Assalamualaikum...
ANDA tentu masih ingat, semasa sekolah dahulu kita selalu ditugaskan untuk menulis sebuah karangan autobiografi dalam subjek Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia. Ingat tak.. apakebenda karangan autobiografi tu? Alaaa.. yang nanti tajuknya, 'Aku Sebatang Pensil' la.. 'Aku Sebuah Basikal' la... 'Aku Sebuah Televisyen' la.. haaa.. tulah karangan autobiografi. Biasanya mengisahkan tentang riwayat hidup sesuatu benda. Ada juga yang mengisahkan tentang benda hidup seperti haiwan dan tumbuhan.
Perasan tak, setiap kali kita menulis karangan macam ni, kebanyakannya akan berakhir dengan kesedihan... apa omputeh kata tu.. 'sad ending' kan. Sebahagiannya akan berakhir di tong sampah atau akan menjadi sesuatu yang tidak berharga lagi. Nak tahu tak, disebabkan karangan autobiografi nilah, Sk menjadi seorang yang sangat penyayang terhadap kebanyakan benda walaupun benda tu dah buruk. Tak kisahlah pensil ke.. pen ke.. berus lukisan ke.. bateri terpakai ke.. Ya Allah.. kalau nampak bersepah tukan, boleh bergenang air mata.. huwa huwa huwa.
Aku sebuah basikal karangan anak kakak terakhir masa sebelum UPSR tahun 2015
ReplyDeleteLebih kuranglah dgn aku sebatang pensil SK tu.