KELLIE'S CASTLE

Seri Kandi Tanah Jauhar
3
Assalamualaikum...

Image may contain: one or more people and people standing

TEMPAT yang dah lama sangat Sk ingin singgah bermalam setiap kali pulang ke utara dan akhirnya dapat jugak menjejak kaki dan merasai sendiri pengalaman di sebuah istana separuh siap yang dikatakan berhantu.

Image may contain: one or more people

Sejarah Ringkas

Istana Kellie atau lebih dikenali sebagai Kellie's Castle telah dibina pada tahun 1905 oleh seorang bangsa Scotland bernama William Smith. Beliau dilahirkan  pada 1 Mac 1870 di Moray Firth, Dellas dan telah berkahwin dengan Agnes yang merupakan pewaris kepada perniagaan Kapas yang diusahakan oleh keluarga beliau. William kemudiannya menukar namanya kepada William Kellie Smith (sempena nama ibunya Kellie yang baru meninggal dunia). Mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Helen dan Anthony.

Image may contain: 2 people, text

Bagi mengabadikan kasih sayang dan cintanya terhadap Agnes, William merancang untuk membina sebuah istana. Beliau telah menggaji seramai 70 orang buruh mahir dari Madras, India untuk menyiapkan kediaman (istana) beliau yang banyak menggunakan bahan binaan hiasan seperti batu marmar yang diimport dari India. Jubinnya pula diimport khas dari Itali. Ia juga menggunakan batu bata jenis aprikot yang dibuat di Malaya dan menggunakan kayu cengal sebagai hiasan jenang pintu dan tingkap. 

Image may contain: 1 person, smiling, standing, child and outdoor

Campuran putih telur itik, pasir, kapur, gula merah dan madu digunakan bagi membina dinding kerana simen belum lagi ada di Malaya pada ketika itu. Istana ini dibina dengan konsep Greco - Roman, Moorish dan India dan tidak terdapat mana-mana binaan seumpamanya di Malaya pada ketika itu. Dinding berkoridor bagi membantu pengudaraan yang baik juga dibina bagi mengatasi masalah suhu panas dalam rumah yang tidak disenangi Agnes.

Image may contain: 1 person, standing and outdoor

Istana yang plan asalnya mempunyai 14 bilik mempunyai fungsi berbeza. Setiap bilik keluarga pula diletakkan satu tangga kecil ke bawah yang menuju ke arah bilik kecil (bilik rahsia) yang dijadikan persembunyian sekiranya berlaku kecemasan. Perang dunia pertama telah melewatkan pembinaan istana ini. Malah, wabak Spanish Flu yang melanda Asia ketika itu telah mengorbankan kesemua tenaga mahir yang membina istana berkenaan termasuk ramai lagi pekerja ladang.

No automatic alt text available.

William serta anaknya Helen kemudiannya telah pergi ke Lisbon, Portugal pada tahun 1926 sebelum meneruskan perjalanan ke England untuk melawat Agnes dan Anthony yang berada di sana. Malangnya, beliau diserang radang paru-paru yang kronik sehingga akhirnya meninggal dunia di sana. Kematiannya telah menyebabkan Agnes patah hati dan bertindak menjual segala harta milik mereka termasuk istana yang belum siap sepenuhnya. Syarikat yang mengambil alih ladang milik William tidak berminat untuk meneruskan projek istana menyebabkan ianya terbiar begitu sahaja.

Image may contain: sky, cloud and outdoor

Sk tidak pasti apa sebenarnya apa punca sehinggakan istana yang dibina Mr William ini dikatakan berhantu. Mungkin kerana kedudukan rumah yang terpencil dan ditinggalkan bertahun lamanya menjadikan ada makhluk lain yang menumpang dan akhirnya menjadikannya sebagai tempat tinggal apabila tuan asal tak pulang-pulang. Kita sedia maklum bahawa makhluk halus ini boleh menyerupai macam-macam rupa. Mungkin kerana itulah ada yang mendakwa pernah melihat roh Mr William berlegar-legar di balkoni istananya.

Image may contain: sky, cloud and outdoor

Beberapa faktor berikut mungkin boleh menjadi penyebab istana ini dikatakan berhantu:

1. Terlalu lama ditinggalkan
2. Kematian kesemua tenaga buruh yang membina istana ini akibat penyakit Spanish Flu
3. Dikatakan ketika pendaratan tentera Jepun di Batu Gajah, istana tidak siap ini menjadi lokasi pembunuhan penduduk kampung

Wallahu Alam.

Image may contain: 2 people, sky, grass, outdoor and nature

Musykil jugakan apabila melihat dan memasuki sendiri istana yang telah berusia 112 tahun ini kerana struktur bangunannya yang sangat baik dan kukuh serta masih cantik. Ya.. begitu cantik walau telah lama ditinggalkan. Kemudian, barulah Sk tahu sebenarnya, istana ini telah mengalami proses pemuliharaan dan naik taraf pada tahun 2011 yang menelan belanja sebanyak RM5J. Dan pelaburan itu ternyata amat berbaloi sehinggakan selain tersenarai sebagai antara tempat paling berhantu di Tanah Melayu, istana ini juga menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara. Mereka yang datang ke sini dikenakan tiket masuk dengan bayaran RM5 (MyKad dewasa) dan RM10 bagi bukan pemegang MyKad.


Seram ke? 
Memandangkan Sk memulakan pendakian dari arah belakang istana iaitu melalui bangsal kuda yang dikatakan sering terbau kemenyan, perasaan seram tu sedikit ada lebih-lebih lagi apabila kami menuruni tangga rahsia yang menuju ke sebuah bilik gelap yang dikatakan sebagai tempat persembunyian. 

No automatic alt text available.

Tetapi apabila pergi ke bahagian ruang tamu dan bilik-bilik di bahagian atas, perasaan seram tu memang tak ada langsung mungkin kerana kehadiran pengunjung yang terlalu ramai dan cuaca yang panas hangat menyengat. Berhimpit-himpit menaiki dan menuruni tangga pusing dan tangga sempit mendatangkan sedikit rasa cuak, takut tergolek ke belakang.

No automatic alt text available.

Sk terbayang pulak, kalaulah ada pihak yang sanggup nak meng'komersial'kan Villa Nabila di Johor Bahru, bagaimanakah pulak sambutannya. Adakah mungkin boleh menjadi sehebat Istana Kellie?

No automatic alt text available.

Sanggup tak duduk seorang di balkoni ini malam-malam?

Jangan Pandang Belakang

Dalam tahun 1995, dikatakan seramai empat pemuda dari Tapah, Perak datang untuk melawat istana. Seorang lelaki yang dipercayai pengawal di situ kemudian memaklumkan waktu melawat telah habis (kira-kira pukul lima petang). Keempat-empat pemuda yang kehampaan itu meninggalkan istana dan nak dijadikan cerita mereka sempat memandang ke arah pengawal yang sedang berjalan ke pondok pengawal. Barulah sedar pengawal tu jalan melayang.. huhuhu.


Image may contain: 1 person, standing

Siang-siang bolehlah bergaya macam peragawati.. malam-malam harus lari tak cukup kaki.

Image may contain: 1 person, standing, sky and outdoor

Senyum dalam kepanasan.. tulah sape suruh pakai baju tebal-tebal.

Image may contain: 1 person, sunglasses and outdoor

Bergaya ala-ala Mr William Kellie Smith, hehehe.

Image may contain: 1 person, standing and outdoor

Image may contain: one or more people, people standing, sky and outdoor

Image may contain: 1 person, standing and outdoor

Image may contain: 1 person

Image may contain: one or more people, sky and outdoor

Image may contain: 1 person, standing

Iman...  macam lawyerlah!!!




Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Petempatan sejarah yang menarik untuk dilawati.

    ReplyDelete
  2. Wah kak...rajinnya melawat tempat bersejarah. Saya kalau panas2 tu, saya angkat tangan kak. Poning...hehehe

    ReplyDelete
  3. wah,, dah cantik dah istana ni.. dulu masa kami gi sini dalam tahun 2009 atau 2010 belum ubahsuai lagi kak.. yang bangunan atas tu pun masih lagi batu lama yang macam bangunan kat bawah tu kak.. lepas tu terowong yang terus ke tempat simpan arak kat bawah tanah tu pun masih boleh lalu.. seram meremang kat bawah tu kak.. ntah nape.. gambar pulak takde sebab kamera rosak masa tu.. rugi betul..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!