Assalamualaikum WBT
DUA hari berturut-turut, Sk makan tengahari nasi berperisa. Ni semua gara-gara kecur air liur tengok kenduri BASS di Muar dijamu dengan Nasi Beriani Pak Akob Katering Kempas. Hari isnin berangan la nak ke Kempas tapau Nasi Beriani Kambing Pak Akob. Mujurlah buka waze dulu, rupanya tutup. Tak pastilah memang tutup hari Isnin atau tutup sebab rehat selepas kepenatan menyediakan jamuan untuk kenduri YB, hihi. Hari Selasa dah hilang rasa nak makan NBPA tambah lagi memikirkan jammed menghala ke Kempas tu. Jadinya, kita tapau Nasi Jagung Ayam Masak Merah Kak Sabariah aje la. Ada jugak Nasi Beriani tapi lagi kecur pulak nampak Nasi Jagung. Hari ni, Sk tapau Nasi Beringin Pandan pulak. Lauknya Ayam Masak Merah jugak dengan Pajeri Nanas. Nampaknya kena jugak nanti pergi NBPA sebab nak makan dengan lauk kambing, mbekkkk!

Kita tinggalkan kisah Nasi Jagung dan Nasi Beringin. Kali ini Sk nak bawa pembaca ke Restoran BY ADELROSMI di Taman Pelangi. Waze aje, BY ADELROSMI, pasti sampai. Ops, yang tak boleh guna waze, boleh guna Google maps ya. Ini kali kedua Sk ke sini, kali pertama dulu dengan PI, boleh klik
DI SINI.
Semua pesanan makanan dan minuman dibuat secara manual. Staf beri menu dan kertas pesanan, kita catat la apa yang kita nak pesan dan serahkan di kaunter. Makanan dan minuman akan dihantar ke meja, lepas makan baru bayar.
Signature menu di sini adalah Miang Pla Pao dan inilah tujuan utama kami ke sini nak makan MPP dia. Ada set single dan kombo, setelah berbincang, kami pilih Miang Pla Pao Mix Ikan Siakap dan Sotong.
Teringin jugak nak Oyster Cheese tu tapi Iman pulak tak makan. Nanti tak habis pulak Sk makan sorang. Oyster Cheese makan panas-panas baru umph! Selain oyster ada scallop jugak tapi staf awal-awal dah beritahu, scallop tak ada stok.
Kami pesan Tomyam Seafood, banyak pulak udangnya. Seimbang pulak dengan Myang Pla Pao tadi kan pilih Mix Ikan Siakap dan Sotong. Sup tomyam dia sedap ya, rasa pes dia home made, tak rasa pes tomyam dalam botol tu. Walaupun ianya kurang masam tapi betul-betul sedap. Rasanya dua minit pertama lepas tomyam dihidangkan, macam tak boleh berhenti menyudu tomyam tu, hihi. Seafood dalam tomyam pun rasa segar dan udang senang dikopek. Kupang pun tak ada rasa kupang lama.
Iman kata, boleh tak dia nak Kailan Ikan Masin. Kalau ada PI, PI tak suka Kailan Ikan Masin tapi lebih suka Kailan Sos Tiram. Baru la Sk tahu yang Iman suka Kailan Ikan Masin. SK jangan ditanya, mana-mana pun boleh saja, tolak batu dengan kayu. Kailan Ikan Masin ni pun sedap, ikan masin dia bukanlah tulang-tulang ikan diletaknya.
Miang Pla Pao dihidangkan bersama suhun dan salad serta timun bersama pencicah sos hijau yang sedap. Ikan Siakap seekor digoreng rangup, sotong dua ekor, dipotong tak putus, juga tak liat. Tapi, kalau dorang buat Miang Pla Pao stail bakar mesti lagi sedap rasa betul-betul kat Thailand, kan. Tapi, keseluruhannya tidak mengecewakan.
Pantas servis dekat sini, tak lama menunggu dah penuh meja. Kitorang pulak tengah kelaparan, memang tak toleh kiri kanan, la. Ni berdua jer ngan Iman sebab PI kerja buat liputan Hoki Piala Sultan Johor. Seminggu jugaklah tak makan malam dengan PI dan hampir seminggu jugak Sk gantung periuk. Kebetulan pulak, gas habis, memang tak masaklah ceritanya.
InsyaAllah, nanti kita repeat nak makan dia punya Siakap Stim Limau by ADELROSMI pulak, heheheh.
sedapnya nampak kuah tomyam seafood tu SK pekat lemak rupanya kan.. best tu banyak udang Alhamdulillah
ReplyDeleteMacam best je miang pla pao tu. Bab order makanan Siam ni kurang arif sikit takut tak kena dgn selera. Kalau ke kedai makan Thai selalu order menu yg biasa je mcm tomyam, tapi teringin la jugak nak cuba sesuatu yg baru.
ReplyDelete