MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Thursday, February 2, 2017

OPPA EH! OPPO

Assalamualaikum...

(Tarikh Kejadian : 19 Januari 2017)

No automatic alt text available.

TUAH di malam Over Glam, 
Sk memenangi cabutan bertuah yang tidak disangka-sangka. Sk tenang-tenang sahaja mengikuti nombor-nombor yang dicabut dan bersorak jika dimenangi kawan-kawan terrapat. 2 8 7 , Sk pilih nombor ni masa pendaftaran, kononnya nak bagi saspens bila satu demi satu angka disebut. Tidak sedar pun bahawa acara cabutan nombor bertuah dah hampir sampai ke penghujung. Bila pengacara menyebut 2 8 memang tak ada apa perasaan, tapi bila pengacara menyebut 7, barulah teringat nombor sendiri yang diselitkan di bawah gelas minuman, hehehe. Mulut menyebut terus, "Eh, nombor aku laa," sambil berdiri dan melambai kertas cabutan bertuah pada pengacara. Terdengar pengacara menyebut nama yang tertera pada nombor, sah.. sah.. memang nombor Sk, Alhamdulillah.

Pengacara malam tu, Nizam memang kelakar. Alah.. kawan-kawan jugak. Menyakat sahaja kerjanya. Dia kata, pemenang memenangi sebuah telefon bimbit jenama Otto, bukan Oppo ya. Dalam hati fikir, laa.. jenama Otto ke? Handphone murah rupanya. Tak apalah janji dapat. Tapi.. tak pernah pulak dengar jenama Otto, hahaha. Makin dekat ke pentas, makin jelas beg kertas hijau bertulis Oppo di tangan CEO yang menyampaikan hadiah. Dalam hati fikir lagi, agaknya diorang beli telefon Otto ni kat kedai Oppo, hehehehe.. aduyaiii. Sebenarnya baru sahaja seminggu ER menghadiahkan Iman telefon bimbit jenama Oppo. Tu yang Sk cam sangat beg kertas Oppo hijau tu.

Selepas mengambil hadiah, Sk kembali ke meja. Dalam perjalanan ke meja tu terdengar pengacara kata, akhirnya tibalah hadiah yang ditunggu-tunggu iaitu sebuah TV LCD. Masa ni barulah perasan yang Sk dapat cabutan bertuah yang kedua. Suka sangat sebab Sk memang doa-doa menang handphone, tapi tak sangkalah handphone bodoh-bodoh jenama Otto yang tak pernah dengar, hahaha.

Image may contain: 1 person

Selesai majlis, adik-adik junior mengucapkan tahniah sambil bertanyakan model handphone. Haaa.. masa ni barulah Sk keluarkan dari beg kertas. Ya Allah, terkejut giler masa ni sebab memang handphone Oppo laaa.. mana ada Otto. Nakal tau Nizam ni. Lagi terkejut sebab ia merupakan model yang sama dengan handphone yang ER belikan untuk Iman, hahahaha.

Tapi....

Image may contain: 1 person, text


Sejak tengok iklan Oppa LMH bersama Oppo R9s, Sk sungguh-sungguh mengidam R9s. 
Sehingga tak mampu memandang yang lain.. kah kah kah! Teruk betul angaunya penangan mengikuti Kdrama Legend Of The Blue Sea tu tau!!
(Posting di Facebook bertarikh 7 Jan 2017)

Image result for R9s dan Lee Min Ho

Jadi... cepat-cepat bawa ke kedai dan tambah duit demi sebuah oppa.. eh! Oppo R9s

Image may contain: phone

Oppo... Now, It's Clear.

Alhamdulillah.. sesungguhnya hanya Dia yang memberi rezeki, memakbulkan dan mempermudahkan segalanya.



4 comments:

  1. assalamualaikum Seri...alhamdullilah !! bestnya dpt hp baru...terus tukar jadi yg lg terbaru kn...:)

    ReplyDelete
  2. Ini baru betul-betul bertuah SK
    Yg kelakar tu boleh SK termakan kata Nizam si pengacara tu
    Tengoklah dulu... dah nampak baru tahu ye haha...

    ReplyDelete
  3. Wkmsalam.
    Tahniah.
    Ini namanya rezeki datang bergolek.

    ReplyDelete
  4. sarikusss banyak gambar2 tak muncui di laptop kak ni... gerammm jeee tak dpt nengok

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

AKHIRNYA IKEA TEBRAU DIBUKA

Assalamualaikum... YEAY!!  Akhirnya setelah sekian lama menunggu, Ikea Tebrau kini dibuka di Johor Bahru.  Setelah bertahun-tahun beran...