MAKAN DI YEON CAFE

Seri Kandi Tanah Jauhar
1

 Assalamualaikum WBT 


TERSEDAR pagi tadi bila alarm di handphone berbunyi. Lega teringat hari ni dah sabtu tapi lega sekejap jer la, rupanya baru hari Jumaat daaaa. Aisehmannn.. dahlah pukul 10 ada meeting, hihihi. Tapi, meeting cancel la pulak, baru semangat nak meeting, lama tak ada meeting-meeting ni, hihihi.


Kisah sebelum puasa, pergi lunch dengan Iman di Yeon Cafe yang terletak di Taman Pelangi. Masa ni Iman belum intern lagi. Iman mula intern sejak 16 Mac Feb lepas, esoknya tu kita dah mula berpuasa.


Peach Oolong Fruit Tea, RM16. 


Air kosong percuma, dia letak dalam botol besar ni. Sk cakap ngan Iman, masa kecik-kecik dulu kalau pergi klinik Sk selalu nampak ubat dalam botol macam ni. 


Fried Chicken Gyoza, RM10. 


Cheese Tteokbokki, RM22


Tteokbokki ni memang wajib ambil setiap kali makan di Restoran konsep Korea. Kalau dalam drama Korea selalu tengok dorang makan ni kat gerai tepi jalan jer sambil berdiri.


Yeon Set, Prawn Katsu, RM26.

Pada mulanya nak ambil beef tapi beef habis. Set ni lengkap dengan nasi dan sup. Jeruk lobak putih tu sedap betul.


Spicy Seafood Sundubu Jigae, RM18.90.
Sedap sundubu Jigae ni, leka menghirup sup yang masam pedas tu dan sentiasa panas kerana dihidangkan dalam mangkuk batu.


Sedap la sesekali layan makanan Korea. Yeon Cafe ni mempunyai pengiktirafan Halal JAKIM.


Penuh meja. Setiap set makanan mereka hidang dalam dulang kayu macam ni. Nak makan macam ni kalau PI tak ada la ya. Kalau PI ada, mana mahunya dia nak makan makanan Korea.


Tenang suasana dalam restoran.


Cafe ini dilengkapi surau.


Nanti lepas raya nak repeat!

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Macam biasa la boleh masuk wishlist..tengok la kalau menteri kewangan tu nak layan SA ke tak...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!