RENDANG AYAM PREMIX

Seri Kandi Tanah Jauhar
3
ASSALAMUALAIKUM...


"AKAK, akak dah ada 'follower'lah!" kata kawan sebilik di pejabat Seri Kandi pada hari kedua Seri Kandi ber-blog.

"Haa?? Follower??? Apa tu???" Aduhai, begitulah butanya Seri Kandi semasa mula-mula berblog dulu. Selama ini, Seri Kandi tak tahu pun istilah-istilah dalam ber-blog ini. Follower... link... komen.. blogwalking.. semuanya adalah amat asing bagi Seri Kandi. Kelakarnya bila ingat-ingat balik, buat blog sendiri, tapi 'follower' pun tak tahu. Oh, ya! Follower Seri Kandi yang pertama adalah abang sepupu Seri Kandi, seorang blogger juga, Mohd Kamil Ismail. Blog beliau di SINI.

Hari demi hari, Seri Kandi mula faham ragam dunia blog. Asalnya blog Seri Kandi ini tujuannya adalah untuk meneruskan minat Seri Kandi dalam dunia penulisan. Sebab itulah bahasa yang Seri Kandi gunakan adalah bahasa yang agak formal kerana Seri Kandi amat cintakan bahasa kebangsaan. Bila dah banyak bergaul dengan blogger-blogger lain, lama kelamaan Seri Kandi terikut-ikut juga dengan bahasa yang digunakan. Tetapi sebolehnya Seri Kandi mengelak dari menggunakan bahasa rojak yang terlampau atau singkatan yang kadang-kadang sukar difahami. Bagaimanapun, Seri Kandi masih boleh menerima blog-blog lain yang menggunakan bahasa rojak atau singkatan dan tidak mendatangkan masalah bagi Seri Kandi, cuma untuk Seri Kandi menulis macam tu rasa macam janggal, hihi.

Lebih kurang dua atau tiga minggu lepas (lupa), Seri Kandi telah menerima tempahan cheese tart dari seorang yang menggelarkan dirinya Ann. Setelah berbalas-balas sms dan bertukar-tukar lokasi (hihi.. Ann mesti baca ni) Seri Kandi sendiri yang menghantar cheese tart tempahan Ann ke pejabat Ann. Di pertemuan pertama antara Ann dan Seri Kandi itu, Ann telah menghulurkan sebuah bungkusan kepada Seri Kandi. Alamak, Seri Kandi rasa malu yang amat, kita jual cheese tart kat dia, tetiba dia bagi sesuatu kat kita, adeh!

Rupanya, barulah Seri Kandi tahu bahawa Ann ni adalah 'silent reader' Alam Sari. Oh, kira Seri Kandi ni ada peminatlah jugakkan, awwwwww.. terharunyaaaaaaaa... Blog Seri Kandi menerima tidak kurang dari 1K pageview sehari dan Ann adalah antara yang singgah di blog dan kini di hati Seri Kandi, terima kasih, Ann.


Dalam bungkusan yang diberi Ann ada sebungkus kerepek pagoda?? maruku?? dah selamat dikerjakan ER sambil menonton filem tamil, hiks.. Sepeket kerisik dan rempah rendang premix. Alamak! Macam tahu-tahu jer Ann, Seri Kandi tak pandai masak rendang, hehehe. Ann menyarankan Seri Kandi mencuba rempah rendang premix ni yang telah siap bergaram gula dan berperisa. Cuma tinggal tambah santan dan air sahaja. Semalam petang, Seri Kandi pun mencuba memasak menggunakan rempah rendang premix ni dan hasilnya memang lumayan sedap tau.


Semudah 1, 2, 3... Cuma perlu panaskan sedikit minyak dalam kuali, rempah rendang premix tu campurkan sebati dengan 200 ml air dan tumiskan hingga pecah minyak (Seri Kandi tumis bersama serai diketuk). Kemudian masukkan ayam atau daging (600 gm - 1 kilo). Tambahkan 200 ml santan dan 100 ml air lagi serta 40 gm kerisik. Bolehlah tambahkan garam dan gula melaka secukup rasa. Tapi bagi Seri Kandi rasa tu dah cukup tak perlu tambah garam lagi. Sebab suka pedas, Seri Kandi campakkan juga sedikit cili padi dan hirisan daun kunyit bagi menambah aroma rendang. Pehhhh!! Dia punya bauuuuuuu... mengancam sehhhh!!

Kerisik tu pulak, pembungkusannya sangat bersih, pekat dan tiada bau tengik. Hapak jauh sekali. Memang akan menjadi pilihan Seri Kandi lepas ni :-))))

Yang penting sekali bagi Seri Kandi yang sentiasa kesuntukan masa dan punya penyakit M besar ni, rempah rendang premix ini amat menjimatkan dari segi penggunaan tenaga,  masa penyediaan yang pendek, masa memasak pun pendek, mengurangkan penggunaan gas, kurang tenaga kerja, jimat air, tak perlu sedia bahan mentah (cili, bawang, halia dsb), tak membazir, tak ada sisa (kulit bawang, kulit halia, tangkai lada, akar dan biji.. hihi)

Anda berminat????

Hubungi Ann di 012-7815546 (maaf ya, Ann.. akak tak minta izin siarkan nombor Ann di sini)

# Rempah Rendang Premix ini merupakan produk keluaran 'Nurani Spice' yang melalui proses iradiasi terlebih dahulu sebelum dijual bagi memastikan bahannya bebas dari kuman dan mirob menjadikannya tahan dua tahun lebih lama walaupun tanpa bahan pengawet. Ia juga tidak mengandungi pewarna dan perasa tiruan.
# Selain rempah rendang premix, Nurani Spice turut mengeluarkan produk premix lain seperti Malaysia Masamman Kari Premix, Rendang 10K Premix, Kurma Daging Premix, Asam Pedas Premix, Kari Ikan Premix, Bryani Premix, Sup Ekor Premix dan Sambal Tumis Premix.

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. salam sari, sekarang ni mcm2 yg segera ada kan, cuma malas atau rajin je la...hihii
    liza tak pernah lg buat rendang guna yg segera cmni..sebenarnya tak tau pun ada yg segera...hihihihi

    ReplyDelete
  2. Salam.Mmg nampak sedap rendang ayam tu walaupon guna yg 'segera'...

    ReplyDelete
  3. saya pun sama kak...tak pernah gheti masak rendang ^^

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!