Assalamualaikum WBT
SEGALA puji bagi Allah swt, setelah 4 tahun menjalani segala pancaroba dan ujian dalam meneruskan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, akhirnya, Rabu lepas, Iman sah diterima sebagai 'anak kandung' UTM selepas upacara penganugerahan Sarjana Muda pada Majlis Konvokesyen ke 70 UTM yang gilang gemilang.
Sejak awal Iman set appointment ambil jubah konvo pada hari Sabtu, jadi, hari Ahad tu Sk sponsor bergambar di studio. Sk tempah slot studio jam 11 pagi di DH Photo Studio, Taman Universiti.
Mujur belum ramai dan tak perlu menunggu. Sampai-sampai jer terus bersiap untuk ambil gambar.
Dua warna latarbelakang untuk dipilih, Sk pilih biru tua. Satu lagi warna merah tua. Sesuailah biru tua sebab jubah warna maroon.
Along beri bouquet crochet untuk Iman, mujur sampai ke Tanah Jauhar, sehari sebelum sesi photoshoot. Dapatlah masuk sekali dalam frame. Tq$m, Along! Santek sekali jambangan bunga kait ini.
Antara gambar yang terpilih masuk dalam ig stories.
Baju Sk dan Iman dari butik Jannah Noe beli masa warehouse sale, hehehe. Untuk hari konvo kami pakai baju lain pulak, haha. PI sporting nak pakai formal untuk photoshoot studio.
Ambil gambar studio 15 minit aje pun rasa penat sangat nak masak makan tengahari. Petang, kami pergi makan di Restoran Sayam Stulang Laut. Pesan Ikan Siakap Masak Tiga Rasa sekor!
Tomyam Seafood semangkuk.
Sotong Masak Pedas sepiring.
Baby Kailan Sos Tiram. Yang tak ada dalam gambar, Kerabu Mangga, Telur Dadar dan Sambal Belacan. Total RM100.50 termasuk tiga gelas minuman, Epal gelas besar, Limau Ais dan Teh O Panas.
Burppp.. Alhamdulillah.











Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.
Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih