RABU, 22 Februari 2014
SEJAK pagi hati SK rasa tak sedap. Perut pun rasa tak sedap. Macam ada apa-apa.Apa ya??? Sk pergi ke bilik air. Urmmmm.. tiba-tiba rasa macam nak solat dhuha awal sikit hari tu. Jam belum pun 9.30 pagi. 'Ah.. tak apalah buat awal, nanti apa-apa hal senang,' kata hati SK. Sampai ke bilik, Sk tengok handphone berkelip-kelip, tanda ada panggilan terlepas atau mungkin ada mesej. Oh, ada miss call... tak kenal nombor siapa. Baru nak bentang sejadah, handphone berbunyi lagi.. nombor lain pulak???
Dang! Berita buruk... seperti bermimpi rasanya. SK tak bawa kereta pula hari tu. Terus SK telefon ER. Niat SK, ER bagi atau tidak, SK mesti pergi jugak tengok Pak Chu di Melaka. Tapi, bila yang keluar ayatnya lain. SK ajak atau lebih tepat lagi paksa ER ke Melaka tengok Pak Chu. Alhamdulillah, seperti memahami, ER terus mengambil cuti. Sementara tunggu ER sampai SK tunaikan solat dhuha walaupun dalam keadaan yang agak kurang khusyuk kerana asyik teringatkan Pak Chu.
Siapa Pak Chu? Pak Chu merupakan adik bongsu arwah abah. Di antara yang lain, Pak Chu yang paling lembut percakapannya. Jarang nampak Pak Chu marah. Jambang Pak Chu langsung tidak membayangkan bahawa beliau seorang yang garang. Sentiasa tersenyum bila berhadapan dengan anak saudara. Seingat SK, dulu-dulu kalau cuti sekolah rumah Pak Chulah tempat kami melepak. Dari zaman Pak Chu duduk quarters Imigresen di Johor Bahru sehinggalah Pak Chu berpindah ke Kukup. Sk masih ingat pertama kali SK tengok filem 'Pontianak Gua Musang' adalah di rumah Pak Chu. Paling Sk ingat bila pergi rumah Pak Chu ulang-ulang Sk belek album-album gambar Pak Chu dan Mak Chu. Tiga anak Pak Chu memang agak rapat dengan kami. Paling SK rapat masa tu dengan anak perempuan Pak Chu yang bernama Nana.
Bila Pak Chu berpindah ke Terengganu kami sekeluarga sangat sedih kerana terpaksa berjauhan. Lama jugak Pak Chu bertugas di Terengganu sebelum kembali bertugas di Johor. Kali ini di Muar. Akhirnya Pak Chu bermastautin di Melaka. Nana sekeluarga juga dah jadi orang Melaka nampaknya.
Sepanjang perjalanan ke Melaka memang asyik teringatkan kenangan-kenangan bersama Pak Chu. Terbayang-bayang wajahnya. Terngiang-ngiang suaranya. Sampai di Unit Kecemasan Hospital Melaka, ibu dan adik beradik SK semua dah sampai. Sk dan ER masuk jenguk Pak Chu. Tak ramai yang dibenarkan melihat dalam satu masa. Yang lain semua dah jumpa Pak Chu dan tunggu di luar.
Ya Allah.. sedihnya tengok keadaan Pak Chu yang terlantar tidak bergerak di situ. Teringat dulu masa Pak Andak (arwah) dimasukkan ke wad, beginilah juga keadaannya. Sejuknya tangan Pak Chu apabila disentuh. Ya Allah, kau sembuhkanlah Pak Chu... Tiba-tiba Pak Chu menggeliatkan kepala dan bahu seperti tidak selesa. Oh, agaknya Pak Chu tanya siapa aku... kata hati Sk.
"Pak Chu... ni Sari datang Pak Chu..." SK usap-usap bahu Pak Chu. Pak Chu diam. Sk tahu Pak Chu dengar suara SK. SK tahu Pak Chu ingat dan kenal dengan Sk cuma Pak Chu tak boleh buka mata. Pak Chu tak boleh bersuara. SK tak boleh lama. Ramai di luar yang tunggu giliran melawat Pak Chu.
Sampai di luar, anak-anak Pak Uteh (arwah) pun ada. Tak lama, anak-anak Pak Andak pula sampai. Sesungguhnya apa yang terjadi begitu mengejutkan semua. Semua seperti tidak percaya. Semua merasakan ini mungkin mimpi.
Dua hari lepas, khabarnya Pak Chu pergi melawat birasnya yang lumpuh di Klebang. "Lama sangat aku tak jumpa kau, aku teringin sangat nak jumpa kau," kata Pak Chu. Sebelum itu, Mak Chu ajak Pak Chu buat IC baru. "Tak payahlah, saya kan dah nak mati," kata Pak Chu.
Akhirnya kira-kira pada waktu asar, Pak Chu pergi meninggalkan isteri dan anak yang dikasihi. Pak Chu sakit cuma kira-kira 12 jam tapi Alhamdulillah, ramai anak-anak saudara Pak Chu yang dapat jumpa dengan Pak Chu. Terima kasih Allah kerana memberi peluang kepada kami menyentuh Pak Chu di saat-saat akhir hayatnya.
Nana.. pinjam gambar ya |
Al-Fatihah
Haji Mohamed Noor Bin Mohd Yasin.
p/s Entry ini mengambil masa yang lama untuk ditulis kerana Sk masih seperti tidak mempercayai bahawa ini benar-benar realiti.
al fatihah... semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang soleh
ReplyDeleteel fatiha, mekânı cennet olsun..
ReplyDelete