SALAM Isnin.. minggu ni minggu kedua sesi persekolahan penggal satu di seluruh Malaysia. Ramai yang dah berubah rutin hidup terutama ibubapa yang anaknya baru melangkah ke alam persekolahan. Kehidupan menjadi semakin sibuk dan memenatkan, kan. Sk pun macam tu juga. Masa cuti sekolah hari tu rasa macam merdeka sangat, hahaha. La ni rutin pagi tak boleh tidak sebelum pukul 5 pagi mesti dah bangun. Macam tulah nasib orang yang beli rumah jauh dari sekolah dan tempat kerja. Nak cari rumah yang dekat-dekat bandar, mak aih.. kalau tak ada lima enam ribu sebulan, jangan mimpi ya.. huhu. Haaa.. tulah.. dulu suruh belajar rajin-rajin jadi lawyer, jadi magistret, jadi doktor, jadi menteri.. malas... nasib.. nasib.. huwa huwa huwa.
Tahun ini merupakan tahun getir bagi Sk, ER dan Iman. Iman akan menempuh Peperiksaan PT3. Walaupun orang la ni selalu berkata, apa ada pada A, namun bagi Sk orang cuma boleh bercakap tapi jujurnya, pencapaian akademik selalunya membuat manusia lebih kagum daripada pencapaian dalam bidang-bidang kemahiran yang lain. Pendek kata, mula-mula orang akan tanya keputusan periksa dulu.. kalau banyak A.. orang kata apa? Wahhhhhh! Tahniah.. tahniah. Tapi, kalau banyak C atau D?? Atau gagal.. sendiri mahu ingat. Bagi pelajar yang dianugerahkan kebijaksanaan yang tinggi, yang tak payah buat ulangkaji pun otak dia macam kad memori 128GB tu tak apalah kan.. kan.. kan.. hehehe.
Jadi, disebabkan Sk dan ER ni cuma manusia biasa yang mendambakan A dalam keputusan peperiksaan Iman (tak ada ibu bapa yang tak suka A kan), tahun ini kami hantar Iman tuisyen tiga kali seminggu. Dan setiap hari Sabtu, kelas tuisyen Iman akan bermula dari pagi sampai petang.. haaa.. hambek. Jadi, jadualnya setiap pagi Sabtu, kami akan hantar Iman ke kelas tuisyen lepas tu berpacaranlah berdua bersarapan macam orang-orang kaya (asyik makan luar aje katanya), kemudian ke pasar ke.. pasaraya ke.. jeti ke.. atau duduk lepak di rumah sehinggalah petang, keluar dan ambil Iman dari kelas tuisyen. Kalau ikutkan ER sebenarnya dia suka meronda sampai ke Gunung Panti atau Bukit Soga. Tapi Sk kata, kita duduklah diam-diam jer di tepi air terjun Gunung Pulai sambil lipat kain atau kemas rumah, lagi baik. badan pun tak penat, duit pun tak keluar.. tak gitu? Hihihi.
Notakaki : Gunung Panti - Kota Tinggi, Bukit Soga - Batu Pahat, Gunung Pulai - Rumah kami
Tengah lepak-lepak di rumah sambil tengok filem Hindustan yang satu hapa pun Sk tak faham Sabtu lepas, ER tiba-tiba tersebut 'makan nasi minyak best jugakkan'. 'Buat ayam masak ros ke'. Sebenarnya masa tu di tv ada iklan masak-masak.. tu yang terlintas nak buat nasi minyak dan ayam ros. Kebetulan Sk memang dah rendam ayam kononnya nak buat sambal ayam ('boring'nya). Terus segar kepala otak bila nak memasak sesuatu yang lari dari kebiasaan.. jom!
Sk tak ada stok minyak sapi dan beras basmathi untuk masak nasi minyak ni. Minyak sapi Sk gantikan dengan minyak jagung dan buttercup dan disebabkan Sk guna beras biasa, jadi Sk tak rendam beras atau cuci awal sebab takut ia mereput dan hancur. Sk tumis dulu bahan-bahan tumisan nasi minyak, sementara tunggu garing tu baru Sk cuci beras. Hasilnya, nasi tak patah dan hancur walaupun guna beras biasa.
Dua kali masuk gambar, dua kali melintang.. layan jerlah ya..
Nasi Minyak
2 sb minyak jagung
2 sb minyak sapi (Sk guna buttercup)
2 labu bawang merah besar (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1/2" halia (dihiris)
1 kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji pelaga
5 kuntum bunga cengkih
(tumis bersama bahan-bahan di atas hingga wangi dan agak garing)
Sementara itu cuci beras
4 pot beras
2 1/2 pot air
1 cawan kismis
1 1/2 pot susu cair
Bila bahan tumisan mula garing, masukkan kismis dan susu cair. Biarkan sebentar, tak perlu mendidih.
Kemudian masukkan beras dan air dalam periuk nasi elektrik.
Tuangkan bahan-bahan ditumis tadi. Masukkan garam secukup rasa, kacau dan hidupkan periuk nasi elektrik. Biar sampai didih, kacau guna garfu. Tutup semula periuk dan biar sampai nasi masak dan kering sendiri.
Sk tak ada daun pandan.. kalau ada daun pandan, bolehlah masukkan sekali dalam periuk nasi tu.
Ayam Masak Ros
Resepi : CHE MAT GEBU (Terima kasih Che Mat, Kak Sari salin resepi ya)
BAHAN - BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan*
1 camca teh serbuk kunyit*
3/4 camca teh garam*(*digaul rata dan perap sekejap)
3 camca besar cili kisar
2 camca besar tomato puree
3 camca besar sos cili
2 camca besar sos tomato
2 batang serai, diketuk
1/4 cawan kismis
1/3 cawan susu sejat
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan air
Hirisan daun sup untuk hiasan
BAHAN - BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
1 inci halia
3 ulas bawang putih
BAHAN - BAHAN TUMIS :-)
1 biji bawang besar hiris
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
CARA MEMBUATNYA :-)
- Goreng ayam 1/2 masak, angkat dan toskan. Cedok keluar minyak tadi dan tinggalkan kurang lebih 1/3 cawan. Masukkan bahan2 tumis dan masak hingga layu dan harum. Tambah serai, kismis dan bahan2 kisar halus. Kacau rata dan masak hingga wangi.
- Tambah cili kisar, kacau rata, masukkan sos cili, sos tomato dan tomato puree, kacau rata dan masak dengan api kecil hingga naik minyak. Masukkan ayam, gaul rata dan tuang air. Kacau rata dan masak hingga pekat.
- Tambah susu cair, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa (mesti ada rasa manis sedikit). Masak dengan api kecil hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup sebelum dihidangkan bersama nasi putih atau sebarang nasi berperisa. Kalau suka boleh juga hiaskan dengan kacang pis....Selamat mencuba!!
Notakaki : Sk gantikan air dengan 1 tin kecil kacang peas.. masukkan airnya sekali.
p/s Ayam Masak Ros memang tak letak bunga ros.. jangan memandai-mandai plak tambah ya..
hihihihi... Elehhhh.. gurau pun tak boleh :p
Yelah kakak pun tahu tak kanlah nak letak bunga ros hahaha... ada-adalah SK ni..
ReplyDeletemengejut pun sangatlah kecur air liur menengoknya...
ReplyDeletela ni tak payah belajar rajin2 klu nak jadi menteri sbb syaratnya cuma jadilah bodoh. oopppssss!
Assalam. Asal nasik minyak mesti sedap....
ReplyDeleteBetul kak...teringin nak tengok anak dapat A banyak. Tapi saya kadang2 lupa diri. Masa depan dia, rezeki dia..semua dari Allah. Saya pula pegi pressure dia. Kesiannya dia.
ReplyDeleteTapi kan kak...nasi minyak tu..Ya Allah....mengancam kalbu ya amat. Saya dah copy dah ni. Kalau tetiba rajin...bolehlah buat juga...ngeh..ngeh..ngeh...