ASSALAMUALAIKUM...
SEPANJANG minggu lepas, SK langsung tak berehat. Dari Ahad sampai ke Ahad penuh dengan agenda. Rasa nak tanggal tulang temulang ni... ni umur baru 39.. macam manalah nak sampaikan umur 50 nanti ya.. agaknya kena sambung skru antara sendi dan sapu minyak lebih sikit supaya bunyiknya tak berkeriuk-keriuk macam Datuk Aziz Sattar dalam filem Ali Baba Bujang Lapuk.. hihihi. Pagi ini pun dah berpeluh-peluh SK dibuatnya. Lepas tu terbaca pulak kiriman status dalam 'group' yang dikongsikan rakan sekerja... hilang sekejap 'stress'nya.. hehehehehehe..
Malek (bukan nama sebenar) disuruh pergi mengaji Al-Quran oleh ibunya selepas Maghrib di sebuah surau kerana dia agak malas untuk belajar mengaji. Sewaktu di surau, Malek diajar berkali-kali doa sebelum makan & setelah diulang-ulang oleh gurunya, barulah dia dapat menghafalnya.
Surau itu agak jauh dari rumahnya & Malek pergi berjalan kaki sahaja. Ia mengambil masa dalam setengah jam. Malek akan balik sendirian kerana hanya dia seorang sahaja yang pergi mengaji di kampungnya.
Dalam perjalanan pulang, ketika melewati sebuah rumah kosong, langkah Malek terhenti kerana terlihat bayangan putih di hadapannya. Untuk dia berpatah balik ke surau sudah agak jauh juga. Jika nak diteruskan perjalanan, ada pula bayangan putih yang menghalangnya.
Akhirnya Malek memberanikan dirinya untuk berteriak sekuat hati, sambil membaca doa yang telah diajar di surau tadi :
"ALLAHUMA BARIKLANA FIMA RAZAKTANA WAKINA AZAA BANNARR"
...tanpa diduga, bayangan putih yang berada di hadapan Malek terus hilang. Terdengar suara dari bayangan putih itu yang sebenarnya adalah Syaitan yang ketakutan...
"TIDAK PERNAH SEUMUR HIDUP AKU JADI SYAITAN, ADA ORANG NAK MAKAN AKU...!"
;-))))))))
Kelakar!!!
ReplyDeleteni serupa anak aku masa nak berkhatan..doktor suruh baca al fatihah ..dia baca baca doa makan.Bila dah takut/gabra hanya doa makan sahaja yg kekal dlm benaknya.
ReplyDeletekah...kah...kah...! kelakau nyer...!
ReplyDelete