3D- MURAL ART STREET

Seri Kandi Tanah Jauhar
10
ASSALAMUALAIKUM...
 

SESUATU yang sedang 'in' sekarang ini adalah 3D-Mural yang pastinya salah satu sebab kenapa Sk hendak pergi ke Penang Time Tunnel. Kalau masa sekolah-sekolah dulu sebenarnya, Sk sering didedahkan dengan lukisan mural di dinding-dinding sekolah tetapi siapa sangka lukisan mural sebenarnya boleh ditampilkan dengan konsep 3D. Lukisan mural 3D mula dipopularkan di negara-negara barat dan salah seorang artis 3D Mural yang terkenal adalah Edgar Müller. Beliau merupakan pelukis 3D yang hebat kerana mampu melukis di atas jalanraya dengan lukisan yang benar-benar hidup. Gayat SK bila merenung karya-karya beliau tau.

 
 
Pada mula sampai di sini kan, Sk macam tak percaya jer bahawa di sinilah terdapatnya Art Street Mural yang heboh diperkatakan tu. Melihat bangunan lot kedai dua tingkat dengan keluasan rasanya cuma 20 kaki x 60 kaki (kotttt). Pulak tu tulis Muzium Sejarah, kan. Beberapa kali Sk tanya penjaga di depan muzium.. dan ya.. bila masuk rupanya memakan masa juga pengembaraan di dalam tu. Di bahagian 3D-Mural Art Street ini juga disediakan ramai staf untuk membantu anda menggayakan aksi-aksi yang sesuai dengan gambar. Sk suka sangat dengan seorang staf wanita berbangsa cina yang kurus tinggi.. Sk lupa nak tanya nama dia. Beliau memang banyak membantu kami semasa berada di sini. Tapi ada seorang yang 'spoil'. Tu nanti Sk cerita.


Apa-apa hal kita minum duluuuu!!



Okey, dah minum... Jom layan gambar lagi....

























Haaa... tu semua gambaran artis secara 3D... Yang bawah ni pulak teknik melukis dalam gelap... eh!
 




Ini pula teknik bergambar secara pantulan. Kita akan bergambar dengan melihat cermin manakala di belakang cermin adalah lukisan. Ada 'sign' yang akan tunjukkan di mana kita perlu berdiri dan aksi yang perlu kita lakukan. Juga ditunjukkan di mana jurugambar perlu berdiri untuk mendapatkan gambar yang tepat. Taklah imej jurugambar ada dalam cermin tu.



Gambar angkasawan yang tak berapa menjadi.. hihi..





Ini konon-konon kereta langgar dinding. Kayu betul pelakon tukan.. kan...


Errrr... macammanalah boleh tak perasan ular dah menganga kat belakang SK tu.. hahaha!




Sotong Kurita datang pun boleh senyum-senyum lagi Cikwa???



 Handphone tak lepas!



Haaa... inilah gambar yang spoil tu. Sebab staf yang bertugas di bahagian ini buat kerja sambil lewa. Ialah.. kami ni pelakon, kan.. ikut jer arahan yang diberikan. Konon-konon tengok tv sambil melekat kat dindinglah tu.. tapi tak jadi.. tv ke mana.. mata ke mana. Ralat!



Tidur terapung katanya... huhuhu...

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Leka kakcik menatap gambar2 tu...

    kreatif pelukisnya. :)

    ReplyDelete
  2. menarik..satu persatu gambar ditatap..x menjemukan..kt jb pun ada kan sk tp kena bayar 18 rggit.

    ReplyDelete
  3. memula tgk wah!.. teruja
    gambar last, terus fail
    adoi
    sabar je lah

    ReplyDelete
  4. Macam real...saya dulu pn lukis mural kat dinding sekolah tapi bukan 3D, saya lukis katon hihi

    ReplyDelete
  5. Wah kak.....kagumnya saya. Semuanya cantik2. Pandai betul akak and family posing yer. Susah tau nak posing tepat dengan gambar 3d cenggitu. Saya kagummm....

    ReplyDelete
  6. Serius.cantik sgt.

    Mmg nmpak real.je kan
    Kalo la lya smpai sini cnfirm posing habis-habisan

    ReplyDelete
  7. byk jugak dia punya lukisan kan..menarik.
    Tp macam penah pgi tapi masa tu tempat ni baru buat, yang ada cuma pameran barang2 lama macam muzium gitu..kalau tak salah lah...

    ReplyDelete
  8. Salam Kenal.... ohhh lebih kurang sama jer kat PD...hari tu OKje pun baru berposing posing macam ni hihi...
    Tapi yg bawah tu nampak macam best jer... macamana boleh terapung ek

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!