MUFFIN GEBUS

Seri Kandi Tanah Jauhar
3
ASSALAMUALAIKUM...



"GEBUNYA muffin akak, kenapa saya punya tak gebu macam akak?" Bukan satu dua pertanyaan yang Seri Kandi terima tentang gambar muffin yang Seri Kandi post dalam fb. Serba salah juga dibuatnya bila resepi yang kita kongsikan ada yang tak menjadi macam kita buat. Apa yang salah, tekniknyakah? Bahan-bahannyakah? Sukatannyakah? Atau mungkin oven yang tidak serasi atau mixer yang terlebih laju??


"Eh, kat mana kau beli muffin ni, sedaplah!" tanya kawan adik Seri Kandi bila dia membawa balik sebiji dua muffin ke KL.

"Mana ada beli, buatlah," kata adik Seri Kandi.

"Kau buat ke?"

"Taklah, kakak aku buatlah. Kenapa, nak beli ke?"

"Boleh jugak, nanti kau balik Johor suruh kakak kau buat tau."


Maka terlanjur sudah berjanji, di celah-celah kesibukan menyiapkan tempahan cheese tart, Seri Kandi luangkan masa untuk membuat muffin ini. Teringat pula janji Seri Kandi dengan beberapa kawan untuk berkongsi teknik mendapat muffin yang gebus, gebus sangat ke? Kalau nak tahu, cubalah ya. Walaupun Seri Kandi ini bukanlah pakar atau chef dalam bidang ini tetapi dengan pengalaman Seri Kandi yang sedikit ini, ingin Seri Kandi kongsikan langkah demi langkah bagi mendapatkan muffin yang gebus gebas tapi ada syaratnya tau, korang kenalah gebu jugak macam Seri Kandi ni, ahaks!!


Resepi yang Seri Kandi akan tuliskan ini adalah resepi yang paling asas sekali. Terpulanglah pada kawan-kawan untuk menambahkan bahan-bahan lain seperti parutan lemon, blueberries, strawberry, coklat cips atau nak campak buah durian ke pun boleh...

Muffin Gebus

Bahan-bahan dan Teknik :

125 gm mentega (Seri Kandi guna buttercup jer, sebiji belah dua) resepi asal 110 gm

4 sb gula kastor (cedok gula penuh, jangan diratakan)

2 biji telur (mesti guna gred A sahaja atau size L)

1/2 st esen vanilla

1 cawan tepung gandum (gunalah tepung gandum cap sauh.. kaya dengan vitamin B1 dll)**

1 st serbuk penaik (baking powder bukan baking soda)** (ayak bersama bahan **)

Teknik Gebus :

1. Panaskan oven 180 darjah selsius. (Panggil anak atau adik alas muffin tray dengan cupliners. Kalau takde, jadilah OMO macam Seri Kandi, hiks!)

2. Putar mentega dengan gula kastor sampai kembang. Tak tahu macammana rupa kembang?? Okey, putar sampai adunan jadi putih. Kalau dah putih mesti dah kembang juga. Putarlah dari kelajuan perlahan sampai tinggi. Biasanya Seri Kandi akan putar dua tiga minit guna handmixer sahaja. Berhenti untuk kaup mentega dan gula yang melekat di sekeliling mangkuk pemutar. Putar lagi dengan kelajuan tinggi sampai putih.

3. Pecahkan telur sebiji dalam mangkuk lain. Buang mata telur atau pusatnya dahulu sebelum dimasukkan dalam mangkuk pemutar tadi. Buat yang sama untuk telur yang satu lagi. Jadi sekarang dua biji telur dah masuk dalam mangkuk pemutar, tambahkan esen vanilla.

4. Sekarang, sendengkan mangkuk pemutar. Seri Kandi tak cukup kakitangan nak rakamkan cara Seri Kandi putar. Harap boleh faham dengan penjelasan Seri Kandi dengan merujuk gambar di bawah.


5. Dalam keadaan mangkuk yang masih disendengkan (sebelah tangan pegang mangkuk, sebelah tangan pegang handmixer) putar telur itu selama satu minit dari kelajuan perlahan ke kelajuan tinggi... putar.. putarrrrr terus satu minit kemudian perlahan-lahan putar sekali bersama adunan mentega dan telur. Putar sampai kembang (kembang lagi???).. putar sampai sebati. Kaup adunan di tepi mangkuk dan putar lagi.

6. Dengan kelajuan paling perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil memutar adunan. Masukkan tepung sampai habis dan putar perlahan hingga sebati.

7. Untuk mudah, masukkan adunan dalam piping bag dan picit dalam cupliner hingga memenuhi 3/4 bahagian. Bakar selama 25 - 30 minit.


p/s Seri Kandi tak guna sukatan metrik. Gambar di atas adalah saiz cawan (sebenarnya mug) yang Seri Kandi gunakan. Rasanya kat Kedai Romantika ada jual ni.. Seri Kandi dapat cenderahati dari rumah orang kahwin :-)))







Tags

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. kalau muffin yg gebus gebas mcm ni akak akan panggil cupcake.. hehe..

    definisi muffin bagi akak mesti yg kacau guna whisker tu.. tekstur agak padat sikit. biasanya muffin naik membumbung serta merekah sikit... tp tak kisahlah.. kalau org bagi mana2 akak sapu je dua2.. hihi..

    ReplyDelete
  2. wallah.. sekali ngap selesai sebijik ni.. hehehe.. tengs kak. kalau rajin boleh bikin.. :)

    ReplyDelete
  3. nampak sedaaaaaaaaap..akak balik kedah nanti buatkan ye..hehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!