RIAU BUMI LANCHANG KUNING NAN BERTUAH - EPISOD 2

Seri Kandi Tanah Jauhar
10
ASSALAMUALAIKUM...

MERENUNG ke laut.. terhampar teluk timbunan kapal, tanjung pumpunan angin, laut tidak bertepi, pulau karam-karaman, tebing lembak-lembakan, gunung berselubung awan, lurah berselubung kabut, alam terkembang menjadi guru... dipetik dari Novel Tiara Pesona karya sahabat SK, Rahimah Muda.
 
salah satu bangunan kerajaan di Pekanbaru, Riau

Sudah seharian SK berada di Pulau Mutiara. Aduhai, teringat masih ada hutang yang belum dilunaskan dengan pembaca. Tiga hari dua malam di Pekanbaru, Riau belum lagi habis ceritanya. Ada yang menanti-nanti cerita SK ke? Sebenarnya sepanjang minggu lepas SK agak sibuk. SK rasa ada yang tahu penyebabnyakan. Ditambah lagi hujung bulan, macam-macam laporan yang perlu dihantar dan disemak. Nak mengetuk cerita pun otak rasa macam beku. Setakat hantar status-status sempoi di fb tu okeylah, boleh juga masuk dekat batu jemala SK ni, hahaha.

di hadapan Bangunan Konsulat Malaysia Pekanbaru.. perhatikan bentuk bumbungnya..
Okey, kita sambung cerita Pekanbaru ya. Sebagaimana yang SK ceritakan pada episod yang lepas, inilah pertama kali SK mengikuti rombongan macam ni... kalau ER tu memang dah biasa dengan trip begini. SK pula memang tidak suka terikat dengan mana-mana agensi pelancongan.SK lebih suka redah dan redha sahaja. Jadi, memang agak janggallah jugak pada mulanya. Tapi tak sangka pula SK, lama-lama rasa seronok pula ikut rombongan Cik Kiah ni. Tambahan dengan sikap 'sporting' kawan-kawan ER yang sangat suka buat lawak dalam bas. Ada sahaja yang nak dijadikan bahan ketawa. Memang riuh rendah jadinya tempat duduk di bahagian belakang tu.. kesian 'tour guide' kami, kadang-kadang macam bercakap seorang pulak, hihi. Maaf ya Pak Ronald, lain kali kalau bawa diorang ni naik bas, tampal siap-siap mulut diorang dengan 'saloytape' baru tahu senyap, haha.
 
bersama CCO Firefly, sedih.. gambar goyang.. jelez lettewww...

Dan pengalaman SK yang paling berharga sekali adalah apabila rombongan ini turut disertai bersama Ketua Pegawai Komersial Syarikat Penerbangan Firefly, Encik Azman Ahmad yang sangat 'sporting' sepanjang lawatan muhibbah ini... bos memang terbaekkkklah, SK salute! Turut bersama, Pengarah Tourism Malaysia Johor dan Penolong Pengarah Pelancongan Negeri Johor. Haaaaaaaa... semuanya memang best dan SK seronok sangat, terima kasih daun keladi, lain kali bawalah SK terbang lagi ya, hihi. Dan buat pertama kalinya juga, SK telah berkunjung ke Pejabat Konsulat Malaysia di Pekanbaru dan dapat pula makan semeja dengan Konsulat Malaysia di sana, Haji Azizan Ismail. Makan apa?  Ada lauk asam pedas ikan baung, ayam goreng berempah, tauhu sumbat telur, telur dadar, udang sambal petai dan beberapa lagi. Gambar??? Masa tu, SK segan sikit nak ambil gambar, ialah.. semua orang dok keluarkan kamera besar gedabak, kamera SK tu comel sangat sampai malu nak keluar dari beg... huhuhu.


antara yang menjadi santapan kami... ni siapa punya gambar.. SK tepek sini
Sebenarnya sepanjang berada di Pekanbaru, SK agak leka memerhatikan pemandangan dari cermin bas. Jiwa halus SK rasa tersentuh dengan kesungguhan pemerintah di Pekanbaru ini mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah dan bangunannya mempunyai nilai kesenian yang tinggi. Kebanyakan bumbung bangunan masih dibina dengan ciri-ciri tradisional bumbung yang tinggi berbentuk segitiga. Bangunan berukir-ukir begitu juga dengan jejambat dan banyak pula monumen-monumen yang dibina di persimpangan atau bulatan jalan. Sayangnya SK tidak berpeluang untuk merakamkan gambar di setiap monumen tersebut. Memang SK sangat ralat. Kalaulah SK masih berpeluang lagi ke Pekanbaru, insyaAllah, pasti setiap detik akan SK abadikan. Pak Supir wajib berhenti tepi jalan supaya dapatlah SK menyimpul memori.. hihihi.

monumen tarian zapin
Acara yang dinanti-nanti pastinya acara menghabiskan juta-juta rupiah yang kami angkut ke Pekanbaru. Destinasi kami adalah sebuah pasar yang dipanggil Pasar Bawah. Menurut Pak Ronald, terdapat beberapa pasar yang boleh dikunjungi di Pekanbaru dan antara yang paling mendapat tempat adalah Pasar Bawah dan Pasar Sukaramai. Amboiii, banyak sungguh pesanan yang minta SK tengokkan di mana hendak beli kain dan telekung, yang suruh SK tempah langsir, yang pesan SK tengok loyang.. ya ampunnnnnnnn ibuk-ibuk sekalian, SK minta maaf sangat kerana masa SK agak terbatas untuk menunaikan setiap permintaan. Sebaik sampai ke Pasar Bawah, kami hanya diberi masa lebih kurang 1 1/2 jam (tak silap) untuk menghabiskan acara membeli dan belah pada hari tersebut. 


cantikkan... Pasar Bawah
Dengan semangat yang berkobar-kobar, SK meredah pasar di tingkat bawah dahulu. Aduh, matilah SK dah jatuh hati dengan harga set hidangan meja makan yang cuma 300.000 Rupiah yang kalau di Malaysia boleh mencecah RM300. SK memikirkan bagaimanalah SK nak bawa balik naik kapal terbang. Kalau naik kereta tentulah set tu dah ucap wassalam dekat Pekanbaru tau. "Eh, ibuk... ibuk jangan takut... bisa naik pesawat, dijamin gak pecah buk," SK cuma tersenyum mendengar jaminan penjual. Iya.. iya.. nanti saya datang semula ya.. saya nak jalan-jalan tengok kain kat atas.. janji palsu SK jangan percayalah... huhu.

haaaa.. gasaklah ya.. nak tepek gambar kat Konsulat Malaysia di sini..
Naik ke aras satu, mata SK berpinar-pinar. Mak aihhhh... very the kalerpullah.. SK dah tak tahu nak pilih kain mana satu sebab semuanya cantik-cantik. Adohai, terus nyanyi lagu 'Kalau aku kayaaaaaaa...' hahaha. Baiklah, inilah cadangan SK kalau anda telah sampai lebih dahulu ke Pasar Bawah. Di sinilah tempatnya kalau anda hendak beli T-Shirt buat cenderahati atau segala key-chain atau segala mak nenek untuk dibawa balik. Nak kain cantik-cantik, pilihlah di sini. Telekung di sini juga murah-murah. Sila pilih dan tawar ya. Ingat tu, harus ditawar dan jangan takut kerana peniaga-peniaga di sini amatlah pemurah untuk menurunkan harga dan sangatlah lembut hatinya. Sempat juga SK menyambar beberapa helai blouse dan jubah dan paling best sekali di sini ada dijual jeans pelbagai warna yang amat berkualiti dan cantik walaupun mungkin tidak berjenama. Haaaaaaaa... kalau anda peminat channel, gucci, gedebak gedebuk tu (maaf, SK tak arif tentang jenama) tempat anda bukan di sini ya.


errrr... nak sambung boleh tak??? Dah kul 3 pagi daaaaaa..

Jom... semak jadual penerbangan anda ke Pekanbaru, Riau DI SINI!!

Seri Kandi Tanah Jauhar
bersiaran dari Pulau Mutiara, Pulau Pinang

Riau Episod 3




Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sedap tanjuk entri kak sari....mcm judul filem epik aje..... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang jiwa halus memang tajuk entrinya sedap-sedap, Che Mat Gebu.. hahaha

      Delete
  2. Replies
    1. Kak Zila, pergilah kak. Tak rugi pergi sana, memang berbaloi-baloi.. baby meh bagi sy jaga, hihi

      Delete
  3. Replies
    1. menyopping memang best, menghabiskan duit katanya, dah kerja penat2 inilah masa nak bersuka2 & menghadiahkan sesuatu utk diri sendiri..

      Delete
  4. Replies
    1. Rostina, malam ni InsyaAllah sy sambung episod 3 ya, tqvm Rostina

      Delete
  5. Salam Kak SK..
    Saya tak pernah terfikir nak ke Riau ni...Indonesia yg saya pernah sampai hanyalah Bali..hihihi..
    Tapi mmg saya perhatikan, mereka di Indon mmg jaga culture mereka, dgn binaan monumen, senibina bangunan...itu yg patut kita contohi..

    Saya & wife pun suka konsep " redah & redha" tu...hahaha..Kalau mengembara ke negara orang, mmg kami tak guna tour guide...susun sendiri itinerary...tapi kalau ke Bali tu, dua dua kali kena guna khidmat supir...;)

    Kak SK kerja dgn Tourism Malaysia ke?

    PS: Dah pekena char koey tiau...pasembor...laksa Penang tak? ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, doc. Konsep redah dan redha tu kalau dipraktikkan di Riau memang selamat doc. Nt Kak SK rekomen hotel yg paling praktikal utk bershopping di sana ya

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!