APABILA Seri Kandi mula menjadi saudagar rempah dan mencadangkan rempah kerutub ini kepada kebanyakan pelanggan SK, ramai yang bertanyakan SK, apa sebenarnya dan macam mana rasanya masak kerutub tu. Kerutub atau disebut juga kerutup atau kerutuk ini sebenarnya adalah makanan pantai timur. Biasanya daging selalu dipilih apabila memasak kerutub. Selain daging, ayam juga boleh digunakan tetapi ayam yang paling sesuai ialah ayam kampung atau boleh juga guna ayam hutan, itik atau itik serati. Ini kerana, dagingnya liat dan tidak mudah pecah kerana kerutub biasanya perlu dimasak dalam tempoh yang lama.
Antara bahan-bahan dan rempah ratus yang perlu disediakan untuk memasak kerutub ini adalah rempah ratus seperti kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan rempah kerutub yang khas. Lepas tu, kena pula sediakan air asam jawanya, serainya, daun pandan, kerisik, santan, garam, gula, pak ajilah dan daun nangka. Hah.. macam-macamkan, belum masak SK dah pengsan, hehehehe.
Untuk masakan kerutub ini, anda cuma perlu sediakan ayam atau daging (tak perlu pakai ayam kampung, ayam bandar pun boleh), air, santan dan kerisek. Yang lain tu semua dah siap dalam rempah Nurani ini. Garam dan gula itu ikut andalah kalau suka lebih masin atau manis tapi bagi SK memang dah cukup rasanya. Bulan-bulan puasa ni memang sesuai masak guna rempah ni sebab tak perlu takut termasin atau termanis. Pada pendapat SK, rempah ini memang sangat sesuai untuk wanita berkerja, surirumah pun apa salahnya tambah-tambah lagi dalam bulan ramadan ni macam-macam yang nak dibuat sedang tenaga berkurangan jadi apakata dapatkan rempah kerutub dari Nurani Spice ini. Anda pasti puas hati!! SK sangat puas hati tauuuu.. Mudah! Cepat! Lazat!!!!
kerutub ayam yang SK masak menggunakan rempah Nurani Spice.. masih dalam kuali, hehehehe |
** Bergantung kepada stok
Lihat masakan lain SK menggunakan rempah premix :-)
Rendang Ayam Premix Nurani Spice
Kuzi Kambing Premix Nurani Spice
lihat video di bawah...
kak...mcm nak try...tunjuk la semua rempah yg akak jual...senang bangat gini...sekali harung masaknya...itu yg suka tu...:-)
ReplyDeleteAlahai...kat supermarket takder ker kak. Saya nie bukannya apa...nak spare untuk raya nanti...heheheheh. Maklumlah..weekend jer ada kat rumah. So, siapkan rempah, santan kotak dan kerisek, siapkan ayam dalam freezer. Kalau ada tetamu yg last minute inform tu, dah boleh masak marvelous macam nie kan.
ReplyDeleteTak nak masukkan dalam pasaran ke SK? Kalau boleh di pasar tani Skudai ke senang sikit kakak nak tengok..
ReplyDeleteSalam taukee sari hihi...
ReplyDeleteKak Kamu Ni Teringin Itik Huhuh Dah 3thn X Dpt Mkn, Nnti Nk Bela Kat Kebun Laaa
tergugat jugak tengok ayam bebanyak dalam post ni :p
ReplyDeleteSK mau kerutuk n briyani leh teringin lak nk cuba yummy yummy nampak nyer :D..
ReplyDeleteSari, kak zu pun belum cuba lagi huhuhuhu
ReplyDeleteSK...masa mula nak masak tu akak was2 juga, tgk resipi kt kotak tu, takde pun bawangnya. Ahh..ikut mcm biasa masak gulai kawah. Tapi kakpb guna semua utk 1/2 kg daging sb suka pekat2. Ada lg dlm periok tu, panaskan je bila nak mkn. Nanti tulislah kat blog, masak ni tak perlu bwg dll. Rasa tak lari pun, cuma kakpb dah biasa dgn rasa gulai kawah Kelantan.
ReplyDelete