RIAU BUMI LANCHANG KUNING NAN BERTUAH - EPISOD 3

Seri Kandi Tanah Jauhar
1
ASSALAMUALAIKUM...

SALAM Maal Hijrah 1415H... semoga tahun baru ini membawa lembaran yang lebih baik untuk kita semua sebagai seorang muslim.

kenangan di Dinas Kebudayaan dan Pariwisata Provinsi Riau
KEMBALI bersiaran dari Tanah Jauhar setelah empat hari berpergian. Hari ini dengan rajinnya SK akan sambung cerita tentang lawatan SK ke bumi Riau khasnya Pekanbaru. Negeri yang sebenarnya amat berkait rapat dengan bumi Johor kerana di sinilah anaknda Sultan Mahmud (mangkat dijulang) dipelihara dan dibesarkan sehingga dewasa. SK tahu ramai yang menantikan sambungan kisah SK di Pekanbaru. SK minta maaf kerana banyak sangat iklannya.. hihi. Pengikut setia blog SK tentu tahu cara SK bercerita, memang ada banyak siaran tertunda... SK bukanlah blogger sepenuh masa. Terikat dengan tanggungjawab lain juga, begitulah ceritanya.

hasil merempit!
Syurga beli-belah bagi kaum wanita pastinya jika anda berada di Pasar Bawah. SK nak minta maaf banyak-banyak kerana SK memang tak sempat nak mengambil banyak gambar di Pasar Bawah ini. Selain dari masa yang terhad agak sukar sebenarnya nak keluarkan kamera dari beg ajaib SK tu. Apa tak ajaibnya.. macam-macam ada dalam beg tu.. hahaha. Jangan dibandingkan antara Pasar Bawah yang hanya ada tiga lantai (tingkat) dengan Pasar Baru di Bandung yang ada enam atau tujuh lantai tetapi bagi SK kebanyakan pakaian sulam dan telekung yang terdapat di Pasar Bawah adalah lebih 'gedebance' dari Pasar Baru... hebat! Dari segi harga mungkin tidak banyak beza.. mungkin anda boleh dapat lebih murah jika anda pandai menawar. Dan disebabkan duit rupiah jatuh maka memang masih beruntung lagi jika anda dapat membeli pada harga 200.000 Rupiah iaitu kira-kira RM58 sahaja. Tawar jangan tak tawar!!


Penat ber'shopping', petang itu barulah kami mendaftar masuk ke bilik hotel. Grand Hawaii Hotel menjadi pilihan dan ia adalah antara hotel yang agak strategik kerana terletak di tengah-tengah pusat bandar. Jangan bimbang jika anda berasa lapar kerana di sekeliling dan berhampiran hotel terdapat banyak sekali warung dan restoran yang menawarkan masakan tradisi Indonesia... alaaaa... apasal tetiba SK pulak jadi kecur ni... hihi. Malam pertama di Pekanbaru hujan turun agak lebat. Maka, misi SK untuk menikmati bakso dan pempek palembang telah mengalami kegagalan. Dan malam itu juga SK tidak sihat. Rasa macam tak bernafas menahan perut sebu dan esok paginya SK dah rasa macam nak demam. Mungkin kena hujan, mungkin salah makan. Tak ada selera langsung menikmati sarapan. Punyalah banyak kali berdoa... janganlah demam... janganlah demam... huhu.. sebab kami akan menempuh perjalanan jauh kira-kira 4 jam pergi balik ke satu daerah yang digelar Pelalawan...


mungkinkah SK betul-betul demam???

bersambung...

p/s : JOM... semak jadual penerbangan anda ke Pekanbaru melalui Firefly DI SINI!!

Riau Episod 4

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. sama cam lya la..slalu tlwt update.. cz kekangan masa tu la..
    tp xpela..atleast ttp update utk tatapan kt kan...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!