LAKSA JANGGUS BALIK PULAU

Seri Kandi Tanah Jauhar
8
ASSALAMUALAIKUM...


SETIAP kali balik ke utara, ER mesti akan suarakan betapa dia teringin sangat hendak makan Laksa Janggus. Mula-mula tu SK ingatkan Janggus tu nama orang.. hehehehe.. tak tahu pulak bahawa janggus tu sebenarnya adalah gajus.. kikikiki.. maafkan kami penunggu gua.. maafkan kami penunggu gua!! Sebab janggus tu bunyi macam nak dekat sama dengan janggut jadi SK adalah keliru.. kui kui.

"Laksa Janggus tu kat mana?"

"Adalah.. orang kata kat Balik Pulau.."

"Dah tu.. jomlahhh!" Hamboiiii, pantang dipelawaaaaaa..

"Jom.."

Tapi bila sampai Penang selalu tak jadi makan laksa ni akibat kekenyangan melantak benda-benda lain... kakaka. Penang kaya dengan makanan okeyyyy..

Orang tua kata, kalau rezeki tak ke mana. Nak dijadikan rezeki kami apabila singgah membeli jeruk di Balik Pulau (yang tu nanti SK cerita).. kakak jeruk tu yang tentu sedia maklum kami ni orang luar bertanya...

"Dah pergi makan laksa jangguih belum?"

"Haaaaaaa... tulah, saya dah lama nak cari laksa tu," balas ER.

"Haaa.. laksa jangguih senang ja... jalan teruih ikut simpang kiri ni... teruihhhhhhhhhhhh ja nanti had jumpa keta banyak-banyak paking tepi jalan tu, situlah laksa jangguih..."

Apalagi, lepas habis memilih jeruk, terus masuk kereta dan ikut arahan yang diberi kakak jeruk. Betul kata kakak jeruk, penuh kereta berhenti di kiri dan kanan jalan termasuklah bas kilang dan bas persiaran.


Kelihatannya begitu ramai umat manusia yang kelaparan dan barisan panjang.. ooo.. layan diri katanya. Jomlah kita beratur sekali...

beratur... beratur... jangan potong barisan
nak pesan minuman.. panjangnyaaa... kita hirup kuah laksa jerlahhhh!
tengok kakak baju pink tu sampai dah cekak pinggang tuuuu..
awas.. kalau anda tidak berjiwa kental tak payahlah makan kat sini.. hehe
Jalan-jalan cari makan..
murah giler harga laksa kat sini
tengok.. betapa ligatnya kakak laksa ini bekerja
purrrrrrrrrrrr.. kecurrrrrrrrrr
amboiiiii.. sukanyaaa dia dapat laksa janggus
okey... takde orang tengok kita.. jom kita ambik gambar laksa mangkuk sendiri... hihi.. mental sungguhlaaaaaaa
RM3.50.. murah dan tersangattttlah sedap... nak bukti???
licinnnnnnnnn okeyyyy..  burppppp! Alhamdulillahhhh..

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Salam Sarim..tgk gambar laksa jaggus pon...dah kecur...

    ReplyDelete
  2. Opsttt..trsilap taip sarim lak...sorry SARI.Nk publish tu..tak bc betul2..hadoiiii

    ReplyDelete
  3. Gigih akk wat n3 nih kan.baguih sungguh noh.hihi.jangguih kak.hihi
    lksa plg femes ni..
    klo laksa pokok ktapang pon ade gak..
    1lagi kt blk pulau sate sdapp..rega klo x sekupang ja.lani dah nek 3kupang..tpi kcik jala kt tmpat len dah 5 ka6 kupang kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. oh, so huruf s tak guna lah eh.. akak edit.. tq adik manisssssssss

      Delete
  4. adusssss terliuqqqqq. lama dah dok dengaq depa dok crita pasai ni tapi cheq klau balik selalu lupo laaaaa. blk akhir thn ni tlg peringat nooo cheq nak p bratuq gak. heheh

    ReplyDelete
  5. saya bukan peminat laksa, melainkan laksa tu betul2 power dan sedap jer saya makan...hahahahha. Akak, bestkan dapat soulmate yang kaki jalan dan explore makan2. Saya pun rasa beruntung soulmate saya macam tu gak.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!