Assalamualaikum...
APABILA diberitahu bahawa Sk akan dihantar mengikuti satu kursus di Mersing
terus rasa senak perut
hati jadi libang-libu
dan jiwa jadi gundah gulana
Setiap hari Sk menantikan agar hari kursus cepat-cepat berlalu
dan meninggalkan Sk
kalau boleh tak nak jumpa dengan hari kursus tu
terus nak lompat ke hari selepasnya, kah kah kah.
Tak tahulah orang lain ya
tapi Sk memang allergik dengan perkataan kursus dan mesyuarat
waima lawatan-lawatan verifikasi
tapi dah namanya kerja berkaitan profesional
sebut betul-betul
PROFESIONAL
berteraskan pendidikan ni
itulah yang kita kena hadap
tak boleh dielak
di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
tak gitu...
Lalu.. Sk gagahkan diri ke bumi Mersing
tak mahulah mencipta alasan
dan macam-macam helah
supaya diberi kelonggaran tidak berkursus
Kursus adalah satu arahan kerja
yang diarahkan dari semasa ke semasa
yang terkandung dalam SKT (Sasaran Kerja Tahunan)
dan untuk mencapai KPI (Key Performance Indicator/ Indeks Prestasi Utama)
setiap kami diwajibkan mengikuti kursus
paling tidak dua kali dalam setahun
Jadi.. Jomlah kita ke Mersing
Hari Jumaat.. kami memulakan perjalanan ke Mersing.
Para peserta kursus bertolak dari kolej masing-masing
Johor Bahru, Kluang, Muar dan Batu Pahat
paling ramai dari JB
jadi kami naik bas yang disewa khas
Kami sampai di Mersing dalam jam 12.30 tengahari
dan peserta perempuan diturunkan di Medan Keropok Lekor dan Sata Mersing
di panas-panas buta tu
sementara menunggu peserta lelaki solat Jumaat.
Punyalah stress Sk
sebab ditinggalkan di situ dalam keadaan kelaparan.. kah kah kah!
Sebab.. dalam tentatif diberitahu kami sampai di lokasi kursus
jam 12 dan terus makan tengahari
tetiba tukar plan.. ko kenapa buat Mak Inche marah???
hahahaha.
Nasib baiklah dekat-dekat situ ada kedai nasi campur
Walaupun ada yang kata, nanti dekat sana (lokasi kursus) dah disediakan makan tengahari
tapi memang dah tak boleh tahan
sebab Sk sarapan dalam pukul 8 pagi
dah lebih 4 jam tak makan
pengsan karang sapa nak angkat.. kan.. kan.. kan (alasan)
Walaupun mula hati rasa malas nak pergi
tapi bila sampai
tengok laut dan pantai
tengok langit dan awan
terus rasa sayang
Setiap kami ditempatkan di sebuah chalet seramai 4 orang
Alhamdulillah, dapat bilik yang sangat selesa
lengkap dengan bilik air yang mengadap pantai.
Sebenarnya Sk risau akan ditempatkan di dalam dorm
jadi bila dapat bilik terus hilang stress
Comel sangat katilnya
nasiblah Sk ni jenis yang tidur tegak tak bergerak sampai pagi
kah kah kah
Inilah lokasi kursus kami
Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Insan (PKPI)
Yayasan Pelajaran Johor (YPJ)
yang terletak di Sekakap, Mersing
bersebelahan dengan Istana Flinstones milik Sultan Ibrahim.
Program pertama hari itu
Terus rasa nak menangis
Ingat lagi masa kursus induksi dulu
Lagi tinggi dari ni.. tapi tu 14 tahun dulu
Selepas 14 tahun????
Pakai tali keselamatan
sebelum aktiviti dimulakan
Dasat kakak senior Sk ni tau
adik senior ni pun boleh tahan hebat
Sk????
Tinggi dalam 2 meter aje rasanya
Tapi kalau dah gayat macam Sk ni
hurmmmm...
lepas ni boleh join
Fear Factor Malaysia
Kecil-kecil cili api
Bukan sahaja hebat di dapur
tapi juga hebat bergayut
Kenapa.. nak tengok gambar Sk memanjat?
hahahahaha
Sebenarnya, Sk salah kod pakaian
Lupa nak pakai pakaian sukan terus masa bertolak
dan lupa petang tu kena pakai pakaian sukan
Jadi, kita jadi photographer sajalah ya
Petang tu aktiviti riadah tepi pantai
jalan sampai Istana Flinstones
tapi tak boleh sampai dekat pun
sebab ada banyak lori
untuk kerja pembinaan yang mungkin belum siap lagi
Semua yang mengikuti kursus retreat ini
adalah di kalangan senior sahaja
tapi tak ramai sebenarnya yang betul-betul senior
sebab ramai yang dah berhijrah
ada juga junior
bagi menggantikan senior yang tidak dapat hadir
Malam itu sesi bersama Ketua Pegawai Eksekutif kami
Eh.. eh.. tak ada gambar makanan ke???
Mestilah ada.... hahaha
Rasanya dalam ramai-ramai ni
Sk aje yang ada masalah mental
ambil gambar makanan.. hahahaha
Ini hidangan makan malam, malam pertama
Nasi putih, Ayam Masak Padprik, Telur Dadar, Sayur Pak Choy,
Sambal Belacan, Timun dan Buah Epal
Gambar makan tengahari tak ambil sebab kan Sk dah makan kat kedai
lapar punya pasal.. hurmmm
sabar ajelah.. huhuhu.
Bersambung...
Tentu seronok berkursus
ReplyDeleteseronoknyaaa kak seri. chalet dia bestt
ReplyDeleteUyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
Seronoknya berkursus :)
ReplyDeletePernah sampai mersing ni looooooong time ago.. Baru berdua time tu hikhik...
Cantik chalet tu ye
Lauk simple tapi.makan selepas travel dan diiringi angin laut...mak aiiii konpem tido lena kan kak...hehehe
ReplyDeletebestnyaaa..")
ReplyDeletelama dah tak jejak mersing. selalu ke arah sana tp sampai endau je. last jejak mersing tahun 1990 kat air papan. macam seronok je kursus tu... tapi akak tak pernah join kursus mcm tu.. setakat ni kursus indoor je... itupun dah lama company tak hantar pegi kursus.
ReplyDelete