MAKAN DI THE PINGGAN CAFE

Seri Kandi Tanah Jauhar
1

Assalamualaikum...

JADI tukang masak keluarga ni kadang-kadang kekeringan idea nak masak apa.  Balik-balik masak benda yang sama pun bosan juga.  Nak makan di luar pun balik-balik pergi makan tempat yang sama jugak,  hihihi.  Jadi,  bila tahu ada cafe yang baru dibuka dan khabarnya semua masakannya sedap dan terbaik,  hati ni memang meronta-ronta nak cuba,  gituuu. 

Kali ini Sk nak kongsikan tentang The Pinggan Cafe (TPC) yang baru dibuka di Jalan Tampoi berhadapan dengan Taman Gembira. Kami sekeluarga pergi ke sini pada Khamis lepas.  Masih baru lagi,  belum basi lagi nak cerita,  kah kah kah.

Masa kami sampai memang agak terkejut jugaklah bila tengok banyak sungguh kenderaan yang diletakkan di hadapan kedai.  Kawasan ini masih baru dan belum banyak  lagi kedai dibuka. Terpaksa parkir agak jauh sedikit dan seperti banyaknya kenderaan di luar kedai,  begitu juga di dalam kedai.  'Full house!'. Mujur ada sebuah meja yang kosong dan telah dibersihkan,  jadi tak lama menunggu.  Sebaik sampai,  kami terus disapa oleh seorang staf TPC dan memberikan menu.  Jomlah kita belek apa yang menarik,  hehehe.
Sk tertarik dengan Luncheon Saver Sets ini
Sayangnya ia cuma dihidangkan sehingga jam 2 petang sahaja.  Tak apa,  nanti kita pergi 'lunch hour'lagipun dekat sangat dengan pejabat Sk,  hehehe. 

Bandung Cincau
Iman dan sirap bandung memang sukar dipisahkan sampai kakak cashier cafe di pejabat pun tahu sangat minuman kegemaran Iman ni. 
Sedapppp..  
Disebabkan banyak menu yang dikatakan meletops di TPC dikatakan telah habis,  maka kami kekeringan idea sekejap nak pilih apa untuk dimakan.  Kesudahannya ER memilih Kuey Teow Kantonis.
Tak lama menunggu ia dihantar ke meja tapi ternganga sekejap sebab ia datang dalam mangkuk yang agak besar juga..  Biar betul ni. 
Sk suruh ER selak isinya,  betullah kuey teow kantonis yang dihidangkan dengan begitu banyak kuah. ER meminta cili jeruk bersama kicap cair tapi yang dihantar cili padi dan kicap manis kerana itu sahaja yang ada,  kata mereka. 
ER bagi 2 bintang.


Macam biasa Sk sukakan pasta dan staf TPC mencadangkan untuk Sk mencuba Seafood Spaghetti Aglio Olio jika sukakan sesuatu yang pedas. Persembahan yang menarik dan Sk dapati spaghetti ini dimasak mengikut citarasa tempatan dan silapnya ia dimasak sehingga agak kering. Sk bagi 3 bintang! 


Terkejut ER bila Iman dengan selamba minta Lamb Chop,  hahahaha. 
Sebabnya dia 'blank' apa nak makan bila makanannya yang diinginkan semua habis sudahnya itu sahaja yang nampak sedap.  Dahlah hujung bulan..  Muahahaha
Lamb ni memang sedap di tekak Sk,  kentang digoreng sempurna. Lamb dicurah sos lada hitam yang sedikit kasar. Iman bagi 3.9 bintang..  Errr..  Tepuklah sikit,  hehehe. 

Balik dari TPC,  ER ajak mengeteh pulak sebab katanya tadi makan tak puas dan tak kenyang. 
Nasib baik esoknya cutiiiiii. 

Sehingga jumpa lagi. 
Wassalam. 
Tags

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!