MAKAN lagi!! Kan Sk ni blogger serba boleh.. masak kadang-kadang.. makan selalu... gemuk?? Salahkan diri sendiri ya.. jangan pandai-pandai nak salahkan keturunan. Konon-kononnya memang jenis baka yang tulang besar.. padahal memang dah dasar... hahahah.
Cakap pasal tulang... haaaa... ini dia Sate Tulang yang dikatakan berasal dari Jelebu, Negeri Sembilan. Tapi.. tak tahulah pulak Sk di mana nak cari sate ni di Jelebu.. sebab Sk makan di Senawang. Lokasinya adalah di Restoran Bunda Kanduang yang terletak di Pusat Komersial Senawang. Cara untuk ke sini tidaklah sukar.. tak payah guna GPS ... tak perlu guna waze atau sebagainya. Paling mudah jika anda ikut lebuhraya utara selatan. Kalau ikut lebuhraya Pantai Timur memang tak jumpalah ya. Kalau ikut jalan lain, memang tak dapatlah Sk nak menolong.. heheheh. Tapi, anda boleh cari Giant Senawang sebagai 'landmark' ke lokasi kejadian.
Jika melalui lebuhraya utara selatan.. sila keluar ke Tol Senawang. Dari Plaza Tol tersebut.. sila ambil jalan terus ya... abaikan segala simpang dan lampu isyarat yang anda jumpa sehinggalah anda berjumpa dengan Giant Senawang. Sila ikut kanan selepas itu... perhatikan Restoran McD di sebelah kanan.. depan sikit anda akan jumpa lampu isyarat... ambil kanan dan masuk kanan (kawasan kedai-kedai). Selepas tu terus masuk kiri dan susur jalan itu.. nanti nampaklah lokasi orang sedang membakarrrrrr... hehehe.
Sedap ke sate tulang ni Sk?? Masha Allah... sedap... sangat berbaloi-baloi Sk singgah tau..
sate tulang memang best...hissshh...lapar plak perut bila tengok sate tulang nie...hihihi...
ReplyDeleteacik pun beli makan dirumah..senang nak makan tulang gaya mana pun kan sk
ReplyDeleteMemang sedap
ReplyDelete