Assalamualaikum...
DI SANA sini musim mangga sekarang, kan. Kalau tengok di facebook dan insta.. sana-sini dok post gambar mangga harum manis. Harum... manis... dan mahal. Terus terang cakap, Sk tak tergamak beli buah mangga yang harganya mencecah berpuluh ringgit sekilo. Dan pula cuma dapat dua biji sekilo.. pitam Sk dibuatnya.. huhu. Ala... mengaku sajalah yang Sk tak mampu beli... kan senang.. huwa huwa huwa.
Tekak ni pun macam faham sahaja yang tuannya tak mampukan, dia pun tidaklah meminta-minta. Tapi tekak nikan sungguh teringin nak makan pulut mangga ala thai yang dibuat sendiri. Maknanya nak makan pulut mangga thai dari air tangan sendiri, tak mahu yang beli.. amboiiii... rajin sungguh, kannnn.
Sk masih setia menggunakan resepi Pulut Mangga Thai yang pernah Sk post DI SINI sebelum ini. Kali ini Sk sediakan pulut dalam dua perisa iaitu asli dan pandan. Kalau pergi ke pesta-pesta Thai pun mereka biasanya akan menghidangkan kita dengan pulut dwiwarna ini.
Mangga yang sesuai untuk Pulut Mangga ini semestinya mangga yang harum dan manis. Kalau tak dapat harum manis Perlis tu pun tak apa, asalkan mangga kita manis meletops. Jadi, sebelum beli mangga lebih baik kita rasa dulu mangga tu. Kalau masam nanti tak de 'kick' pulak pulut mangga kita.
Resepi Pulut Mangga Ala Thai Dwiwarna
Sumber : Alam Sari Di Tanah Jauhar
500 gm beras pulut (basuh bersih, toskan, tak perlu rendam.
3 helai daun pandan dikisar dengan sedikit air. Tapis ambil airnya sahaja.
Ambil separuh beras pulut, masuk dalam loyang,
letak air sama paras pulut dan kukus 15 minit atau hingga pulut
masak
Separuh lagi beras pulut, masuk dalam loyang lain, masukkan air daun pandan dan tambahkan air sehingga sama paras pulut, juga kukus 15 minit atau hingga pulut masak.
Nota : Air jangan melebihi paras pulut, nanti lembik.
750 gm santan (Sk guna santan kotak 500ml M&S, tambah air masak sampai dapat berat 750 gm, kacau rata)
6 sb gula pasir
3 sb gula pasir
5 helai daun pandan
6 sk tepung jagung
2 sk tepung beras
garam secukup rasa
Sementara mengukus pulut, sediakan santan :
1. Masak santan (750 gm hingga seperti terbit minyak, kacau selalu jangan berketul atau pecah santan)
2. Masukkan gula (6 sb), kacau hingga gula larut
3. Asingkan 300 gm ke dalam mangkuk lain.
4. Masukkan garam secukup rasa dalam periuk dan kacau sebati. Matikan api.
5. Apabila pulut masak, masukkan santan dari periuk sedikit-sedikit semasa pulut masih panas. Masukkan santan dan kaup balik bersama pulut sehingga cukup lembut dan pulut berkilat. Jangan terlebih santan.
6. Jika pulut sudah cukup lembutnya dan keseluruhan disaluti santan berhenti tambah santan.
7. Sos Santan : Tenggekkan semula periuk atas dapur dan masukkan semula 300 gm santan dalam mangkuk tadi.
8. Tambahkan gula (3 sb) dan garam secukup rasa, tepung jagung dan tepung beras. Kacau sehingga tepung larut dan masak dengan api perlahan sehingga pekat. Tutup api.
9. Hidangkan pulut bersama sos santan dan mangga yang masak
Oh lazatnya...!!!!
ReplyDeleteKakak tak pernah buat tau SK. Biasa makan samada org bagi atau beli
ReplyDeleteHari itu di Amphawa Boat Noodle pun kakak beli juga.
sedapnyer...
ReplyDeleteAkak, kalau kat rumah saya ada manga sedap mcm ni, tak sempat nak buat pulut mangga kak. Kejap jer dah licin lincau.
ReplyDeleteWalaweiiiii!!! sedapnya, lagi pulak kena dengan mangga yg manis kan...ari tu ada buat, pulut dan santan dah masak, sekali rasa mangga ya Allah masam la pulak... nk buat camner teruskan je dengan mangga masam tu...hampeh betul!
ReplyDelete