NASI AYAM HAINAN YANG PALING SEDAP

Seri Kandi Tanah Jauhar
3
Assalamualaikum...


WALAUPUN hari-hari Sk masak sedap,
tapi jaranglah sangat yang pujian tu bertubi-tubi.
Biasanya, angguk-angguk cakap sedap
dan mintak nasi tambah
pun dah kembang kuncup hati Sk.
Tapi kalau ada yang tak kena tu
memang jangan banyak bunyi ya
Mak Inche ni pantang betul kalau dikias-kias
kenapa lauk ni begini
kenapa tak begitu
banyak komplen.. pi masak sendiri.. kekekeke.

Nasi Ayam
antara menu yang paling kerap Sk masak
dan rasanya selalu jugak
siarannya berulangan dalam blog Alam Sari di Tanah Jauhar inikan
ada resepi  nasi ayam malas
ada resepi nasi ayam gitu-gitu
dan ada juga resepi yang dirujuk dari blogger dapur popular
seperti blog Masam Manis
dan Azie Kitchen.
Rata-ratanya mendapat pujian dari Iman dan ER
tapi taklah macam yang ini
bocor dada Mak Inche dipanah pujian berkali-kali
sampai ada pesanan untuk dimasak sekali lagi
hehehehehe
amboiiii.. sedap bebenolah tu ya.. huhuhu.

Macam biasa, favourite Pak Inche tentulah Nasi Ayam Hainan.
memang senanglah kerja Sk
dan menjimatkan minyak.. huhuhu.
Kali ini, Sk tumis nasi ayam
menggunakan sedikit minyak masak dan margerin planta.
Masak ikut rasa
tak merujuk resepi dari mana-mana..
Apa yang best bila kita masak nasi ayam sendiri ni
Kita boleh makan puas-puas ayamnya
dan tambah sosnya banyak-banyak
Kalau makan di kedai tu, kita minta lebih sos sekali dibaginyalah
mintak dua kali dijeling
mintak tiga kali memang tak sampai-sampai
hemmmm.. Sk dah kena dahhhhh

Resepi ni Sk tulis untuk rujukan Iman 
atau adik-adik yang baru nak belajar dan sudi mencuba resepi dari Sk
Boleh ikut langkah per langkah supaya lebih mudah
dan dapur tidak berselerak

Nasi Ayam Hainan

(A) 
Seekor ayam dipotong 4 bahagian (bersihkan)
1 buku halia (anggaran 3")
Air setengah periuk (didihkan bersama halia-hiris)
2 sb kicap cair
1 sk minyak bijan

Nota : Pastikan saiz periuk muat untuk dimasukkan ayam

- Apabila air sudah mendidih,
masukkan ayam ke dalam air yang mendidih. 
Setkan timer 20 minit.

-Ambil sebiji besen yang besar dan muat untuk dimasukkan ayam.
-Masukkan air sejuk yang berais
-Apabila cukup masa 20 minit, angkat keluar ayam dan masukkan ke dalam besen yang mengandungi air sejuk berais tadi
untuk mematikan proses memasak
dan mendapatkan ayam yang juicy
Biarkan terendam 10 minit.

Sementara itu
Masukkan kicap cair 
dan minyak bijan dalam mangkuk kecil
gaul rata.
Keluarkan ayam yang direndam dalam air ais tadi
masukkan dalam bekas bertutup
sapukan dahulu dengan campuran kicap cair dan minyak bijan, 
tutup bekas dan ketepikan.

(B)
Tiga pot beras bersih dan toskan (Letak dalam rice cooker)
1 biji bawang besar (merah) dimayang halus
2 ulas bawang putih diketuk
1/2" halia-hiris
1 kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang*
3 biji buah pelaga*
5 kuntum bunga cengkih*
3 tangkai daun bawang (bahagian bawahnya sahaja)
1 sb minyak masak 
2 sb margerin
2 1/2 pot air rebusan ayam
Garam
hirisan daun bawang dan bawang goreng

Caranya :
-Panaskan minyak dan margerin dalam kuali
-Tumiskan kulit kayu manis, halia, 
bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
Masukkan semua bahan bertanda dan terus menumis.
Masukkan bahagian bawah daun bawang yang dipotong seinci2
Masukkan air rebusan ayam.. dan garam secukup rasa.
Kacau rata.
Tuang semua dalam periuk nasi.. gaul rata.
Hidupkan periuk nasi elektrik dan masak seperti biasa.
Apabila suis automatik mati, gaulkan nasi dengan garfu
Taburkan daun bawang dan bawang goreng
dan biarkan ia memanas sebelum dihidangkan.

(C)
7 tangkai cili hidup
9 tangkai cili padi
2 ulas bawang putih
2 sb sos cili
2 sb gula
1/2 sk garam
2 sb cuka
3 sb jus limau
1/3 cawan air
(Kisar semua bahan hingga halus dan masak sekejap atas api)

(D)
1/2 cawan air rebusan ayam
1 sb kicap pekat
1/2 sb minyak bijan
sedikit gula dan garam
(gaul rata.. tuang sedikit atas ayam semasa menghidang)

(E)
1 sup bunjut
1 bawang merah besar dimayang
garam secukup rasa
(Didihkan semula sup dan masukkan sup bunjut dan bawang dimayang)
Bila mendidih hidangkan bersama
Bawang goreng  (tabur)
Daun sup (tabur)

Hidangkan nasi ayam bersama salad serta hirisan timun dan tomato.

Terima kasih sudi singgah dan membaca 
Sehingga bertemu lagi di lain siaran
Wassalam








Tags

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!