MASAK SAMBAL IKAN BILIS & AYAM SAMBAL

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT 


SEJUK betul tidur malam tadi sampai berselubung dengan gebor. Dah dua hari hujan lebat di Tanah Jauhar ni sebelah petang. Ada tempat yang naik air dan di Bandar Putra Kulai ada kejadian jalanraya runtuh. Semoga tiada siapa yang mudarat dengan kejadian tersebut. Malam tadi pulak ada kejadian kebakaran di 68 Avenue Gelang Patah akibat membakar mercun. Lepas tu ada pulak yang ambil kesempatan mencuri dalam orang lain dilanda musibah. Hurmmm.. manusia durjana betul!



Kisah Isnin lepas, 26 Oktober, PI ambil cuti. Petang tu, PI perlu menghadiri Press Conference AFC Champions League, perlawanan antara Pasukan JDT menentang Port FC di Stadium Sultan Ibrahim. Terlanjur PI ada rumah, Sk tanya, kot la dia nak suruh Sk masak untuk makan malam, bolehlah defrost haiwan yang nak dimasak sebelum keluar. PI mintak masak Ayam Sambal, jadi sebelum keluar, dia rendam ayam, tinggalkan dalam sinki. SK balik kerja, ayam dah lembut, boleh terus perapan dengan kunyit dan garam. Pagi tu jugak, suruh PI telefon kedai gas minta hantar gas yang dah habis tu.


Cili giling pun dah restock, senang nak masak. Tinggal tumis campak dalam kuali. Cili ni Sk kisar sendiri la. Memang betul kata Cik Ani, kalau nak dapatkan rasa asam pedas ke.. sambal ke.. macam yang ibu masak, memang kena giling sendiri jugak cilinya. Lain rasa bila guna cili kisar ready made ni. Agaknya sebab kami dah biasa giling cili dan bawang tu sekali. Bila asing-asing, dia macam tak belen, hehehe.



Ikan bilis melambak-lambak dalam esbox. Yang beli sendiri, yang orang bagi, yang dari Kedah, Pulau Pangkor dan Sabah. Dah lama berangan nak buat Sambal Ikan Bilis macam arwah ibu masak tapi tak ada masa. Sebenarnya, bukan tak ada masa tapi dah masak lauk lain kadang malas nak tambah lauk lain pulak. 


Sebelum ni, beberapa tahun lepas la, pernah masak tapi tak jadi eh rasa dia. SK syak sebab Sk letak garam dan gula tu tak seimbang. 



Kali ni Sk tak letak gula. Dah siap letak garam dan renih sekejap, Sk cuba sesudu, aaaa.. baru laaa betul. Rupanya, jangan letak gula. Rasa manis tu datang dari bawang besar yang dipotong baji dan rasa manis dari ikan bilis. Ikan Bilis tu Cikwa baru bagi, dia beli ikan bilis Sabah masa outstation ke .. ke... mana ek? Labuan la tak silap, ke.. Kota Kinabalu ek??? Hahahaha. Nanti la tanya. Tapi, sambal ikan bilis ni jangan ditanya ya, dah wassalam. Punyalah sedap makan dia aje dengan nasi putih panas-panas. PI cakap, sedap ni makan dengan nasi lemak. Okey, nanti kita buat lagi makan dengan nasi lemak pulak ya.

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. dua2 menu sambal..mkn ngan nasi panas2 ltk kicap skit ..yummyyy

    ReplyDelete
  2. Hari2 hujan sekarang ni. Sedapnya ayam sambal.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!