MAKAN ASAM PEDAS IKAN MERAH DI SANG GERAI

Seri Kandi Tanah Jauhar
0

 Assalamualaikum WBT 


MASUK jer bulan November tak datang mood nak berblog. Mentang-mentanglah misi nak update satu entri sehari di bulan Oktober dah terlaksana, walaupun ada termengelat satu hari sebenarnya. Nak nak pulak, 1 November tuari jatuh hari minggu, memang lambert la nak menceceh kat sini, hehehe. Dia punya malas, membawa sampai ke isnin. Tiba-tiba tengahari ni datang pulak idea, belek-belek la gambar apa yang ada dalam galeri Sk ni, jumpa gambar Asam Pedas makan di Restoran Sang Gerai.



Masa datang makan petang di Sang Gerai sebelum ni, staf dia ada tunjukkan menu baharu Sang Gerai iaitu Asam Pedas. Tak tertarik sangat nak makan sebab masa tu rasa macam nak makan yang mudah jer. Lagipun, macam tak percaya pulak nak pesan Asam Pedas kat situ tapi beberapa hari kemudian fyp di thread, ada sis ni kongsi tentang kesedapan Asam Pedas Sang Gerai.



Teracun jugaklah Sk dan Iman nak cuba asam pedas dia. Masa ni PI tak ada, bertugas buat liputan bola di SSI. Asam pedas dia semua letak ikan merah sahaja ya, tak ada pilihan ikan lain. Ada pilihan set meal untuk 2 - 4 orang makan. Boleh juga jika nak ambil lauk ala carte. Kami pilih ala carte sebab berdua aje kan, nanti tak habis pulak pesan set-set ni.


Pesanan dibuat secara manual, ada staf ambil pesanan di meja. Untuk menu asam pedas ni, ambil masa 15 minit katanya. Baiklah, okeylah tu 15 minit aje kan. Selain asam pedas, kami cuma pesan sayur Kangkung Belacan jer selain nasi putih dan minuman. Harga Kangkung Belacan dia boleh tahan jugak la, tak kalah dengan Seafood Restaurant. Tanjat Sk, hahaha.



Ngam-ngam ya, 15 minit, lauk asam pedas dihantar ke meja. Ia dihidangkan dalam periuk tanah liat, masih mendidih-didih lagi. Macam biasa kami menyudu dulu la kuah asam pedas, kita tengok pergi dia sampai mana. Betul-betul sedap la, tak tipu, cuma agak masam tapi dah namanya pun asam pedas kan, cuma tak berapa pedas tapi masih boleh diakui sebagai asam pedas. Kuahnya pekat. Kami minta bahagian isi ikan tapi ni dia bagi isi yang dekat dengan kepala, cuma kepala jer la tak ada. Ikan dia potong kecil supaya mudah kot nak ambil bahagian masing-masing. Dalam asam pedas ada tomato, bendi dan daun kesom yang banyak yang menyerlahkan identiti Asam Pedas Johor.



Lepas tu, kan.. dia minta kita masa 15 minit untuk siapkan asam pedas, asam pedas dah dapat, kemahen lama pulak menunggu nasi, kitorang pulak dah lapar giler, sampai rasa nak marah, hahaha.



Dekat 11 minit kemudian baru dorang hantar nasi dan sayur. Sampai kuah asam pedas tu dah tak mendidih lagi dah, tapi masih panas jer la macam hati kami. Bila dah makan, eh, terus sejuk hatinya sebab serious la, memang sedap sangat asam pedasnya. Rasa erbaloi jugaklah, walaupun semangkuk tu sampai RM68.



Kangkung Belacan dia sedap biasa ajelah, kurang rasa belacan dan banyak batang dari daun, macam tak berbaloi aje ni sampai RM18. Dekat seafood restaurant biasanya dalam RM15, tu pun kira mahal lagi, kan. Kita redho aje la.


Adoi, makan modal betullah bila PI tak ada ni, hahahaha.

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!