Assalamualaikum...
AGAKNYA tak berapa puas makan sup tulang di kedai tomyam, kali ini Encik Rizar meminta Sk sendiri untuk memasak Sup Tulang Gaya Siam. Ialah, kalau di kedai tu semangkuk kecil pun dah RM8, itupun cuma ada tiga ketul alat-alat tulangnya dengan sedikit isi, jadi nak makan puas-puas katanya. Aaaa.. pandai ke Sk ni memasak. Bahan pun macam tak berapa nak cukup jer. Tak pe.. belasah jerlah janji ada rasa masam-masam sikit kannn..
Alhamdulillah, walaupun taklah sama betul rasanya dengan rasa Sup Tulang di Sayang Impian Tomyam tu, tapi masih ada unsur-unsur Sup Siam. Tengok kepuasan di wajah ER sepanjang duduk di meja makan tu, hehehe.. kira luluslah kan... Sk memang tak simpan stok sup bunjut jadi rasa rempah sup tu pada Sk agak kurang. Dan lagi komen ER, Sk kena letak sedikit sos ikan dalam sup tu. Ia ke?? Hahaha.. okey, ada ke sesiapa yang sudi nak cuba resepi belasahan Sk ni? Hahahaha...
Pergh...ini dah kira skill tahap tinggi dah ni... Tengok pun tau sedap.
ReplyDeletejus limau nipis tu yg penting...
ReplyDeleteYang menyebabkan ia jadi " siam style" tu pastinya sebab letak tomato & limau nipis tu kan..
ReplyDeleteNanti buat la pulak sup mamak style...hahaha