APOM LENGGANG DAN MAKAN-MAKAN PRA HARI JADI

Seri Kandi Tanah Jauhar
4
  Assalamualaikum...
 
DISEBABKAN ER bertugas di luar kawasan pada hari lahir Iman semalam
maka tiadalah acara makan-makan luar.
Sehari sebelumnya pula, ER menghadiri mesyuarat kelab,
jadi Sk plan memang nak makan maggi sahaja dengan Iman.
Waaaaaaa... lama giler tak makan maggi tau.
Tumis bawang putih dan cili padi,
masukkan rempah maggi kari, air.. dan rebus maggi satu minit.
Lepas tu pecahkan telur..
jirus-jirus sikit dengan kuah maggi yang sedang mendidih tu dalam satu minit lagi
tutup api... siap!
 
hehehehehhe.. tu baru berangan.
Tapi malam tu, sebelum ke mesyuarat ER balik rumah dulu
sebab lokasi mesyuarat telah dipindahkan dekat dengan kawasan rumah
Di tangannya menjinjit bungkusan plastik merah
"Apom!', kata ER sambil menghulurkan bungkusan pada Sk.
"Yey.. yey! Apom! Apom!", sorak Iman.
Yes... Family Favourite ni.. tak jadiklah masak maggi.. hihi.
 
 
 
Dahulu... kalau nak makan apom lenggang ni memang kena tunggu balik Kuala Ketil.
Ada peniaga melayu yang berjualan di Pekan Sabtu
dan aci yang menjual di warung sarapan Kg Batu Dua (tak silap).
 
Berbalik kepada apom yang dibawa balik ER ni,
Aci yang menjual ni duluuuuu meniaga di hadapan restoran cina
di taman tempat kami tinggal.
Dia akan menumpang di kaki lima kedai tu setiap petang sampai malam di mana restoran cina tu pun dah ditutup setiap kali dia meniaga.
Telan ailio ajelah.. nak beli fikir sepuluh kali juga.
Tapi.. sejak dia membuka warung sendiri kami dah ada keyakinan untuk membeli.
Tambah lagi, aci tu bagitahu dia mendapatkan bekalan ayam
dari kedai runcit Aceh dekat kawasan taman ni jugak.
 
 
Ada yang tak pernah makan apom ni.
Apom Lenggang ni terkenal belah-belah utara selalunya.
Bila ditanya, aci mengakui yang dia orang Sg Petani.
Ooooo... dah kenalah tu.. patutlah aci pandai buat apom.
Di Johor ni memang jarang jumpa restoran India (walaupun femes) yang membuat apom.
Susah ke buatnya??
tengok resepi macam senang..
 
Resepi ini dikongsikan oleh seorang rakan fb.
Menurut empunya resepi, fb : Azlina Ina
kebanyakan resepi apom lenggang tidak memberi sukatan air yang tepat
dan semuanya suruh agak-agak.
Haaaa.. memang betul pun.. Sk setuju sangat.
Macam tak ikhlas jer bagi resepi kan.
Okey, sesiapa yang nak cuba dan rasa sendiri keistimewaaan Apom Lenggang ni boleh cuba resepi Pn Azlina ni ya.
Kalau boleh, gunalah kuali apom yang khas.
Bentuknya macam kuali biasa tu juga tapi saiz kecik sekali la..
jangan guna kuali nak goreng mee pulak, hihihi.
Kepada Pn Azlina, terima kasih kerana sudi berkongsi resepi.. semoga Allah swt memperluaskan lagi pintu rezeki puan sekeluarga
 
Resepi Apom Lenggang Lemak Manis
 
Bahan-bahan :
 
2 cawan tepung beras*
1 - 2 sudu makan (rata) yis kering*
3 sudu besar gula*
sedikit garam*
3/4 cawan air suam*
1 biji telur
1/2 cawan santan pekat
 
Satukan semua bahan bertanda * dan kacau rata
Tutup dan biarkan 30 minit
Selepas 30 minit, buka tutup dan masukkan telur dan santan pekat
Kacau rata-rata.
 
Panaskan kuali, letak minyak sikit atas tisu dan sapukan rata-rata pada permukaan kuali.
Tuang satu senduk adunan apom dan lenggangkan kuali.
 
Bentuk apom lenggong adalah,
kelilingnya nipis dan tengahnya tebal mengikut lengkuk kuali tu ya
(tengok gambar) kalau rata jer nanti tak jadi bentuk apom tapi bentuk lempeng.. heheheh
 
Tutup kuali dengan tutup yang bersesuaian.. biar tiga minit.
Angkat... tidak perlu diterbalikkan.
 
 
 
Haaaaaaaaa...
Suka sangat dengan rasa apom yang lemak manis
tepinya rangup dan gebu di tengah
 
 
 
Apom ini biasanya dihidangkan dengan kuah kari ayam atau kambing
(kambing paling sedap laaa)
dan santan cair manis. Santan tu jangan cair sangat nanti tak lemak pulak.
huiiii.. yang lemak-lemak tu memang feberet Sk laaaa.. huwa huwa huwa.
Tapi ada juga yang makan dengan sambal tumis dan kaya.
Suka hati dan ikut citarasa masing-masing.
 
 
Macam kebetulan pulak,
kalau tahun lepas Iman dapat makan pulut kuning yang dibawa Nenek Alang
Kali ini, dapat makan pulut kuning yang diberikan Kak Sapura,
kawan sepejabat ER yang baru juga menyambut hari jadinya kelmarin.
Terima kasih Kak Pura.. sedap sangat pulut dan rendang.
Berebut-rebut makan tiga beranak.. hahahaha. 
 
 
Kek hari jadi Iman..
sedapppppppppppp sangat
kalah SR tauuuu
terima kasih Atul sebab buat kek yang sedap untuk Iman
:))))) 

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Tengok gambar apom lenggang ni tapi tiba-tiba teringin nak melempeng pulak... :)

    ReplyDelete
  2. Kakak tak pernah rasa apom tu.
    Tapi kalau pulut kuning tak payah cakaplah... favorite akak tu.

    ReplyDelete
  3. Tengok mcm sedap apam tu tapi CH tak pernah mkn..
    Nak cuba buat lak SK..

    ReplyDelete
  4. Kak atie pon xpernah mkn apom lenggang gak....tgk mmg nampak sedap!!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!