RESEPI SUP TULANG ALA THAI

Seri Kandi Tanah Jauhar
2
Assalamualaikum...
 
RAMAI tak yang baca ni peminat Sup Tulang ke Sup Ekor ke yang ala-ala Thai? Kalau sup mamak tu biasanya kan agak berempah, tapi sup ala Thai ni biasanya lebih ringan macam gaya sup utara tapi tetap tak sama jugak rasanya sebab sup ala Thai ni ada rasa masam-masam gitukan. Kalau di Johor, supnya dikawankan dengan sambal kicap, sup ala Thai ini pula biasanya enak digandingkan dengan sambal belacan yang dikisar dengan banyak tomato. Urmmmm... bertambah masam.. sampai kecur ailio na.. tapi itulah keistimewaan Sup Ala Thai ni.
 
Kejadian lama dah Sup Tulang Ala Thai ni. Kalau sebelum ni rasanya Sk pernah jugak menulis resepi tapi tak silap masa tu Sk gunakan rempah segera, kali ini Sk memasak secara manual. Ya, manual laa.. dari kopek bawang, kupas halis dan sebagainya.. hihihi. Sesekali kenalah rajinkan diri maklumlah nak besarkan jaga perut Pak Inche tu. Karang tak balance pulak dengan perut Sk, kui kui.
 
Kali ini, Sk gunakan Sup Bunjut Tulang Adabi. Kebetulan masa beli barang-barang dapur, Sk ternampaklah bungkusan sup bunjut jadi sajalah beli untuk simpan. Sup bunjut ni ada dua jenis, satu untuk sup biasa, satu untuk sup tulang. Bagus juga simpan sup bunjut ni, senang kalau bila-bila teringin nak buat sup tu, campakkan aje.. heheheh. Oh, ye.. Sk kalau memasak sup, jarang menumis. Sk lebih suka lebur macam tu jer sebab nanti lemak dari tulang tu sendiri akan menghasilkan minyak.
 
 
Sup Tulang Ala Thai
 
Bahan-bahan :
 
1.5 kg tulang lembu dan daging tetel (campur)
1 bungkus sup bunjut tulang adabi
air secukupnya untuk merebus tulang
5 ulas bawang putih dipecah-pecah sahaja
1" halia dihiris kasar
1 batang saleri dipotong menyerong seinci
3 tangkai pokok ketumbar
pokok daun bawang secukupnya 
3 biji tomato dibelah-belah
1 batang carrot dipotong bulat atau memanjang
segenggam cili api diketuk-ketuk
1 labu bawang holland dibelah-belah
1 senduk sos ikan
2 senduk jus limau nipis
 
Cara :
 
1. Rebus tulang dan daging tetel bersama halia dengan air yang banyak (agak-agaklah banyaknya) sehingga dagingnya empuk. Masukkan sup bunjut.
2. Kemudian masukkan bawang putih yang dipecah-pecah, sos ikan dan jus limau nipis. Seimbangkan rasanya.. masak lagi hingga mendidih.
3. Masukkan juga tangkai pokok ketumbar dan pokok bawang. Potong seinci-seinci.. mula dari bahagian tumbuh akar tu.(akar buanglah ya). Ketepikan bahagian daunnya.
4. Kemudian, masukkan carrot dan saleri serta cili api yang diketuk dan bawang holland.
5. Masukkan juga tomato.
Lagi.. apa yang belum masuk tadi semua, masukkan jerlah apa semua sekali, leburlah terus dalam periuk tu.
Sedia untuk dihidang panas-panas bersama nasi putih dan sambal belacan.
Jangan lupa taburkan daun ketumbar dan daun bawang serta bawang goreng semasa menghidang.. barulah umphhhh!

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. feberet akak ni.. sup masam2 memang menyelerakan...

    p/s: baru dpt masuk blog ni hari ni.. hihi...

    ReplyDelete
  2. Sedap tu SK..
    Hujan2 ni makan sup..
    Cicah pulak dgn roti.. pun jadi jugak kat akak ni :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!