ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG DAH BERLALU ITU

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

Assalamualaikum...

HAAA.. TU DIA tajuk bukan main punya panjang lebaq.. hahaha. Sedikit stress sebenarnya sebab tak dapat nak blog sejak seminggu lebih yang lepas. Sekurang-kurangnya tiga 'post' Sk 'hang' macam tu sahaja di dalam draft. Tak boleh edit.. tak boleh klik pun.. sakitnya tuh di sini.. di dalam hatiku.. sakitnya tuh di sini di dalam hatiku... sakit.. sakit... sakitnya tuh di sini.. agagaga.

Sebenarnya sejak akhir-akhir ini Sk lebih suka menulis 'entry' baru di 'semakfon' Sk ni sahaja. Sebab apa.. sebab lebih laju berbanding guna lappy. Nak masukkan gambar pun laju jer taklah terkedek-kedek macam dulu. Maklumlah.. lappy murah.. haha.. kelajuan pun tahap siput sedut yang dah kena simbah dengan hampas kelapa. Menunggu masa digulai dalam periuk bersama sulur keladi.. errr... meleleh ailio. Tapi rupanya ada jugak keburukannya. Silap sentuh habis satu 'post' hilang. Dan bila masa hendak diterbitkan dan signal tetiba hijau dia akan tergantung macam tu jer... dush!

Lepas tu.. teruslah merajuk nak tulis blog. Idea terbang.. semangat hilang. Tapi dalam sehari dua ni ada beberapa pembaca yang 'whatsapp' Sk. Yang selalu baca blog Sk. Terharunya Sk tau. Terima kasih sahaja yang mampu Sk ucapkan. Jadi hari ini Sk gigih menaip kisah ulangtahun ke 15 perkahwinan Sk yang jatuh pada 30 Januari lepas. Haaaa... selepas doblas hari baru nak muncul 'entry' .. hihihi.

Tahun ini Sk pasrah sahajalah bila ER sibuk sepanjang minggu menjelang tarikh yang ditunggu-tunggu. Sk 'throwback' sikit... sepanjang minggu tu pelbagai program melibatkan pasukan bola sepak JDT terpaksa ER hadiri. Daripada Piala Sumbangsih sehinggalah penglibatan JDT untuk kelayakan (play off) Asian Champion League (ACL) yang mana malam ini JDT akan berdepan dengan Bangkok Glass. Kalau lima tahun dulu mungkin Sk dah menangis sampai hentak-hentak kaki sebab tak dapat pergi 'dinner anniversary' tapi kali ini Sk relaks jer. ER ajak jugak keluar walaupun dia balikpun dah lewat tapi Sk pulak yang malas. Bagi Sk keluar rumah selepas 9 malam untuk makan adalah sudah terlalu lewat bertambah lagi esoknya hari kerja. Lagipun dah selesa berbaju 'Kluang' malaslah pulak nak bertudung  dan berbedak bagai kan... kita tunda.. tunda.. dan tunda sehinggalah....

Kami mendapat jemputan makan malam majlis perkahwinan rakan sekerja ER. Okeylah tukan.. sambut ulangtahun perkahwinan di majlis perkahwinan orang lain. Kira mengimbau kenangan jugaklah ni.. hihihi. Terima kasih atas semua ucapan dan doa semoga Allah SWT membalasnya dengan kebaikan juga.. Aamiiinnn Ya Rabbal Alamiinnn.


Syarat tak cukup katanya.. mana aci tumpang-tumpang majlis orangkan... jomlah kita pergi makan. Atas permintaan anak orang yang sambut ulangtahun perkahwinan katanya nak makan kat Lobster Beso. Haaaa.. makan kat lobster beso tapi tak ambil lobster pun.. kikiki. Minta lauk lima macam yang sampainya empat macam sahaja. Sudah rezeki malam itu begitu... Alhamdulillah..


Serik dengan cincangan epal yang penuh sepinggan sebelum ini, kali ini kami minta chef masakkan Siakap Kukus Cara Hong Kong. Pesan juga tak mahu ikan besar sangat.. pitam nak menghabiskan.. hihihi. Masak 'simple' macam ni lagi sedap rupanya.


Sotong Telur Masin yang jadi juadah wajib setiap kali makan di 'Seafood Restaurant'. Kali ini salutannya agak tebal tapi tetap juga masakan telur masin yang terbaik kami jumpa di mana-mana restoran pun.


Memanglah cantik sayur disusun sebatang-sebatang dalam pinggan tapi yang siksanya kami yang nak makan ni chef oi. Dah satu kerja pulak kena siang sayur dalam pinggan sebelum makan.. kui kui.


Brokoli dan cendawan goreng Sos Tiram. Dah suka pulak dengan hidangan ni. Sk memang peminat brokoli.. kadang boleh ratah semangkuk macam tu jer tau.

P/S Agak-agak lauk apa yang tak sampai tu ya???
Cer teka... cer teka...

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Dah 15 tahun bahagia bersama Alhamdulillah.. sedap menu2 sampai rasa lapar tengok. hahahaha

    ReplyDelete
  2. Lauk udang? Kekekeke....

    Kak, selamat menyambut ulang tahun. Semoga kebahagiaan dan kegembiraan sentiasa bersama akak dan keluarga. Semoga percintaan semakin menebal selepas ini. Amiin.

    ReplyDelete
  3. Melampau sampai boleh terlupa satu dish. Udang butterlah agaknya yg tertinggal ye.
    Apa-apa pun moga terus dilimpahi kebahagiaan yg berpanjangan.

    ReplyDelete
  4. happy anniversary kak :)

    salam perkenalan& jemput ke blog nana

    ReplyDelete
  5. Happy belated anniversary kak, semoga cinta hingga ke syurga..

    ReplyDelete
  6. Happy anniversary Sari.... Tetap loving loving tau

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!