SOTONG KANGKUNG

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

Assalamualaikum...

SIAPA kat sini peminat Sotong Kangkung angkat tangan. Oooo... ramaiiii rupanya. Sk ni bukanlah peminat Sotong Kangkung. Tak masuk dalam 'list order' pun setiap kali makan di luar sejak zaman bujang dulu. Yang Sk suka roti john, mee goreng, mee bandung, kuey teow, sup kambing... haaaa... tu semua yang Sk suka makan. Roti John dengan sup kambing tu boleh dikatakan tiap-tiap minggu dua tiga kali makan di medan selera Sg Segget setiap kali balik kelas malam. Ya.. dulu Sk mengajar di kelas malam.. kursus separuh masa. Masa tu belum berkereta jadi disebabkan pertukaran bas antara kolej dengan laluan rumah Sk di perhentian bas Sg Segget maka memang situlah Sk singgah untuk makan malam kalau lapar.


Masa tu Sk kurang terdedah dengan makanan- makanan yang kebanyakan disediakan di gerai-gerai cina. Sk cuma tahu makan kedai melayu dan mamak saja.  Masa tu 'shopping complex' di JB pun tak banyak. Seingat Sk yang paling femes adalah Holiday Plaza, Plaza Kotaraya dan Komtar. City Square pun belum wujud. Plaza Pelangi tu kira masih baru lagilah. Masa mula berkawan dengan ER di pertengahan tahun 90-an masa nilah banyak didirikan kompleks baru. Apa lagi.. meronda dan makan.. makan.. makan.. barulah belajar makan sotong kangkung, tauhu dan cakue bakar di 'food court' dengan ER.


Boleh dikatakan wajib jugaklah makan sotong kangkung ni. Sampai la ni.. dah nak masuk 15 tahun kahwin asyik beli tak pernah buat sendiri. Minggu lepas beriya-iya ER minta Sk buat sotong kangkung ni. Eiiii.. manalah tahu cemana nak buatnya. Tapi Sk belasah ajelah. ER beli sotong kembang dan kangkung. Sk tanya, cemana sotong ni.. nak rebus ke? ER angkat bahu. Aik.. dia beriya kita lak yang kena fikir. Takpe.. rebus jerlah. Sambil siang dan bersihkan kangkung terfikir betul ke tak ek.. hehe. Lepas tu tengok dalam periuk rebusan tu làaaaa.. kecut. Tentulah kan.. sotong kita rebus mestilah kecut. Sk jerit panggil ER. Sotong kita kecut.. rasa sedih sangat tau. Kat kedai tu kembang jer sotong dia tergantung. ER kata tak apalah.. sambil senyum. Lepas tu celurlah kangkung dan letak kuah rojak. Tabur kacang tanah yang ditumbuk kasar. 


Haaaa...pandai sangatlah ni nak buat sos rojak.. hahaha. Beli yang siap jer jenama Salmah. Berdebar tu tunggu komen juri. Rupa-rupanya betullah macam tu buat sotong kangkung. Yang kat kedai tu kembang pasal belum rebus lagi.. hahaha. Punyalah cuak kan. Berebut-rebut dua beranak tu makan. Sedap sangat katanya. Wahhhh.. lepas ni boleh buat sendiri jer kan.. kan.. kan...

Sotong Kangkung

Bahan-bahan :

1 ekor sotong kembang (rebus lembut)
1 ikat sayur kangkung (sian/bersihkan/celur)

Sos Rojak (kalau pandai buat sendiri.. kalau tak pandai beli siap macam Sk)
Kacang tanah digoreng (buang kulit dan tumbuk kasar)

Cara :

Potong sotong kecil-kecil letak dalam pinggan
letakkan sayur kangkung
curahkan sos rojak
taburkan kacang

makan!!

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. sempoi je sebenarnya ya..?!

    saya tak suka..
    sebab ada sayur...
    he...

    ReplyDelete
  2. Wa...macam tu jer ke kak? Tapi family kami tak berapa gemar la pulak....hehehe. Hubby jer kenkadang teringin.

    ReplyDelete
  3. sotong kangkung saya kurang suka sebenarnya...
    saya lebih suka sotong goreng tepong!
    hahaaha

    ReplyDelete
  4. Salam. Hee kangkung belacan pun sedap.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!