kembali di Alam Sari ini selepas agak lama berdiam diri. Di sini Seri Kandi ingin memohon maaf kiranya beberapa hari ini Seri Kandi menyepi tanpa sebarang komen ke blog kalian. Sebenarnya Seri Kandi mengalami masalah untuk meninggalkan komen kerana masalah talian yang tidak berapa bagus. Seri Kandi juga agak sibuk untuk menulis entry baru, kering idea pun ia juga walaupun sebenarnya ada banyak cerita yang hendak Seri Kandi lipurlarakan, hehehe. InsyaAllah, bila keadaan dah kembali normal, Seri Kandi akan meninggalkan komen, sekarang ini cuma mampu singgah, baca dan telan air liur sahaja, hiks ;-)


Seri Kandi juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung Alam Sari ini kerana tanpa anda siapalah Seri Kandi. Seri Kandi tak sangka, dalam pada membina blog untuk kepuasan sendiri selain kenang-kenangan untuk anaknda Seri Kandi, pengunjung Alam Sari telahpun mencecah lebih dari 1 juta. Walaupun tanpa entry baru namun setiap hari pasti ada yang singgah mencari resepi. Seri Kandi sendiri tidak menyangka bahawa Seri Kandi akan diiktiraf sebagai blogger dapur walaupun asalnya Seri Kandi cuma main-main sahaja berkongsi resepi. Ops! Main-main kongsi resepi tu janganlah ada yang salah faham pulak ingat Seri Kandi bagi resepi main-main ya, hihi.


Melalui blog ini jugalah Seri Kandi dapat menambah rezeki. Daripada hobi berkongsi resepi akhirnya ada pula yang teringin nak merasa manisan dari Seri Kandi. Ialah, bukan semua orang ada masa untuk membuat kerja-kerja membuat manisan yang remeh ini. Mungkin bagi kita yang sudah biasa, membuat sebiji pavlova adalah mudah. Membuat cheese tart itu tak susah. Mengadun sebiji kek itu tidak renyah. Tapi bagi yang baru hendak bermula, yang baru hendak mencari mangkuk 'mixer', baru nak kenal yang mana tepung jagung yang mana tepung gandum, yang mana krim tenusu yang mana krim masak, tentu bagi mereka lebih baik membeli sahaja dari memeningkan kepala. Tambah pulak vitamin R memang tak terdapat dalam dunia jadi sediakan sahajalah RM-nya.. betul tak??? ;-))))


Hujung minggu ini insyaAllah, Seri Kandi sekeluarga akan berada di utara menghabiskan saki baki cuti sekolah yang tinggal tiga hari. Sejak cuti sekolah bermula, Iman belum lagi bercuti dan berjalan kerana terlibat dengan kursus menjawab UPSR dan kelas tambahan. Bagi pengikut Alam Sari ini tentunya sedia maklum, Iman akan menghadapi peperiksaan besar tahun ini. Jadi rasanya, sehingga pertengahan September 2013 Iman pastinya akan sibuk dengan kelas-kelas tambahan dan pelbagai lagi aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah. Kerana itu, Seri Kandi dan ER tidak berani untuk pergi lebih jauh sebab takut berselisih dengan jadual aktiviti Iman.


Haaa.. ini aktiviti malam tadi. Sebenarnya semalam ibu Seri Kandi ajak kami makan, ibu masak kari ikan tenggiri dengan sambal pelam. Waaaa, sedapnya! Bertambah-tambah ER dan Iman makan penangan ibu mertua, hihi. Bila dah sampai rumah, tekak Seri Kandi ni rasa berlubang pulak, hehe. Seri Kandi teringat Seri Kandi ada buat lebih crust pavlova masa terima tempahan hari tu. Fresh cream dan buah pun ada lagi. Memikir-mikir dah nak tinggalkan rumah untuk balik kampung lama, lalu kami anak beranak pun mengerjakanlah pavlova ni, hehe.


Bagusnya si bapak suka makan banyak buah, si anak tak suka makan buah. Jadi buah-buah si anak bagilah dekat si bapak. Sukalah si bapak sebab dapat buah extra, huhuhu. Seri Kandi pulak lebih suka ambil secara seimbang. Buah, krim dan crust mesti ada dalam satu suapan kalau tak rasa cam pening jer sebab pavlova nikan manis. Eh! Ada lagi ke yang belum mencuba membuat pavlova ini sendiri. Dengan baik hati, Seri Kandi taip sekali lagi resepinya di sini ya, buat jangan tak buat tau!!


Pavlova

Bahan-bahan :
4 biji putih telur
3/4 cawan gula kastor
1 sb tepung jagung
1 sk cuka masak


Cara-cara :
1. Panaskan oven 150 darjah selsius.
2. Masukkan putih telur dalam mangkuk pemutar yang kering dan putar dengan kelajuan tinggi sehingga berbuih. (Pastikan pemutar juga kering)
3. Sambil terus memutar, masukkan gula kastor sedikit demi sedikit sehingga habis dan putar lagi selama dua minit dengan kelajuan tinggi.
4. Matikan mesin pemutar, ayakkan terus tepung jagung ke dalam adunan putih telur dan kaup balik sebati.
5. Masukkan cuka, kaup lagi perlahan sehingga sebati. Untuk mudah, masukkan ke dalam piping bag.
6. Lakarkan bentuk yang anda kehendaki di atas baking paper. Terbalikkan baking paper dan paipkan adunan di atas baking paper (letak baking paper atas tray/ loyang)
7. Bakar selama 1 jam 20 minit. Rehatkan terus pavlova dalam oven selama 20 minit lagi selepas tamat membakar.


*Untuk krim, putar satu cawan 'non-dairy whipping cream' selama dua minit. Paipkan atau tepekkan terus di atas pavlova. Hidangkan bersama buah-buahan (taburkan buah yang siap dipotong kecil di atasnya) seperti strawberry, blueberry, anggur tanpa biji, kiwi dan peach.




13 comments:

  1. sedap nampaknya kak.. saya belum cuba lagi.. malas nak cuba bila memikirkan cuma guna putih telur je.. mcm rugi pulak yg kuning tu..hehe sebenarnya Malas.. haha..

    ReplyDelete
  2. saya buat 2 kali baru jadi fail~first time tak jadi sebab asyik sibuk bukak pintu oven nak tengok~haha~~terus jadi bantat~

    ReplyDelete
  3. aamboii amboii.headerr cik abang pakai bungaa tuu..ehehhe

    kak sari saya tengok makin lama gambar ada teknik2 photography ni, ada belajar kat mana2?? lawa

    ReplyDelete
  4. Uiii mak aiiii segar nyer nampak buah2 tu yummy yummy sungguh xpenah buat pavlova nie teringin gak nk buat xtau ler biler hehheh :)

    ReplyDelete
  5. asik tunjuk gambar pavlova aje.. menyampah betul!! bagi la orang sini rasa! sian ibu anneesa ni.. hihihi

    ReplyDelete
  6. Kak Sari..akak lupa bahan penting dalam resepi tu. Vitamin R. Ha, yang tu kita tak ada. So belum boleh buat lagi..hehehehehe.

    ReplyDelete
  7. singgah, baca dan telan air liur jer klau singgah blog ni...ermmmm...sedap sekali nampaknya pavlova itu...:)

    ReplyDelete
  8. kita pun dh lama xbuat cik pavlova ni...meriah dgn colourfulnya...suka la tgk pavlova ni..cntikkk..

    ReplyDelete
  9. o sedapnye kak. lin pun nk try buat jugalah nnt ^_^

    kita tag Kak Sari! Jom join?http://suzlinazreena.blogspot.com/2013/03/malaysias-next-top-lucky-blogger-by-mak.html

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

AKHIRNYA IKEA TEBRAU DIBUKA

Assalamualaikum... YEAY!!  Akhirnya setelah sekian lama menunggu, Ikea Tebrau kini dibuka di Johor Bahru.  Setelah bertahun-tahun beran...