Assalamualaikum WBT
KISAH balik kampung angkat hari tu, makan malam kami lari sikit dari kebiasaan. Kalau selalunya sama ada kami makan Nasi Lemak Ikan Bakar atau Asam Pedas Hajjah Mona, kali ni kami beralih ke masakan western di Restoran Kuali Ais Cafe yang terletak di Sungai Udang.
Selain menu western, ada jugak menu ala Korea.
Beriani Afghan pun ada.
Sistem pesanan dibuat dengan cara mengimbas kod QR yang telah siap diletak di meja kemudian kena buat bayaran di kaunter. Masa nak buat bayaran tu, cashier beritahu makanan lambat. Kami fikir tak apalah, bayar aje la, dah masuk dalam sistem kan, tapi tak sangkalah terlalu lambat sampai minuman pun lambat, rasa nak tercekik menunggu. Patutlah pelanggan-pelanggan lain pun dah buat muka bosan.
Rekod gambar resit ni 8.20 pm, lepas buat bayaran.
8.35 pm, staf hantar Lempeng Pisang.
Dalam gambar lain, dapat lain, hehehe. Mula tak nak makan dulu, lepas tu rasa macam tak apa la, makan aje dulu sikit-sikit.
Kami ke sini sebab PI nak makan Tomahawk ni la, RM99 sahaja. Tempat lain memang tak dapat la harga tu, lagi la kat Johor, kan. Ni dah pukul 8.50 pm baru hantar, alasannya kami pindah meja. PI naik angin sikit la, sebab memang tak ada pindah meja, kan.
Nasib la sedap jugak.
PI suruh Sk ambil Striploin, nasib Sk tak nak sebab Tomahawk ni pun dah banyak sangat dah. Agaknya tu kalau ambil entah berapa lama lagi nak tunggu pulak. Ni pun tengoklah, air pun tak sampai-sampai, sabarrrr aje la.
Kekah jangan tak kekah. Tomahawk ni macam lamb rack jugak, kan.. tapi ni lembu.
Lama betul tunggu air. SK snap pic menu promo Kuali Ais Cafe ni. Siapa rasa nak datang tu bawa la bersabar ya. Mungkin jugak pengalamannya lain.
9.15 pm baru dapat air, tengok dah habis makan dah masa ni, hahahah.
Legaaaa dapat air, kata PI.
Nasib air sedap. Burppp.. Alhamdulillah.















Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.
Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih