Assalamualaikum...
KALAU tengok pada tajuk, mungkin kita menganggap bahawa ini adalah sebuah filem stereotaip. Sinopsis yang sama dengan kebanyakan idea yang ditampilkan di dalam novel dan seterusnya diadaptasi ke layar perak atau ke drama bersiri. Sk pun pada mulanya berfikir demikian. Sk akui, ia ada sedikit klise bilamana hero atau heroin menandatangani kontrak untuk menjadi kekasih yang akhirnya saling jatuh cinta. Namun kelainan temanya, mengapa kontrak ditandatangani, garapan setiap watak dan keindahan sinematografi serta kemunculan Keith Foo memegang watak utama membuatkan Sk mampu menonton Girlfriend Kontrak tanpa sedikitpun rasa mengantuk walaupun di saat itu jam sudah menunjukkan angka 1 pagi dan semua isi rumah termasuk kucing-kucing telah lena dibuai mimpi.. hihi.
Sk pertama kali menonton lakonan Risteena Munim dalam slot Akasia 'Playboy Itu Suami Aku'. Tak tengok sangat pun sebenarnya cerita tu. Tiada aura yang mampu menarik Sk untuk melekat di kaca tv. Sangka Sk itu adalah lakonan pertama Risteena. Tapi bila melihat Risteena dalam filem ini, Sk agak filem ini dilakonkan Risteena sebelum PISA. Maaf ya kalau silap.
Watak Alisa, gadis kampung yang naif, pemalu dan kurang keyakinan diri dibawakan Risteena dengan agak baik. Risteena juga agak senang dibuli termasuk oleh adiknya sendiri.
Alisa digelar Puteri Kelip-kelip kerana kecintaannya kepada serangga bercahaya itu yang membiak dengan subur di kampungnya.
Alisa juga sering diminta oleh ayahnya untuk menolong mengutip hutang namun kerana sikapnya yang lurus dan tidak tegas dia selalu gagal untuk mendapatkan wang ayahnya. Ibunya ingin menjodohkan Alisa dengan seorang pemuda namun dirampas pula oleh adiknya. Tak ada perasaan sungguh.
Kesian Sk tengok Alisa ni tauuuu.
tengok ni.. sampai jatuh kat tahi lembu sebab darah tu gemuruh sangat. Hahahha.
Disebabkan merajuk dengan adiknya dan dalam masa yang sama dia terbaca berita tentang kemusnahan habitat kelip-kelip yang dibangunkan sebuah syarikat terkenal, Monaki.. Alisa tekad untuk membantu menyelamatkan habitat kelip-kelip tersebut.
Di sinilah Alisa telah berjumpa dengan Umar Aziz. Alisa ditawarkan untuk menjadi teman wanita Umar secara kontrak demi misi menyelamatkan habitat kelip-kelip. Tak pasti apa kena-mengenanya sebenarnya.. hahaha.
Haaaaa.. inilah dia penasihat dan pembantu Umar, Sk lupa nama watak yang dibawakan Azad. Dalam GK ni Azad membawakan watak kelakar serius.. serius tapi kelakar.. anda patut tengok lakonan Azad dan anda pasti akan sukakan Azad.. hihi.
Fara Fauzana (ketika ini belum bertudung) membawakan watak gunting dalam lipatan. Depan nampak baik tapi kat belakang... urmmm. Sk suka watak antagonis Fafau.
Tak puas rasanya menonton sekali.
Kalau anda sukakan filem yang ringan.. jom tonton filem ini. Memang tak ada thrill tapi ianya amat menghiburkan dan membuat kita tersenyum sendiri.
Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.
Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih