Assalamualaikum...
ALHAMDULILLAH...
Rancangan Sk untuk ke Kuala Lumpur pada Jumaat lepas dimakbulkan Allah swt.
Walaupun rancangan asal Sk untuk pergi sekeluarga bersama Encik Rizar dan anak tidak termakbul
kerana ER terlibat dengan program MyRumah anjuran syarikat tempatnya bekerja
tapi lega apabila telah mendapat keizinan untuk pergi bersama Iman menaiki bas.
Di KL, Sk bermalam di rumah adik dan pada malam pertama
Sk memilih untuk menjamu selera di Station 21 yang terletak di medan selera Masjid Bangsar
walaupun ada beberapa tempat yang dicadangkan adik Sk.
Entah kenapa kali ini rasa nak makan steak pulak
Sebenarnya teringat dekat ER yang suka makan steak
Jadi bagi mewakilkan dialah ni, kah kah kah.
Di Station 21 terdapat beberapa pilihan sos untuk disiram ke atas steak atau chop pilihan kita
seperti Lada Hitam, Cendawan dan Garlic.
Untuk steak ini, Sk pilih mushroom.
Steak sedap tapi kecewa dengan brokoli yang dah kekuningan layu
begitu juga kentang goreng yang dah agak lemau
mungkin digoreng lebih awal sebelum diminta pelanggan.
Pilihan Iman, Mushroom Creamy Pasta.
Iman kata, dia sekarang tak boleh nampak perkataan mushroom, mesti nak.
Rasa pasta yang enak
sungguh berkrim tetapi sedikit lembik.
Pilihan adik Sk, Chicken Chop disirami sos garlic.
Yang ini betul-betul mantap terutama sos garlic yang begitu lazat
Tapi seperti tadi kami kecewa kerana kentang gorengnya lemau.
Aisehhhhhh!!
Yang tamaknya, lepas makan siap tapau nasi goreng kampung.
Dah kenapa tak kenyang-kenyang??? hahaha
Dah kenapa tak kenyang-kenyang??? hahaha
Hurmmm.. agak-agak kenapa Sk datang KL yek??
Nanti Sk cerita ya.
Wassalam.
Selamat menjamu selera Sk
ReplyDeletenampak menarik
ReplyDeletemakin scroll makin telan air liur hahaha
ReplyDelete