MASAK SAMBAL SARDIN

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT 


NAMPAK dah ramai kongsi gambar awan dan langit di kawasan masing-masing. Setakat ni, Sk dah mula nampak awan tapi masih samar-samar lagi. Langit masih putih, belum biru sepenuhnya. Bacaan IPU masih lebih 100 lagi, belum lagi sihat untuk menghirup udara segar. Balik kerja petang, anak-anak jiran seronok bermain di luar. Hurmmm.. orang bagi pdpr suruh duduk rumah dan elakkan udara tidak sihat. Yang Sk baca kesan jerebu pada kesihatan ni ambil masa panjang jugak sebelum ianya dikesan dalam badan kita.


Cerita pasal makan pulak, Sk masak Sambal Sardin di rumah. Masa tu lapar sangat tapi tak tahu nak makan apa. Tiba-tiba teringat Sambal Sardin. Lama sangat tak makan, bila teringat tu terus rasa kecur dan tak boleh ditahan-tahan.



PI baru restock kentang, dia suruh hiris-hiris goreng tapi belum buat lagi permintaan PI. Ni goreng kentang nak masuk dalam Sambal Sardin. 



Lepas tumis pes cili dan bawang, masukkan sos dari tin sardin dulu, biar mendidih, baru masukkan ikan sardinnya. Masak sekejap kemudian masukkan bawang besar dipotong bulat dan cili padi. Yang panjang-panjang warna hijau tu asparagus layu, sayang pulak dibuang, masuk aje la dalam kuali. 



Gaul-gauo manjah supaya sardin tak hancur. Ni masak sampai bawang layu.



Bila bawang dah layu, masukkan kentang.



Buat telur dadar pulak. SK suka goreng dulu bawang, baru masukkan telur yang telah dipukul bersama sedikit garam.



Sambal sardin dan telur dadar yang saling melengkapi, hehehe.



SK sorang la makan lauk sardin dalam rumah ni. PI dan Iman makan sardin dengan roti jer. Iman tu dulu kecik-kecik makan jugak lauk sardin tapi ada sekali tu dia makan lauk sardin dekat taska, entah apa tah rasa sardin tu, hanyir ke apa, dia terus trauma nak makan lauk sardin sampai sekarang. Dengan mak sendiri pun tak yakin pulak tu, mengada, hahahaha.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sambal sardin adalah penyelamat bila x tau nak makan atau masak apa...tgok sardin ni, teringat kkat rumah stok sardin dah abis

    ReplyDelete
  2. menu sardin wajib ada telur dadar..mmg bertambah nasi tu

    ReplyDelete
  3. La, sama la menu kita SK!
    PH pun masak sambal sardin semalam. Ini pun sebab Abang ada, ahli rumah yg lain kurang gemar lauk sardin. Kita ni pula favorite la tapi takde geng nak makan, jaranglah masak.

    ReplyDelete
  4. Telur dadar tu nampak macam ada mata, hidung dan mulut 😁

    ReplyDelete
  5. Kalau beli sardin kena cari ayam brandlah

    ReplyDelete
  6. langsung teringat saya masih ada sardin ayam brand di rumah.. oke nanti nak buat macam ini... pakai kentang... biar tak busuk itu kentang.

    dulu saya masak telur dadat langsung kacau dengan bawang.. tp ada lihat video masak, diapun goreng dulu bawangnya, baru masuk telur, ternyata memang lebih sedaaap kak.. saya suka. jadi rasa bawang tak langu.

    sayapun baru2 ini suka sardin kaleng kak... karena dulu saat junior high school ada teman bawa bekal nasi dan sardin. trus, tercium sangaaaaat aroma ikannya yang amis... sejak itu saya memang tak nak sentuh sardin, karena tringat baunya yang amis... tapi setelah menikah ini, dan saat di penang, sempat coba sambal sardin yang sedap, jadi suka lagi :D

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!