SEAFOOD GARDEN TANJUNG MALIM

Seri Kandi Tanah Jauhar
5
ASSALAMUALAIKUM...

LAMA betul Sk peram gambar makan-makan di Seafood Garden Restaurant yang terletak di Tanjung Malim, Perak ni. Memang terlupa langsung sehinggalah memori penuh... dan ketika hendak memindahkan semua gambar ke laptop barulah Sk perasan gambar-gambar ni.. hahaha. Yang ini rasanya kami singgah makan semasa balik raya beberapa bulan lepas. Rekomen dari rakan sekerja Pak Inche kitalah.. Abang Shahadan. Katanya, hidangan lobster di sini adalah terbaik selain dari harganya yang berpatutan. Tapi jangan tanya Sk berapa jumlah yang dibayar kerana Sk memang tidak ingat langsung.. huhuhuhu.

Biasanya setiap kali makan di mana pun, Sk menyerahkan sepenuhnya kepada ER untuk memilih menu. Sebab Sk ni tak cerewet. Bapak dan anak.. masing-masing punya citarasa sendiri. Jadinya si bonda hanya mengiyakan sahaja. macam yang di atas ni adalah Shark Fin Soup katanya. Yang Sk nampak banyak suhun dengan putih telur aje.. hihi. Rasa sedap.. Alhamdulillah.. tapi kena letak hirisan cili padi sikitlah.. rasa pedas cili tu menyamari rasa hanyir seafood kan... huhu.

Haaa... cer tengok dalam piring comel tu ada cili padi dan bawang putih yang diletakkan selepas pelayan mengambil tempahan pelanggan. Seafood garden ini berstatus halal ya... dan logo halal ada ditampal di pintu kaca restoran yang terbahagi kepada ruang biasa dan berhawa dingin. Ruang masakan juga dapat dilihat.. dan banyak jam antik digantung di dinding restoran. Sk suka tengok dekorasi dalaman cuma agak suram tu yang Sk agak seram. macam makan di zaman Jepun jer rasanya... hahaha. Oh, ya.. gambar atas tu sotong masak madu.. sedaplah di tekak kami ni.

Tidak sah rasanya makan kalau tak ambil sayur baby kailan goreng sos tiram ni. Sayur masih segar disirami sos tiram dan sedikit minyak bijan. rasa tidak mengecewakan.

 Haaa... inilah heronya... Lobster Masak Butter... memang mengancam sos butter tu dengan isi lobster yang longkah. Adohaiiii... teringat-ingat tau...

 Okey... close up sikit... keratan rentas lobster.

 Hogah jangan tak hogah!!

Ikan Stim Hong Kong... satu lagi menu wajib. yang best sebab ada cincangan cili padi dan bawang putih yang banyak. Sk suka tu.


Ini feberet Iman Fatiha... Ayam Lemon. Sk suka juga.. sebab bila makan seafood yang agak hanyir... lemon ni boleh mengurangkan rasa hanyir tu. Jadi... ini pun menu wajib juga.


Menu wajib juga ni... dan feberet Iman tapi selalunya bondalah yang kena jadi tong sampahnya. Home Made Taufu. Jadi.. kepada siapa yang nak mencuba, bolehlah datang sendiri ke Seafood Garden Restaurant ini ya.

Alamat :
Restoran Garden Seafood
7 & 8 Jalan Wangsa Utama
Taman Wangsa
35900 Tanjung Malim

Tel: 05- 4583398

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. salam singgah..jenguk2 tgk cm best jer...

    ReplyDelete
  2. hogah pakai tangan lagi best bang!!!

    ReplyDelete
  3. Ha...setuju ngan Dr. Singa. Pakai tgn baru feek...hihihi. Lobster tu nampak mengancam sungguh3 la kak oiii....nyummm

    ReplyDelete
  4. berapa harga lobster tu dia kira ye?

    ReplyDelete
  5. berapa harga lobster tu dia kira ye?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!