Assalamualaikum WBT
Dear Dairy,
LANCAR perjalanan ke pejabat pagi tadi. Dari rumah, terus keluar simpang utama tanpa menunggu kenderaan dari arah kiri dan kanan, berhenti sekejap di traffic light Taman Pulai Mutiara 2 dan Taman Pulai Mutiara, dari Taman Setia Eco sampai simpang Ulu Pulai, lalu GP Sentral terus meluncur masuk highway. Tapi sangkut tiga empat minit kat Plaza Tol pulak, lepas tu masuk kawasan Tampoi, kenderaan agak banyak, tak macam beberapa hari sudah. Walaupun begitu, dapat clock in jam 7.30, yey!!
PI masih bertugas membuat liputan perlawanan Hoki Piala Sultan Johor sepanjang minggu ini. Jadual perlawanan, dua hari perlawanan, satu hari rehat, dua hari perlawanan sehingga perlawanan akhir akan berlangsung pada Sabtu ini. Selasa lepas, Iman ajak makan Mi Celup Ainoni, tapi bila dah nak keluar rumah, Iman cadangkan Mi Tarik pulak. Sk setuju aje mana-mana, nak masak pun malas, kan. Kami ke Restoran Ramen Lanzhou Cina Muslim di 68 Avenue Gelang Patah.
Mangkuk bawah - Mi Tarik Sup Daging untuk Tuan Tanah Kedaung dan untuk anaknda, Mi Hiris Sup Daging. Untuk minuman kami pilih minuman kordial free flow. Terdapat tiga pilihan perisa kordial iaitu Anggur, Mangga dan Strawberry. Sedap betul minum manis dan sejuk ni kan, berulang bangun tambah air, ops!
Mi Tarik Daging ni dia dah letak chili oil. Kalau tak cukup, boleh tambah chili oil seberapa banyak yang kita suka, memang mangkuk chili oil sentiasa atas meja. Daging dihiris nipis dan mi dia macam sebesen dia letak dalam mangkuk tu, hahaha. Dalam sup ni ada banyak hirisan lobak putih. Lobak putih (Raphanus sativus) kaya dengan serat, vitamin C, kalium, serta antioksidan yang baik untuk kesihatan tubuh.
Khasiat Utama Lobak Putih
• Melancarkan penghadaman: Kandungan serat yang tinggi membantu mencegah sembelit, manakala enzim amilase serta esterase di dalamnya membantu mencernakan kanji, lemak, dan protein.
• Menguatkan sistem imun: Kaya dengan vitamin C yang bertindak sebagai antioksidan untuk melawan jangkitan serta mengurangkan gejala selesema.
• Kesihatan buah pinggang: Bersifat diuretik semula jadi yang membantu merangsang pengeluaran air kencing, membersihkan toksin, dan menyokong kesihatan pundi kencing.
• Mengawal berat badan: Rendah kalori dan tinggi kandungan air serta serat, menjadikan anda cepat kenyang.
• Menyokong kesihatan jantung: Membantu mengawal paras kolesterol serta tekanan darah tinggi.
• Kesihatan pernafasan: Membantu melegakan batuk dan mengeluarkan kahak, sering diamalkan melalui masakan sup.
Maklumat lanjut mengenai
Mi Hiris Daging pilihan Iman. Yang ni hirisan dagingnya walaupun sama nipis dengan daging dalam mangkuk Sk, potongannya lebar-lebar. Agaknya untuk memudahkan staf mengenali jenis masakan mi bila ditanya pelanggan. SK cakap dengan Iman, agaknya dorang nak habiskan stok dah malam-malam, dagingnya banyak betul. Dahlah mi pun banyak, dia punya banyak tu sampai kami yang kuat makan ni tak mampu nak habiskan, hahaha.
Kali ni ambil Lamb Screwer jer, tak ambil dumplings. Set ni datang 3 cucuk, Sk mampu makan seketul jer. Kambingnya macam keras sikit, sejak minggu lepas bahagian gigi geraham belah kanan ni macam sakit bila mengunyah makanan yang keras, jadi Sk surrender. Yang lain suruh Iman makan. Tu pun secucuk lagi tu dia tak larat nak habiskan, bungkus jer bawa balik. Tu pun tak jugak dimakannya. Dia ni memang, kalau makanan yang patutnya dimakan panas dah masuk peti sejuk, dia dah tak makan kecuali jika dah dipanaskan. Harapkan dia yang panaskan sendiri, entah bila, hahahah.






Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.
Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih