LAMA tak kongsi apa yang Sk masak di sini kan. Sebenarnya bukan tak masak.. masak jugak. sambil-sambil mendobi.. buat tart shell.. cheese tart.. masak tetap masak dan makan tetap makan. Masak yang mudah-mudah aje.. bukan yang berat-berat pun. Kadang-kadang Sk buat selang-seli.. 'skip'satu tugas sehari. Macam mendobi tu taklah buat hari-hari.. dua hari sekali jer sebab Sk tak keringkan baju di luar rumah, kan. Gantung dekat 'yard'.. jadi ambil masa jugak untuk kering betul-betul. Yang pasti.. kain bertimbun nak dilipat... itu kena tunggu masa yang betul-betul relaks la... baru jalan.. hehehehe. Bila dah bertimbun tu, kenalah buat kerahan tenaga. Bahagi-bahagi tugas.. barulah adil dan saksama.. betul tak???
Semalam.. Sk malas masak nasi.. malas nak masak lauk sebenarnya. Yang sebenarnya lagi tekak teringin nak makan masakan Itali.. hihi. Sebenarnya dalam rumah ni cuma Sk seorang yang sukakan sos carbonara ni. Iman lebih cenderung dengan babahnya.. suka sos bolognese. Sk sapu dua-dua.. tapi carbonara memang feberet Sk lah..
Tak susah manapun nak masak ni.. sebab guna semua bahan yang dah ada... yang segera. Cuma perlu kupas bawang sahaja dan basuh periuk belanga. Oh ya.. makan macam ni jangan selalu ya. Bukan sahaja mampu menggemukkan badan (memang dah gemuk punnn) tapi juga tidak baik untuk kesihatan. Sekali-sekala tak apa... hehehehe.
Spaghetti Carbonara
Dididhkan satu periuk air.
masukkan sedikit garam dan minyak zaitun
Rebus Spaghetti mengikut arahan pada plastik pembungkusan (berapa minit)
Tutup api. Toskan airnya.. bilas spaghetti dengan air paip dan toskan.
Gaulkan dengan sedikit mentega atau margerin.
Sos Carbonara
Beberapa ulas bawang putih
1 cwn daging cincang
1 labu bawang besar (dadukan)
1 tin sos prego carbonara
1/2 tin air
1/2 sk serbuk lada hitam
sedikit minyak zaitun untuk menumis
Panaskan minyak zaitun.. tumis bawang putih
Masukkan daging cincang.. kacau sehingga daging agak masak.
Masukkan bawang besar.. masak hingga layu
Masukkan sos prego.. kacau rata
tambahkan setengah tin air (dalam tin prego) kacau rata.. masukkan dalam sos tadi.
Tambahkan serbuk lada hitam.. masak sampai mendidih.. guna api kecil.
Chicken Tempura
Sk beli nugget chicken tempura tu.. hihi..
Panaskan kuali leper.. percikkan sedikit minyak..
Grill chicken tempura sehingga agak garing.
Boleh buat ciptarasa sendiri.. nak tambah apa-apa masa grill tu.
Sk percikkan sos untuk burger tu (apakah namanya) dan serbuk lada hitam.
Hidangkan spaghetti carbonara bersama chicken tempura.
Taburkan daun parsley cincang.
Kalau ada lebih boleh panaskan untuk sarapan.
sedapnyer...
ReplyDelete