BERTUGAS KONVO & KE WAREHOUSE SALE JANNAH NOE

Seri Kandi Tanah Jauhar
0

 Assalamualaikum WBT 


BERAKHIR tugasan semalam sebagai AJK Pendaftaran dan Perarakan Graduan Majlis Konvokesyen ke 27. SK bertugas bagi Sidang 3. Tahun ini seramai 880 graduan dari pelbagai jurusan menerima diploma dan sijil masing-masing setelah bertungkus-lumus belajar dan akhirnya berjaya menamatkan pengajian.



Tema warna tahun ini biru, kami staf wanita AJK Pendaftaran memilih warna teal blue. Haishhh.. banyak dah baju Sk warna teal blue tapi beli baju lain sebab tak nak pakai baju yang berlace-lace, panassss! Murah jer tak sampai RM40 🤭. Cincin mata biru tu cincin tunang yang disarungkan arwah MIL 27 tahun lepas dan gelang Tiffany dari zaman bujang pun dah boleh pakai balik, hihi.



Mula berangan nak pakai shawl boleh libas-libas, belum sempat melibas dah kepanasan, terus tukar pakai tudung bawal, heheheh.
 



Bergambar bersama rakan setugas sebelum memulakan tugas, hehehe.



Ada-ada aje idea En Daud suruh bergambar letak dua jari di bahu kiri. KKJ di hatiku, katanya.



Balik dari bertugas, terus balik rumah tapi keluar semula ajak Iman ke Warehouse Sale Jannah Noe di Skudai. Baru tahu rupanya diorang punya warehouse di Skudai sebelum ni kami cuma tahu butiknya di Bandar Baru Uda.



Masa baru sampai tu, macam tak banyak pilihan, jika ada yang berkenan tak ada saiz. Yang ada saiz tak berkenan. Baju JN kebanyakan jenis berlace dan yang satin pulak tebal. Last-last Sk tak beli selai pun, Iman jer ambil sepasang. Masa nak bayar, Iman perasan macam ada tompok kotoran sikit. Tunggu-tunggu Iman tunggu baju ganti, nampak staf tambah lagi baju-baju, eh, terus la kita memilih balik dan terbeli-belah.



Daripada tak jadi beli, terus terbeli dua pasang, Iman pun beli dua pasang. Dapat main Ring Toss ni dengan pembelian RM500 ke atas tapi tak menang pun, hihi.



Memang murah la RM170 sepasang, rasa rugi pulak tak beli sebab baju JN memang mahal, harga normal RM350++. Tutup mata aje la, walaupun baju yang ada dah banyak, tapi semua dah masuk kamera, hahahaha. Sampai rumah terus fitting, terletak elok wehhh semua, terus rasa nak pergi lagi hari ni last day warehouse sale. Cuma tu la, semalam 4 kali pusing baru dapat parking wooo.

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!