MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Tuesday, November 24, 2015

KALAU SUAMI JAGA ISTERI ELOK-ELOK, ISTERI PUN AKAN JAGA SUAMI ELOK-ELOK

Assalamualaikum...

KELMARIN... hujung minggu lepas tanpa dirancang, ER mengajak Sk ke Pasar Basah, Pontian. Memang, sejak akhir-akhir ini ER lebih suka memenuhkan gerobok air batu kami dengan hasil dari laut Pontian. Sebenarnya, matahari dah tinggi pun masa tu.. dah pukul 10.30 baru nak ajak Sk ke pasar, hahaha. Dalam perjalanan, Sk buka facebook, nampak Mama Maszull dah post gambar lauk untuk makan tengahari, Sk pulak baru nak pergi pasar, walaweiiii.. huhu.

Seperti biasa pasar Pontian meriah dengan ikan yang baru sampai. Timbang besar-besar terhuyung-hayang bergantungan menunggu untuk menjalankan tugas. Apek-apek dan nyonya-nyonya berkasut kuning Pua Chu Kang ke hulu ke hilir menarik besen dan air batu. Seperti biasa bila baru sampai, kami meninjau-ninjau harga ikan.. udang dan sotong. Udang besar-besar RM60 sekilo. Ikan besar-besar RM50 sekilo. Sotong besar-besar RM30 sekilo.

Kami membeli seadanya.. ikan bawal hitam saiz sederhana RM25 sekilo.. ambil dua ekor hangus RM18. Lepas tu ER nak beli sotong besar, Sk kata, nanti masak kita potong-potong juga.. jadi belilah yang RM20 sekilo. Udang memang tak masuk dalam senarai. Lepas tu nampak ikan merah. Kami tanya harga.. dia tunjuk ikan merah yang lebih lawo.. katanya RM32 sekilo. Sk tunjuk balik ikan merah yang mula-mula tadi. Dia kata, itu ikan tak ada mata, RM26 sekilo. Huk alooo.. kami bukan nak makan mata, kami makan isi... kata Sk.. ehhehe. Jadi tangkaplah ikan merah yang tak ada mata.. kui kui. Mata kena jaring kak, kata adik yang tolong siang ikan tu.. hehe.

Masa nak keluar dari pasar, Sk tunjuk ER sotong kecil besar dua jari Che Mat Gebu. Sk cakap, kita belilah sotong ni.. senang nak masak-masak sambal ke.. masuk dalam sayur ke.. gitu. Tanya dengan apek, berapa sekilo? Dengar apek jawab, tiga belas. dari tadi semua harga puluh-puluh bila dengar belakang bunyik belas terus rasa tak percaya. BERAPA APEK??? Laki bini tanya serentak. TIGEEE BELAS.. apek jawab sambil tunjuk gigi ko.. hahahahaha.

Sebenarnya, sebelum pergi pasar tu, ER dah kata, nanti kita tapau jer untuk makan tengahari. Tapikan, bila Sk tengok kesungguhan dia beli lauk-lauk untuk family rasa macam tak sampai hati pulak. Bila singgah dekat satu warung di Pengkalan Raja, konon nak tapau tu, Sk kata tak payahlah. Tak apalah penat masak, biarlah suami kita rasa berbaloi keluarkan duit kat pasar tadi. Jadi, balik tu Sk masaklah sambal sotong sekilo tige belas tu.. haha. Tapi, taklah masak sampai sekilo.. rasanya Sk ada tinggalkan 200 gm untuk rencah sayur. Sengaja masak sambal sotong lebih dengan harapan esok bila dah naik kerja (Johor kan cuti panjang) Sk tinggal perangat jer sambal sotong tu.

Jadik, semalam... Sk plan la.. nak panaskan sambal sotong. Sk dah rendam seekor bawal hitam tu, goreng pun sodappp kan. Tup.. tup.. ER masuk jer rumah, dia kata.. masak kari ke? Huhuhuhuhu. Sk kata, penatlah nak masak kari bagai. Goreng jer ikan tu makan ngan sambal sotong.. derhaka betul jadik bini.. hahahaha.

Tapi kan.. bila tengok ikan bawal tu terus rasa tak sampai hati. Suami jaga elok-elok sampai gemuk.. dari berat 50 sampai jadi 90.. kan kan kan... teruslah kopek bawang, hahahahaha.

bukti isteri jaga suami elok-elok.. tengok perutnya.. hehehe.

eh.. abang kat sebelah tu kenapa ya?? Hihihi..

3 comments:

  1. SK tahu tak pasar tepi sungai kat Pontian?
    Bukan pasar yg renovate tu tapi sebelah jambatan masuk sikit - kat situ lagi murah-murah tau
    Kakak selalu juga ke sini sebab ikan masih hidup pun ada.

    ReplyDelete
  2. mata ikan berharga rm5 sekilo !!
    :)

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum SK...alhamdullilah sama2lah kita menjaga yer...:)

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

FESKO KPYPJ 2017

Assalamualaikum... Sk ingin mengajak anda yang tinggal berhampiran Kulai atau sekitarnya untuk sama-sama memeriahkan Festival Konvokesy...