Assalamualaikum WBT
RABU lepas, Sk dan Pak Inche mengambil cuti untuk menghadiri Majlis Konvokesyen Iman di UTM Skudai yang mana Iman merupakan graduan bagi Sidang 8. Tu takpa, PI kata, alang-alang tu, jom lepas konvo kita ke Penang, lama tak makan nasi kandar. Imannya pulak, lagi laaa...dia ambik cuti unpaid dari hari isnin ya sampai hari Jumaat sebab ada program dengan kawan-kawan U. Baru kerja kan, belum layak dapat cuti tahun lagi. Kawan-kawan U Iman kebanyakan bukan Johorean, tu la tu masa konvo ni la dapat berkumpul semula selepas masing-masing menjalani internship pada bulan February lepas. Untuk kursus Iman ni, internship merupakan final semester, lepas tu terus konvo.
Sk pun tak membantah la, rindu jugak nak JJCM ke utara ni. SK apply annual leave dari hari rabu sampai Jumaat. Ikutkan Sk lagi suka bertolak pagi khamis (esoknya) tapi PI nak bertolak petang tu jugak. Dari lebuhraya, kami masuk Tangkak untuk makan malam. SK makan Nasi Goreng Kampung + Telur Mata.
PI makan Mi Hailam. Masakannya sedap tapi tak tahu nama kedai ni. Ia terletak bersebelah surau, seberang jalan tu ada Secret Recipe Tangkak.
Pukul 1 pagi, kami sampai di Bidor, ingatkan weekdays ada jer la bilik kat B&L Hotel ni, kan.. penuh yaaaa. Kami meneruskan perjalanan ke Kampar pulak. Kan baru-baru ni kami pergi Karnival Pelancongan Negeri Perak di Angsana Mall, JB, dorang ada promo Rumah Rehat Kampar, sampai sana pagar tutup, hahaha. Lepas tu kami ke Grand Hotel Kampar, mahal pulak la RM220+. Cuba pulak menanya di Kampar Boutique Hotel, penuh. Lepas tu, PI kata, pergi Golden Roof Hotel jer la yang biasa kami bermalam di Ipoh.
Terlintas pulak di batu jemala Sk ni, sebuah hotel di Meru, yang berhampiran Plaza Tol Ipoh (U). Hotel ni tepi jalan jer, tapi tak tahu nama hotel yang betul. SK buat carian di thread, namanya Zone Hotel. Kami terus ke sini, syukur ada bilik, RM120+.
9 minit sebelum jam 3 pagi, dapatlah masuk bilik, heheh. Bilik selesa walaupun tak besar, hotel bajet, kan. Lepas membersihkan diri, kami pun zzz.
Penginapan di sini diberikan satu set sarapan pagi. Kami pilih nasi lemak. Ingatkan dah boleh makan, rupanya nasi lemak segera, kena masuk microwave dulu. Selain tu ada biskut dan pilihan teh atau kopi 3 in 1.
Singgah Taiping Mall cari brooch sebab baru perasan brooch tak bawa. Terpaksalah pakai tudung belit leher buat sementara, hahaha. Rasa nak tercekik ya, janganlah ada yang judge, amboi makcik ni dah kertu pun pakai tudung nampak dada, hahaha. Tu pun tak jumpa kiosk jual brooch, nasib baik jumpa kedai aksesori, ngam-ngam ada tiga biji brooch jer stock dia, hahahha. Tu takpa, dah sampai Penang, jumpa kotak brooch terselit dalam beg, adeh!
Kami terus ke Nasi Kandar Kampung Melayu. Langit macam nak hujan dah. Yang sakit hatinya, kedai nasi kandar tutup, pukul 4.30 petang baru buka. Baru teringat waktu operasi Nasi Kandar Kampung Melayu ni tutup dari 12 tengahari sampai 4 petang, huwa huwa huwa.
Jadinya, kami ke Nasi Kandar Imigresen pulak. Kali ni semak betul-betul kat waze, buka ke tutup, hehehe. Sampai-sampai, tengah hujan lebat. Tu nasib baik dapat parking depan kedai, kalau tak, mahu lencin agaknya menapak.
Standard la eh kuah kari merecik sana-sini. Jom pilih lauk.
Tuan penaja - Nasi, daging masak hitam, ayam goreng, kubis goreng -RM14.
Masa ni meja semua penuh jadi kami tumpang duduk dengan mat saleh dari German. PI terus ajak borak, dia pernah pergi sana buat liputan bolasepak.
SK - Nasi, kuah campur, telur sotong, sotong, ayam goreng, cili hijau - RM32. Bini biasa memang melebih dari laki, hihi.
SK teringin nak minum air coke makan dengan nasi kandar macam dalam iklan tv, hihihi. Memang lain macam ek pergi dia. PI pulak minta Nescafe Tarik. Lepas tu eh, dia pulak ambil coke Sk dan suruh Sk habiskan Nescafe Tarik dia. Tak aci betul!














Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.
Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih