Assalamualaikum...
CERITA-CERITA pasal bercuti di Ipoh, Sk teringatlah pulak nak blog tentang Hotel Weil yang terletak di pusat bandar Ipoh dan yang paling best sekali bersebelahan dengan Kompleks Beli-Belah Ipoh Parade. Orang-orang Ipoh mesti suka pergi Ipoh Parade, kan. Sk pun suka, Iman.. lagilahhh.. bapak Iman, Ya Ampuuuunnnn.
Sk sekeluarga singgah di Hotel Weil ni pada bulan September tahun lepas. Konon nak tulis dalam blog rupanya sampai sekarang puas Sk selongkar tadi tak jumpa. Ternyata memang tak ada tulis yek. Tak apa, kalau dah tulis, tak luak pun kalau ditulis balik, hehehe.
Kami datang walk-in sebenarnya, saja nak cuba nasib. Sekali ada pulak bilik kosong. Pertama kali masuk ke lobi, rasa teruja jugalah dengan ruangan dalamannya yang moden dan santai. Sekali bila buka jer pintu bilik, tak ada apa yang mampu dicakapkan selain wahhhh.. wahhhhh.. dan wahhhhhh!!! Rasa nak sambung lagi semalam. Tapi pujuk-pujuk hati, lain kali datang lagi. Tak sangkalah pulak masa cuti Tahun Baru Cina tu harga semalam mencecah hampir RM400, tu yang terpaksa duduk di Syeun, huh! Cam tak ada hotel lain kat Ipoh ni yek, huwa huwa huwa.
Pandangan dari pintu bilik.. nampak cam biasa ajer kan...
Hiasan dalaman hampir 70 peratus dari kayu, lawo giler!
Katil yang tinggi dan empuk dan boleh tembus pandangan terus ke ruang mandi. Setakat ni dua hotel sahaja yang Sk pergi membina ruang seperti ini iaitu Weil dan Hilton Petaling Jaya. Yang Sk tak pernah pergi, mungkin ada juga. Tapi, tab mandi di Weil ni...
Wallaaaaaaaaaa... cam dalam cerita orang putih dulu-dulu.
Muat ke muat ni??? hehehehe
Jangan risau kalau tak muat sebab ada juga ruang pancuran berdiri dipasang di sebelahnya.
Rasa nak buat kat rumah tapi nak buat kat celah mana??? Soalnya lagi.. tepuk buku bank, tanya baki.. kah kah kah!
Rob mandi.. Sk jarang guna sebab musykil ditukar setiap kali atau tak? hehehehe
Duduk sini baju dijamin tak berkedut sebab ada seterika.
Kalau ngantuk, kopi-kopi dulu.
Bukan sahaja bilik yang cantik dan selesa, buffet sarapannya juga sedap dan menarik.
Makan sikit-sikit sebab takut dituduh kuat makan.
Roti canai jugak yang dipilih
Kuey Teow Sup pun sedap
Ialah.. kalau dah suka tu.. semuanya sedap.. tak gitu???
Wah... SK berendam tak dalam tab mandi tu? :)
ReplyDeleteDah lama betul rasanya kakcik tak menginap d hotel...huhuhu... (kes tepuk kad bank tanya baki)...
Salam Jumaat, menyinggah bila ada sedikit kelapangan. Lama tak menerjah. X sempat nak kejar N3 tp ingatan tetap ada ! mcm best je ni he3
ReplyDelete