Assalamualaikum...
UPTOWN Damansara Food Court ini adalah tempat feberet kami makan-makan setiap kali ke Kuala Lumpur. Makan di tempat-tempat begini memang happening, malah semakin larut malam semakin ramai pulak pengunjungnya. Macam tak tidur-tidur orang KL ni ya, makannnnn aje, hehehe.
Sk masih ingat, pernah sekali kami datang ke sini masa tu full house. Hampir setiap meja penuh. Sk masa tu cuma berdua dengan ER dan akhirnya dapatlah kami duduk di sebuah meja kosong yg boleh memuatkan 4 orang tetapi bersambung pula dengan meja lain juga muat 4 orang. Tetiba datang satu keluarga ni lebih kurang 5 atau 6 orang. Disebabkan memang tak ada meja kosong, kami mempelawa mereka duduk sekali di meja kami.
Bila dah sebelah menyebelah tu, kami pun berkenalan, rupanya mereka sekeluarga datang dari Kelantan. Habis makan mereka boleh belanja pulak kami berdua, aisehhh.. Malu plak orang tak kenal tetiba belanja. Alhamdulillah, semoga Allah swt limpahkan rezeki buat mereka sekeluarga.
Eh, cerita balik pasal makan di Uptown D ni, macam-macam pilihan makanan yang ada dari citarasa tempatan hinggalah antarabangsa. Sebut aje nak apa, semua ada dan kena pula dengan selera kami sekeluarga.
Garlic Chicken Chop
Kelainannya ayam tu berkeping-keping
Dihidangkan bersama coleslow (cemana eja?),
Kentang goreng dan jagung.
Sirloin Steak pilihan Iman
Juga dihidang cara serupa seperti chicken chop.
Dihidang terus dari hot plate
Berasap-asap masa makan sampai melocot lidah, hahaha.
Kuey Teow Goreng
Memang suka makan kuey teow cara goreng macam ni
Berbanding kuey teow goreng basah.
Ada taburan cili padi hijau
Best betul bila dikunyah bersama kuey teow
Popia basah yang sangat sedap
Inti penuh, sambal banyak
Best.. Best
Rojak
Sebagai selingan setiap kali menyuap makanan sendiri
Hehehe
Lama Sk nak makan carrot cake
Akhirnya dapat juga
Di Uptown Damansara ni
Sedap sangat
Tetiba ada kangkung goreng belacan
Tapi sedap jugak diratah-ratah
Terasa belacannya
Hahahaha
Jaga kesihatan
Jaga badan jugak
Mesti ada air panas kosong untuk Sk
Hahaha
Kununnya diet tapi bila dah berjalan
Diet pun ke laut
Budak yang paling risau pasal makan
Tengah makan pagi dia tanya tengahari makan apa
Tengah makan tengahari dia tanya malam makan apa
Tengah makan malam dia tanya esok sarapan apa
Lepas tu bila gems dia salahkan bapak dia
Kah kah kah
Ni tak ada rumah, ikut rombongan sekolah
Ke Ipoh, Perak
Melawat tempat-tempat bersejarah
Semoga selamat pulang nanti ke pangkuan keluarga.
Wassalam.
eh..rojak tu macam dah lama je tak makan..sedapnya
ReplyDelete