Assalamualaikum WBT
CUTI hujung minggu ni baru berangan nak rehat-rehat sambil kemas rumah. SK ni selalu berangan nak upah orang kemas rumah tapi tak berapa pandai nak mengarah dan segan pun iya jugak. Bukanlah nak suruh kemas sangat, kalau dapat ada orang yang dua hari sekali datang vacuum dan mop lantai pun bagus sebab itulah kerja rumah yang Sk paling tak larat dah nak buat. Nak panggil cat sitter pun tak percaya. Bukan tak percaya cat sitter tapi tak percaya kucing Sk. Takut cat sitter buka pintu, dorang lari keluar, huhuhu.
Jom la cerita pasal makan pulak. Ni sarapan berdua dengan PI di Warung 800, Pekan Nanas. Kali kedua kami ke sini, kali ni terus dapat makan nasi lemak daun pisang add on telur mata. PI makan dua bungkus + dua biji telur. Tapi bungkusan kedua tu dia tak habis, dalam dua ke tiga sudu.
SK pilih Lontong. Ada ubi rebus, teringin jugak. Tengok orang tebar roti canai pun teringin tapi tetapkan hati pilih Lontong. Tu belum lagi rasa nak burasak dengan lepat loi.
Sedap lontong di Warung 800 ni walaupun lontong biasa aje makan dengan sambal tumis semata. Kuah lodeh tak pekat tak cair, sayur pun tak la lengkap macam lontong raya tapi puas hati.
Burppp.. Alhamdulillah.




Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.
Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih