MAKAN MAKANAN VEGETARIAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
0

 Assalamualaikum WBT 


MATI-MATI ya ingatkan hari ni Jumaat. Dalam grup wasap kolej pulak, ada peringatan tentang raptai konvokesyen yang lagi buat rasa hari ini ialah Jumaat. Dah hampir sampai office baru fikiran waras sikit, semak di telefon, tengok tarikh, hari ni baru Khamis daaa. Tu takpa, baru teringat tak gosok kemeja PI, sebab PI selalu tak pakai kemeja hari Jumaat, yassalammmm. Teruk nau pulak tahap pelupa kali ni.


Kisah malam tadi, kilang tempat kerja Iman buat sambutan hari jadi untuk staf yang lahir pada bulan Oktober. Sambutan dibuat selepas waktu kerja, jadi Iman kata, dia balik lambat sikit. SK pesan, beli/ tapau makanan jer. PI ada hoki, Iman kata okey, rupanya dia tapau lebihan makanan sambutan hari jadi tu. Ada nasi putih dan lauk-pauk, kek dan pudding caramel. Kilang Iman ni memang sediakan makanan sarapan dan tengahari serta malam (bagi pekerja shift) untuk staf dan semua makanan adalah berasaskan sayuran.



Iman bungkuskan lauk terung ni sebab dia tahu Sk suka terung. Tahu tak terung yang ada isi ikan macam Yong Taufu tu? Aaa.. macam tu la terungnya. Ikan tu bukan ikan sebenar tapi dibuat dari kacang soya. SK dulu pernah tengok seorang chef vegetarian cipta makanan laut seperti ikan, udang dan sotong berasaskan kacang soya tapi ni la pertama kali Sk makan. Memang betul rasa ikan ya. Dia goreng celup tepung kemudian masak sweet sour. Sedap.. sangat sedap.


Ni pulak Udang Masak Paprik. Nampak tak udang tu, tapi tu udang tipu-tipu la ya. Dibuat dari kacang soya jugak, mungkin ada cetak bentuk macam udang tu. Rasa macam udang pulak tu, walaupun bukanlah rasa udang sebenar, tapi kalau kita pejam mata, suap dalam mulut, kita boleh agak itu udang.
Tak ada rasa macam udang frozen yang rasa macam jeli tu.



Nugget pun ada. Yang empat segi panjang tu nugget ikan dan yang bulat tu sotong rings. Pun buat dari tauhu jugak, pandai betul. Tapi, Iman kata, chef tu tak lama lagi nak berhenti sebab nak duduk rumah rehat sambil jaga cucu. Sekarang, kilang tengah cari orang ganti, gaji untuk Vegetarian Chef ni mahal ya, sebab tak semua chef ada kemahiran cipta rasa makanan laut dari tauhu tu. Kena belajar dulu la kot, hihi.



Iman tunjuk gambar kek birthday dari swiss roll yang disusun macam menara. Kreatif la, memang ada chef pastri dekat kilang tu kan. Kilang Iman ni merupakan pembekal pastri halal termasuk kek. Teruja kadang dengar Iman cerita dia melihat kek dideko banyak-banyak terus guna mesin. Lepas tu nak makan pastri ke tart ke, unlimited ya. Cuma jenis-jenis pastri tu berbeza setiap hari, tapi bila dah banyak depan mata, tak nak makan pulak, kata Iman. Malu pun ya, nanti orang ingat gelojoh pulak, hahaha.

Kek yang Iman bawa balik ni, Swiss Roll perisa kopi, kek coklat topping coklat, yang petak-petak tu cheese cake dengan topping strawberry dan blueberry dan crust dia tu sedap, rasa macam coconut crumbs.



Sempat sambar caramel pudding ni sebiji sebelum keluar rumah tadi. Kakak senior HR cakap, ambik jer la banyak pun takpe Iman, kitorang dah biasa, hahaha. Tapi, Iman kata, segan la, dia mula-mula ambik dua jer, lepas tu baru tambah ambil lagi tiga. Ni boleh bawa balik makanan semalam aje la la, sebab ada sambutan hari jadi tu. Hari-hari lain, no no no ya dek! Jangan berani-berani nak tapau bawa balik roti dan pastri dari kilang walaupun dari buffet sarapan dan lunch. Makanan luar juga tidak dibenarkan, begitulah.

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!