JALAN-JALAN, MAKAN-MAKAN CUTI THAIPUSAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
8
Assalamualaikum...

PENAT walaupun tiga hari bercuti. Apa tak penatnya, ingatkan cuti tiga hari ni dapatlah telentang tertiarap kat rumah tapi manakan dapat. Pak Inche kita tu pantang cuti terlebih hari, kalau tiada perlawanan yang melibatkan JDT atau JDTII memang macam-macam hal yang bergelodak dalam kepala otak dia. Nak pergi situ, nak makan itu. Nak pergi sini, nak makan ini.. haaa.. siapa yang dah ikut lama blog ni tahulah kannn.. huwa huwa huwa.

Bakso Idaman

Trip yang pada mulanya SK sangka pasti membosankan sebab...
balik-balik, Melaka.. Melaka.. Melaka..
Tapi ER janji kali ni kami akan makan di tempat yang berlainan, ubah seleralah konon-kononnya.
Jadi, tak ada Ikan Bakar Anjung Batu atau Asam Pedas Hajah Mona dalam itinerary.
Boleh percaya ke?? Katanya lagi, kita pergi makan yang Yaya (Iman) selalu sebut-sebut tu.. apakah??? Tungguuuuu.

Image may contain: food

Sk tetap sediakan sarapan yang ringkas pagi tu sebelum memulakan perjalanan,
roti bakar dan telur separuh masak.
Jimatlah jugak RM10 kan dari makan kat kedai mamak. Tapi.. beberapa kali dah ER menyebut tentang Bakso Idaman yang terletak di Jalan Parit Mesjid, Pontian. Tengok dalam GPS, memang ada dalam Four Square, maknanya femes jugaklah bakso yang dikatakan asli ni.

Masa sampai ke lokasi, jam dah menunjukkan angka 11 lebih. Jadi, kira apa? Brunch ke? Sebab tadi pun dah sarapan di rumah, hahaha. 

Pior betul bakso yang dihidangkan di sini. Alamatnya memang boleh teridam selalu.
Ada dua pilihan, bakso biasa atau special. Bezanya yang special tu ada ayam. Setiap hidangan ada empat bebola daging yang dibuat sendiri. Enak banget!

Asam Pedas Parit Jawa

Perjalanan diteruskan mengikut jalan lama. Baru satu jam menikmati bakso, ER bertanya sama ada hendak atau tak singgah makan asam pedas di Parit Jawa. Lama jugak sebenarnya tak makan di sini, jadi.. rezeki jangan ditolak.

Rupa-rupanya Medan Selera Asam Pedas Parit Jawa sedang melalui proses renovasi. 
Ini bermakna tiada kedai asam pedas yang dibuka. Jadi, kami pergi ke sebelah sungai yang ada tiga empat pilihan warung asam pedas. Lepas tu keliru nak pergi yang mana satu. Ada Asam Pedas Mak Ngah, Danish dan Selera Kampung. Akhirnya kami memilih warung yang tak bernama, betul-betul di tebing sungai. Iman kata dia masih kenyang, urmmm.. iyolah tu. Kami minta dua pinggan nasi sahaja bersama Asam Pedas Ikan Merah. Gandingannya kubis goreng dan telur dadar.

Image may contain: people sitting and food

Hampir 45 minit menunggu.. fuhhhhh.. tak pernah rasanya kami sesabar ini.
Mungkin sebab perut masih kenyang dengan bakso, jadi tak terasa lama menunggu.
Meja belakang kami ada yang dah berpindah ke warung asam pedas sebelah, dah siap makan pun, muahahaha. Tengok tauke (atau pekerja) relaks sahaja di kaunter. Katanya menunggu kuah asam pedas mendidih dan ikan di masak satu persatu mengikut pesanan. Rasanya trip masak yang pertama dah habis, sebab tadi sepasang pasangan cina dari meja sebelah Sk dah selesai makan masa Sk sampai.

Kesabaran kami hampir hilang apabila hidangan demi hidangan dihantar ke meja pelanggan dan tak ada satu pun yang dihantar ke meja kami. Apa nih? Apa nih? Pelanggan yang sampai kemudian pun dah sedang makan, kami?? Seorang pelanggan bangun dan bertanyakan pesanannya. Sk? Sk bertanya dengan jelingan. Pekerja itu mengangkat tangan dan meminta Sk tunggu sekejap. Rasanya mereka memasak ikut jenis ikan dipesan pelanggan bukan ikut siapa yang sampai dahulu. Sistem apa yang mereka guna pun tak tahulah.

Lega apabila hidangan sampai ke meja. Mak aih, sikit punya besar ikan. Nasib baik mintak separuh.
Nasi dihantar tiga pinggan, Sk cakap pada Iman, makan jerlah jangan tolak rezeki. Agaknya perut dah lapar menunggu, Iman tak membantah. Sk tolong bahagi-bahagikan isi ikan.. tapi.. tapi.. ikan tak cukup masak terutama di bahagian tulang. Kembang tekak Sk oi nak makan. Terus panggil adik pelayan tu untuk masak sampai ikan betul-betul masak. Pehhh! Menunggu lagi. Sampai ER dah hampir habis makan, ikan masih tak siap. Memang senarai hitam teruslah kedai ni nampaknya... purrrrrr!!

Novotel Hotel, Melaka

No automatic alt text available.
Macam biasa urusan tempahan hotel dibuat ER dan kali ini ER memilih Novotel. Katanya, dia nampak hotel ni masa kami duduk di Hatten dulu dan lagi masa ke Melaka baru-baru ni nampak lagi hotel ni dan rasa nak duduk di sini. Harga pun agak berpatutan, tahulah hotel-hotel di Melaka ni boleh tahan jugak harganya.

Masuk sahaja ke lobi, dah terpegun. Moden dan mengagumkan dan dan tu terus terbayang bilik macam kat Weil Hotel, Ipoh yang Sk cerita sebelum ini.

Image may contain: indoor

Sebaik sahaja masuk ke bilik, terus ternganga, banyaknya almari, kiri kanan ada almari. Sampai depan katil, terus wow! Memang sama macam bilik di Weil Hotel yang memisahkan ruang katil dan bilik mandi hanya dengan sekeping kaca lutsinar. Pintu almari yang banyak-banyak tu rupanya pintu bilik air yang direka begitu kreatif dan boleh dilipat-lipat. Lepas letak beg terus foto-foto.
No automatic alt text available.
Rasanya belum pernah lagi jumpa bilik hotel yang labelkan suis-suis macam di Novotel ni.
Kecuali kalau yang ada panel suis tu.

No automatic alt text available.

Jenguk ke bawah nampak pulak kolam renang yang biru.. cantiknyaaa. Rasa nak terjun dari atas terus masuk dalam kolam, hahahaha. Ada bran???
Kemudian, ER ajak keluar.. ke mana kita???

Coconut Shake Klebang

Image may contain: drink, dessert, food and indoor

Lagi???
Bukan kata nak tukar selera ke?
Iman kata, mana boleh pergi Melaka tak minum Coconut Shake Klebang, ER pulak bukan main menyokong lagi, huwa huwa huwa.
Layannnnnn!!

Kalau diikutkan ER macam-macam lagi dia nak makan..
Mee Sup Tengkera la.. Popia Basah la... tapi Sk malas nak layan.

Image may contain: sky and outdoor

Sk ajak balik hotel dan paksa mereka mandi kolam.
Sebab, dah berapa trip jalan-jalan tapi tak mandi kolam, rasa macam rugi jer kan.

Celup-Celup Warisan

Image may contain: food

Malam tu tunaikan permintaan ER nak makan sate celup yang dikatakan popular di Melaka.
Padahal di Dataran Bandaraya tu sikit punya banyak orang jual cuma dipanggil Steamboat. 
Sk sekeluarga pulak panggil dip dip.
Antara Sate Celup yang halal di Melaka adalah sate celup di Celup-Celup Warisan yang terletak berdekatan Aeon Bandaraya. Kami memilih pakej bernilai RM56.90 yang katanya jimat RM16 lebih kurang. Pakej ini mengandungi 50 cucuk sate, satu jug minuman dan 5 skup ais krim.
Satenya pilih sendiri. Terkejut Sk tengok satu cucuk lidi ada satu atau dua biji bebola aje.. phewwww! Lap peluh.

 Image may contain: food

Apa bezanya sate celup dan steamboat di Dataran Bandaraya?
Steamboard tu direndam dalam air panas dan dicurahkan sos kacang tapi sate celup ni dicelupkan dalam kuah kacang yang mendidih sebelum terus dinikmati. Rasanya?? Sama aje.. sabar ajelah.
ER kan memang mudah terpedaya, hahahaha.

Sarapan di The Square, Novotel
Image may contain: food

Esok paginya macam biasalah, sarapan di hotel aje walaupun ada orang tu kata nak makan Roti Canai Arang di Bachang, hurmmmm!

Ee Ji Ban Chicken Rice Ball

Inilah pulak yang diidamkan Iman, Ee Ji Ban Chicken Rice Ball.
Satu-satunya restoran nasi ayam bebola yang halal di Melaka.
Berkali-kali ER dan Sk tanya, betul ke halal? Ada ke orang melayu makan?
Dia kata artis ramai yang datang makan siap masuk TV3 lagi.
Lepas tu, Sk kata, Sk nak tengok dulu, kalau tak ada perempuan bertudung makan,
Sk tak nak.. terus dia merajuk dan berhenti tengah jalan, hahaha.
Ya, EeJiBan ni ada sijil halal ya, kalau tak ada, Sk pun tak mahu makan.

Image may contain: food

Ingatkan memang ada jual bebola nasi aje rupanya ada jugak Nasi Ayam Biasa (Hainan atau Panggang) yang berharga RM7 sepinggan. Harga bebola nasi pula sebiji 40 sen manakala ayamnya dijual berasingan dengan saiz hidangan yang berbeza. Sk pilih yang RM5, sekali bila datang, alahai.. celah gigi aje untuk orang yang kuat makan macam kami ni.

Bebola nasinya tu pulak, nasi lembik yang dibulat-bulatkan dan hambar aje rasanya. Sup dijual berasingan, RM8 semangkuk, giler! Hahaha. Makanlah kami alat-alat bebola nasi tu dengan cebisan ayam. Sos cilinya pun tak mencapai piawaian Sk, huhu. Rasa nak menangis oiii. Nasib baik Sk pesankan nasi ayam biasa untuk ER. Malam semalam (dah balik Johor) Sk tanyalah Iman pendapat dia tentang nasi ayam tu, rupanya dia pun menyesal ajak makan kat situ, kah kah kah.

Lepas makan nasi ayam, kami ke Klebang dengan hajat nak beli belacan. Meriahlah kan nampak belacan bergantungan lepas tu kata nak pergi depan lagi.. depan lagi.. depan lagi.. lama-lama dah tak jumpa gerai belacan.. hahaha. ER ajak pergi ke Freeport A' Famosa, tengok apa yang menarik untuk dibawa balik. Sampai sana hujan turun dengan lebatnya.

Cendol Bakar Alor Gajah

Image may contain: food
Mungkin kerana hari bekerja dan hujan lagi, tak ramai orang macam kali pertama kami datang dulu.
Tak payah beratur panjang-panjang pun. Kali ni kami pilih cendol biasa aje, wallaaaaaaaaaa.. sedap dari cendol durian yang kami pernah makan di sini jugak dulu (ada cerita rasanya). Lemak santan dan gula melaka yang pior, manisnya sampai ke titisan yang terakhir.
Kuih udang di sini berharga RM5 sepinggan, banyak jugak sepinggan tu puas hati makan.

Asam Pedas Tetel Hajah Mona

Image may contain: food

Walaupun pada mulanya nak mencuba asam pedas di restoran lain, akhirnya kami ambil keputusan untuk makan di Asam Pedas Hajah Mona. Sebab? Bila buka review dalam facebook, ada orang bagitahu dia dah pergi banyak asam pedas, tapi Hajah Mona jugak yang paling sedap. Sk jugak rasa macam satu pilihan yang selamat sebab asam pedas tetel sentiasa ada di sini.

Sungai Melaka

Image may contain: sky, night, outdoor and water

Sempat jugak berjalan kaki menyusuri tebing Sungai Melaka.
Tengok cantiknya bulan, Subhanallah.
Jadi, berhenti untuk foto-foto sambil menyaksikan kecantikan hotel Casa Del Rio. Hurmmm.. Patutlah harga hotelnya mahal, memang sungguh ekslusif sekali.

Image may contain: outdoor and water

Amboi, rajinnya berjalan kan, hahaha. Sebenarnya tak ada parking, terpaksa letak kereta jauh.
Kononnya nak ikut jalan pintas, rupanya bukan main jauh kami berpusing, sabar ajelah, hahaha.

Roti Nan Pak Putra

Image may contain: food

Balik makan asam pedas, pergi pulak tapau Roti Nan Cheese Pak Putra.
Ini sebab dah masuk dalam itinerary ya, bukan saja-saja nak makan, hahahaha.
Masa ni dah pukul 10.20 malam, pekerja Pak Putra cakap mahu tunggu setengah jam lebih, baikkkk!
Dapat roti pukul 10.45, kira okeylah kan. Terus balik hotel, mandi. Lepas mandi makan roti nan dua keping share tiga beranak, hehehehe.

Sarapan Hari Kedua
Image may contain: food and indoor
ER kata, dia masih kenyang lagi makan nan cheese semalam, hahaha.
Sk pulak tidur pukul 2 pagi, walaupun mengantuk, makan tetap makan.
Kami check-out awal sebab ER nak kena pergi kerja malam tu.

Nasi Padang Parit Semerah

Image may contain: food

Sampai Pontian, perlahan-lahan dah mula lapar balik, apa taknya, dah hampir pukul 3 petang.
Teringat Kak Zarra (fb) post tentang Nasi Padang di Parit Semerah, tengok dalam gps pun ada, apa lagi.. perghhhh!! Rasa macam kat Bandung laa. Memang rezeki, sebab tak lama tu mereka pun dah bersiap-siap untuk kemas. Sampai rumah, angkat beg, hantar pulak ER ke stadium. Malam tu Iman kata nak makan maggi jer, burpppp! Alhamdulillah.

Image may contain: 2 people, people sitting

Erkkkkk!



Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Selagi kita duduk Malaysia dik memang susah nak elak jjcm:
    Makan ajelah..:)

    ReplyDelete
  2. Asam pedas Pt Jawa tu memang lambatlah serve SK
    Kakak sekeluarga pun dah kena.

    ReplyDelete
  3. last saya ke Melaka lepas kahwin 6 tahun lepas. then sampai sekarang tak jejak kaki kat Melaka dah. rindu jgak bandar Melaka walaupun hari2 mesti jem. haha. Hotel Novotel tu cam comel jer. Next time kalau nak pergi Melaka boleh consider. :)

    ReplyDelete
  4. Salam SK..
    u org Pontian ke?
    Food dalam gambar ni semuanya tempting.
    macamana lah i nak kurus kalau food macam ni depan mata kan..

    ReplyDelete
  5. salam kenal.. saya hernee dari team JDT Blogger.. jemput singgah blog saya :)

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum seri...aduhhhh !! singgah sini jer perut jadi lapar la pulak...seri nape letak gambar ni semua...buat mama gemuk tengok gambo ni...hahahaha...:)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!